life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, April 22, 2015

Berpantang cara aku

Eh masih dalam pantang lagi ke? Bukan anak dah lebih setahun ke? Kekeke. Ke tengah ngandung ni? Haaaa. Mengundang spekulasi sungguh. Okok takda nya pregnant ye kawan kawan. Kodai tutup selama 3 tahun... harap maklom. 

Sebenarnya nak cerita pengalaman berpantang yang lepas... rasanya aku tak pernah cerita lagi kan. So disebabkan ada keluangan masa dan aku agak rajin hari ni... lets story mory the morning glory. Walaupon takdelah pro sangat tapi aku nak share lah jugak kat sini. Mana tau kot terlupa masa beranak ke 3, 4 dan seterusnya boleh gak dijadikan panduan. Hahaha anak nak ramai tak boleh belah betullah.

Dimulakan dengan berpantang wajib 44 hari. Aku tak tahu la engkorang pantang wajib ni berapa hari... kebiasaan aku selama 44 hari. Ada jugak yang sebulan je. So ikut pandangan dan keselesaan memasing. Disebabkan aku dibesarkan dengan petua, kaedah orang orang lama so aku ngikut je la. Takde dalam islam pon cakap pantang bersalin wajib 44 hari.

44 hari ni termasuklah pakai stokin, berbengkung, jaga makan, tokleh keluar sebarangan melainkan bebetul terdesak macam kau nak kena bawa anak pi check klinik/check darah untuk kuning. Eh aku rasa 44 hari tu aku tak keluar kemanalah melainkan pergi klinik sebab kedua dua anak aku ada kuning. Duduk depan rumah kat porch tu pon aku rasa eh boleh ke. Hahahah. Mengikut peraturan betul. Takde ye jalan jalan pergi tesco... jusco dan sebagainya. Nak kena sound dengan Daddy ke apa. Tu mak aku lagi lah... memang tak kasi keluar. Dan Alhamdulillah aku pon takde batak sangat nak pi show off anak baru kat public. Its not me. Lagipon anak aku breastfeed so rasa cam tak selesa lak nak keluar keluar ni. Fikir positif, alahh nanti baby dah besar bawak lah jalan puas puas. Lagipon, dalam pantang kan kena jaga sikit... takleh kena hujan kang bentan lak... jalan nak slow slow... kena kepit kepit... naik turun tangga pon rasanya kena double hati hati. 

Bab makan pulak memang kena pantang sepantang pantang nya. Nak elok cepat sila ikut cakap mak. Kalau bukan mak yang jaga [kes jaga diri sendiri la ni] please lah woih... google sikit tengok apa yang boleh dan tak boleh makan ketika berpantang. Ambil ilmu sikit... buat bekalan. Aku kan bersyukur sangat sebab mak bapak sendiri ada lagi. Boleh jagakan ketika berpantang... boleh tengok tengok kan baby masa aku nak mandi or berurut. Mak aku sampai cuti seminggu nak jaga anak dara sorang dia ni haa. Lauk pauk memang totally dipantau. Teringat dulu masa pantangkan si Aqif, hari hari dok makan sup ikan haruan. Padahal seumur hidup tak pernah makan. So istilah taknak sebab tak biasa tolak tepi. Dalam hati nak sihat, nak luka sembuh cepat. Jiwa kena kental. Hahahaha.

Ayam ayam ni takdo eh. Ikan pon selected sajok. Daging lagi lah. Mihun, mee kuning, kueh teow... tak makan lagi. Selamalah 44 hari tu. Nak makan kuih muih pon aku berkira kira sebab takut dia taruk telur dalam ramuan. Habis lah nanti luka aku lambat nak baik. Kahkahkah. Eh tapi pantang makan lelebih tokleh jugak. Kau rasa rasa lah. Asal makan tu tak memudaratkan badan... kau makan. Jangan makan yang makanan berangin sudah. Tak kau yang angin, jangkit ke anak pulak. Anak susu ibu lah katakan.

Erm erm erm... sampai sekarang kot, Dareez dah setahun lebih aku masih lagi amalkan pantang makan. Laksa tak sentuh lagi [bukan feberet pon so tak makan pon takpe :)]... sayur sayur berangin makan sikit sikit buat rasa kang kempunan kan caneee. Hari tu teringin nak makan pajeri nenas. Suruh mak buatkan... then makan buat syarat. Ke sebab aku ni memang badan mudah berangin maka aku sangat jaga makan. Pulut... haaa pulut tu lagi berangin ye. Tak sentuh.

Stokin, bengkung aku masih setia. Hahaha. Stokin kat ofis pon pakai sebab ekon sejuk. Nak tidur kat rumah wajib pakai. Kalau tak pakai kang teghase ngilu je kat tumit. Dah beranak dua ni kan... banyak nak kena maintenance balik. Hihihi. Bukanlah nak cakap aku perfect bab berpantang, cuma aku rasa aku perlu berpantang untuk maintain kan badan sendiri. Selalu baca Kak Ice punya status kat FB. Dia punya ilmu, dia punya tulisan tu totally agreed. Kalau kau tak jaga dari sekarang, nak tunggu umur dah 40an...dah terasa sakit sana sini... baru nak menyesal? Cannot go aku. Ada baru beranak sorang dah ngadu badan sakit sakit... berat ngandung dulu pon tak turun turun lagi. Habis kau pantang cane lak kan. Aku yang pantang ikut orang tua ni pon rasa gak sakit badan bagai. So jaga jaga lah ye.

Kita adalah apa yang kita makan. 

Nak baik, nak sihat... jaga makan. Nak turun senang, nak maintain berat badan huishh boleh meroyan tahu. Mulalah skip nasi for lunch pastu dinner melantak cam hape. Hahahah. Aku tak ngata orang... aku lettew. Pastu menyesal makan banyak. 

Dalam pantang pilis, segala jadah tu kauorang pakai tak? Aku pakai tapi tak sampai 44 hari hahaha membazir beli set bersalin memahal. Guna lah juga tapi leceh woihh nak membancuhnya kemudian kau kan netek budak... dalam pantang kan badan panas je... rimas tahu. Ingat lepas ni kalau rezeki anak ke3 tukar set bersalin yang lain. Haha amboihh kemain perancangan dah ada. Tapi yang paling best aku rasa masa berpantang tu berurut dan bertungku dan bertangas. Nyaman dan teghase letih bersalin kau tu hilang. Rasa best je badan. Lepas tu bengkung pulak... tu yang cepat je susut badan. Ni dah naik balik dah. Huwaaaa.

100 hari pantang ada? Hehehehehe woihh mestilah kan. Tepis lah selagi boleh. Untuk kesihatan dalaman jugak. Suami kena give and take dan SABAR. Hahaha. Lagi satu boleh menjarakkan kehamilan yang berikutnya. Pernah dengar baby baru 8 bulan tapi dalam perut mak dia dah ada 6 bulan? Homai homai cannot brain. Bukan nak menidakkan rezeki Allah bagi. Tapi selagi kita boleh elak, kita elak. Orang kata napsu tak mengenal orang. Hahahaha. Ikutlah tuan punya badan. Benda napsu ni aku tak boleh nak cakap. Buatnya jadi kat batang hidung sendiri terus entri aku ni jadi viral kat social network. Haaaa matiks la woih cakap tak serupa bikin.

Aku sebenarnya dah jelak bila dengar orang masa dalam pantang tak pantang bebetul, kemudian mengadu sakit badan urat segala... berat badan takmo turun. Lagi... macam macam la. Nak sekolahkan tapi dah besar sangat. Kang cakap lelebih kata kita cam pandai. Esok dah sakit badan jangan bising. Sakit telinga dengar. Dah pi main jauh jauh. 


Aku kena jaga... sebab aku rendang tak berbuah. Kang terlebih bmi acanee. Kan ke huduh rupanya. Dan aku sendiri rasa tak selesa. Truly. Standard la kalau lepas beranak dua berat badan naik sikit. Habis boobs and bomb membesar cane lak kan. Hahaha. Apa apa pon positif. Cececeaaa positif sangat kau ye.

Pantang bebetul lah woih. Untuk diri sendiri jugak. Pon untuk kebahagian rumahtangga. Suami kekadang malas nak kompelin. Kang kompelin terus bini sentap boikot taknak masak sebulan camner? Eleh orang pempuan aku tahulah. Aku kan pempuan. Padahal benda tu betul... pastu kau nak sentap pulak apahal. Tak boleh terima hakikat secepat yang mungkin. Hahahah. Betul tak? Aku malu kalau Daddy dah sound apa ni yang porot boroi. Krik krikk. Terus laju laju sit up. Sentap doplohpat kali ye.







No comments: