life is beautiful

life is beautiful

Thursday, April 16, 2015

April Celebration

Hai!! Rindu kite tak? Kahkahkahkah sapa je nak rindu kau kecil oii. Orang tak penting... duduk ontok ontok sudeh.

Eh nak cerita ni sebelum kebasian melanda, meh aku tepek last week punya celebration. Sekali sambut birthday makmen, pakmen, mak ain dan jugak manjer umi daddy abg Aqif ni la sapa lagi kalau bukan Dareez yang comels gila tu. Hahahaha habis ayat kau nak up anak sendiri kannn.

Dimulakan dengan gambar tak sedar diri mak beranak dua nih. Comel tak kitew? Kahkahkahkah


Kek rainbow special Kak Syida baked sendiri okayyy. 
Walaupon lambat sampai, takpa kami semua maafkan. Mihmihmih
Kagum tak? kagum lah weyh.
Aku ni sebab takde kekuatan je nak baked segala bagai.
Apa orang cakap... mood tak mari. Dasar pemalash -__-



Tu maklong Aqif, makmen gua dan pak men.
Alhamdulillah masih panjang umur githeuww.

 Aku rasa macam rambut laki aku ni semakin menipis pulak.
Banyak fikir masalah kewangan ke b? Hihihi
Sabar eh. Ada rezeki tak kemana.
Macam yang awak selalu cakap, bersyukur yang bersyukur.
Baiklah b.

Ameen Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Kitaorang satu family siap berkampung di SA lagi. Saja nak bagi anak bujang ai tu berkawan. Family akak pon tido sana so meriah la kan. Esok MIL masak nasik daging. Eh lupa nak snap hadiah yang Dareez dapat. Akak sefamily a.k.a maklong Dareez hadiahkan beskal yang tolak tolak tu. Ahh apa namanya... push car. Gitew. Tapi kan yang memonopoli benda alah tu tak lain tak bukan adalah abg dia Aqif. T___T sedeh mak. Haha.

Dareez pon macam takut takut je nak naik ke kaki tak sampai... heeheee.

Eh update terkini, manjer saya tu dah bertatih tatih yeee. Sukanyaa saya.

video

video

Hahahaha kenapa comel sgt tuuu






No comments: