life is beautiful

life is beautiful

Thursday, April 30, 2015

Cita cita saya

Hai.
Dulu kan aku tak pernah terfikir pon nak menceburi bidang sekarang. Rasa cam mimpi pon ada. Apakah budak engineering masuk broadcasting?? Hahaha engineering sangat woihh padahal kau belajar takat Poli jer. Eh hello poli poli pon merata lah jugak bebudak poli yang berjaya setakat ni. Tu kat TNB bersepah kengkawan belajar T_T hahaha belum lagi sektor gomen... memang kawan dia kawan kepada kawan aku, boss kawan aku adik kepada kawan kawan aku pulak. Errr nak tergelak tengok.

Dulu,
ingat masa sekolah rendah... cita cita nak jadi nurse... hahaha hamek kau nurse sangat padahal kimia kelaut. Kemudian kat tv tengah top cerita Roda Roda Kotaraya [sapa ingat lagi angkat tangan] terus bermimpi di siang hari nak jadi polis traffic. Krik krikkk. Tak sedor diri rendang tak berbuah ada hati lagi tuuu. Uuuu nangess -_-

Sekolah menengah,
tiba tiba berubah nak jadi perunding imej -__- ok malu sebab takdelah stylo hijabster fabulous sangat kau tu tapi tak sedar diri punya pasal ngehngeh. Ke arah itu tak tahu bagaimana nak bermula terus terkubur hasrat murni dijiwa. Hurm perlukan guide dari orang dewasa gamaknya. Indeed. Eh ada lagi satuuuu, yang ni aku rasa kalau aku follow the flow rasanya dah jadi akauntan kot kahkahkah ok tolonglah percaya aku sangat minat belajar prinsip akaun... form 4 dapat class sains tulen tapi mintak tukar ke kelas akaun... mula mendapat bantahan dari family eh? dah kenapa kan tukar class jer pon. Mungkin pada masa tu class sains sangat sangat dipandang tinggi oleh masyarakat.

Tapi tapi tapi,
sekerat jalan sebab dapat offer masuk teknik dalam bidang PKE. Apa menatang PKE memang blur tahap kuasa doplohpat tapi gagah juga pergi. Motif utama aku accept teknik sebab most kawan kawan rapat kat sekolah dapat teknik gak. So kau nak stay lagi? Hahahah. Habis SPM alhamdulillah rezeki masuk Poli masih dalam bidang electrical jugak so go on je lah. Dalam masa yang sama aku dah tak tahu apa minat sebenar aku. Masih memerlukan pengawasan dari orang dewasa. Sebenarnya.

Mausk poli ada on job training dapat pulak kat JKR Elektrik Melaka yang well kau tahu lah kerja dalam gomen ni cemana hahaha ok stop it stop it. Enjoy sebab ikut maintenance keluar merepair. Duduk projek ok bosan sikit sebab ngadap drawing [eh masih lagi ke? ke dah sub kat kontraktor] terus tersemat dalam hati taknak tukar tukar dah, yesss inilah kerjaya yang saya mahukan. Situasi kerja dan persekitaran kena dengan jiwa aku. Kahkahkahkah.

Sebab aku fikir long term esok dah kahwin dah ada anak kena kerja yang tak boleh nak beban diri sendiri sebab fokus kat rumahtangga ewahhh ni semua pengaruh mak aku lah ni [well mak ai kerja gomen gak wieeee]. So alhamdulillah memang Allah tu maha adil maha mengetahui dan sebaik baik perancang. Meskipon belajar tak sampai uni Allah bagi peluang, boss bagi tempat untuk kerja di sektor sekarang. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Dan biasa lah manusia tak pernah nak cukup... bagi vontot nak nenen pulak so do i T_T nak pindah balik negeri tak dapat erghhh boleh buat gaduh suami isteri. Daddy bila bila masa je boleh kerja here and there... dan sometimes haku jeles tahap kuasa kuda ehh pesal lah jabatan aku tak boleh sesuka hati nak tukar. Macam daddy selalu cakap, bersyukur yangg bersyukur... kat luar tu berapa ramai yang tak enjoy dengan kerja yang sedia ada. -_- nangess lagi.


So enjoy jelah dengan yang ada sekarang ni. Walaupon aku selalu ngelat sebab sajaaaa bahahaha nak buat hal manatahu kot bos fade up dengan aku so dia tukarkan aku terus balik negeri 24jam. Yahooo.








No comments: