life is beautiful

life is beautiful

Thursday, March 26, 2015

Sakit Mata

Hai hai hai kembali lagi bersiaran setelah beberapa lama tak jenguk belog sendu ni. Kihkihkih. Woihh soo super busy last week. Ekceli kan last week aku MC start dari hari Rabu sampai Isnin ni disebabkan sakit mata. Sakit yang bukan biasa okeh ni sakit kat biji mata hitam tu ada ulser kaler putih. Aaaaa tolonglah scary.

Mula mula macam biasa la pergi keja then memang dah ada rasa mata kanan ni macam berpasir pasir. Bila pakai lense jadi tak selesa... tapi ku layankan jua. Hinggalah hari Selasa jadi makin teruk, mata merah tapi takde taik mata so esoknya pergi Mediviron tapi doc klinik tu cakap ini bukan sakit mata. Terus dia buat refer letter untuk aku jumpa pakar. Glup glup jugaklah aku telan ailio. Takuit sejarah lama berulang kenbali. Ni semua pasal lense la kan. Dulu pun pernah jadi jugak tapi bukan ulser. Mata kering then efek ke keliling biji mata hitam. Tapi tu dulu punya cerita. La ni lain kes pulak.

So ke PPUM lah aku.

Spotted putih tu dah nak jadi ulser kalau lambat dirawat or kalau aku buat sambil lewa tak pergi jumpa pakar. So for the 1st step mata kanan ni kena cuci dengan iodin. Sila bayangkan ye dia dok pancut air kat mata kemudian ditenyeh tenyeh mata ini dengan kain/kapas entahlah tak boleh nak describe sebab geli geli kot. Hahahaha. Aku dah gelak gelak sebab baju basah dah. 

Doc tu memang dah syak ni pasal contact lense la apa lagi. Merasa lah aku kena bebel sejenak. Terus taubat taknak pakai lense dah hahahaha eh iye ke tu?

1st day mata merah aku syak sakit mata terus aku rembat Dareez punya ebm.
Nak ikut petua orang dulu dulu lah katanya.
Penawar sakit mata adalah susu ibu.
Hahahahahahaha

Tu yang last week mendapatlah aku MC lama bawak ke minggu ni. Hiks. Tapi tulah MC pon bukan duduk rumah... kena followup checkup everyday every morning. Balik rumah dah tengah hari mana nak kemas rumah nak masak lipat baju lagi. Kahkahkah kemahin banyaknyee kerja rumah ngko iye. The Zaumar of course la aku hantar ke rumah pengasuh dia. Takde kerja okeh nak ngangkut mereka pagi pagi buta pergi hospital. Cannot. Kang tak pasal mata aku lagi sakit. Hehehehehe.

Sebelum jumpa pakar mata, doc ambil keterangan dulu 
cewahhh ayat tak boleh belah.

Sementara tunggu turn baiklah kita main sudoku.
Eh iolls tak pegnen anak ke-3 lagi ye.
Ni memang habit kalau sedang menunggu giliran.
Bazir masa ai tau.
Kalaulah boleh bawak kain baju untuk dilipat, aku orang pertama yang bawak.
Mihmihmih

Seee. Takuit. Pinar pinar mata ai.
Masa ni doc mata tu pergi bilik sebelah nak double confirmkan dengan doc lain.
Tah pebender tah ada ke nak suruh aku admitted.
Haruslah aku tolak.

Actually aku cuak jugak sebab mata kot mata kot. Aset penting ok. Terus terbayang kang mata buta sebelah cemana nak kerja... cemana nak pantau perkembangan anak anak. Alaa buta takutnyaaa. Punyalah berfikiran negatif aku ni.

So far next week kena follow up balik. Harap harap la ulser tu dah semakin ok. Ni aku selamba badak je pakai spek Daddy yang hantaran punya. Nak buat cemana, spek rayban dah patah anak bujang iolls yang kerjakan. Spek sebelum rayban mmg dah patah gak T___T semakin sedeh hidup aku hahahaha. Hoi spek ibarat nyawa kedua aku hokay. La ni semenjak sakit mata, kat rumah aku tak pakai pon spek or kurangkan penggunaan spek. Saja nak free kan mata. Dan kalau pakai pon kan aku rasa takda beza antara pakai ke tak sebab kau pon pakai spek orang hahahahahaha. Eh paham tak apa yang aku cakap tu. Lantak la. Malas nak fikir. Esok baru buat spek baru.


Aku rasa penggunaan contact lense selepas ini mungkin... mungkin laaaaa tak pakai kot. Krik krik krik. Teghase taubat seketika. Ishh dulu dah jadi, kali ni jadi lagi... kau ghase apa petanda? Takkan nak kena kali ke 3, 4, 5 dan seterusnya??? Nak kena makian free dari Daddy kesayangan ke? Eh haruslah taknak... aku kan nak jadi isteri solehah -___-





No comments: