life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 10, 2015

Mood kelaut

Ni la akibatnya setelah dua bulan lebih aku kerja pagi straight, kemudian start minggu ni back to normal. Huwaaaa. T__T terus badan tak boleh terima kahkahkah. Semalam pukul 9pm dah ngantuk. Apa taknya, selalu kat rumah tu time tidurkan anak anak bujang. So secara tak langsung aku pon ketiduran jua. Ngam ngam 1120pm terjaga terus menggelupur get ready nak punch out. Aaaaaaa.

Apa la khabar anak anak bujang beta tu. Daddy dah lama tak jaga diaorng sendirian. Takut hilang skill je kang. Semalam aku call nk tanya khabar, Daddy cam kelam kelibut. Ohh Dareez berak. Hahahahah. Merasa la ye cebok anak bongsu awak tu. Selama ni tak pernah lagi diceboknya. Tapi bagus gak, bonding time with daddy banyak la kan. Tidak tu asyik kojoooo je. Anak anak pulak memang rapat dgn dia. Asal Daddy balik je baru bukak pintu... Dareez laju laju merangkak meraih simpati nak kat Daddy. Tak nyempat nyempat. Hoi dah lupa umi ke.

Aku risau ni. Eh risau ke? Tak lah. Aku sebenarnya rindu. Sebab dah lama kan tak kerja malam. Sekali kerja malam haa hamik ko... terus teghase rindu kat anak terutamanya si Dareez. Dah la nak tidur suka menyondol kemudian suka hempas badan sesuka hati. Silap silap hempas kepala kena bibir aku. Esok je tengok apahal ada darah beku ni -____- tak boleh belah betullah.

Alaaa rindu laaaa.

Ustazah kata kalau rindu anak baca Al-Fatihah. Niat dalam hati semoga Allah pelihara anak anak kita. Oklah nak baca ni.
Bai!





No comments: