life is beautiful

life is beautiful

Thursday, April 16, 2015

Dating

Bukan senang nak dating berdua laki bini ni ye. Silap silap memang kena apply cuti or kena curi curi keluar. Hahahaha. Itu pon susah nak dapat. So pabila ada peluang ni letss kita dating saiyanggg.

Alkisahnya anak anak bujang ai tu dibawa balik kampung oleh mak dia. Btw mak dia tu pengasuh diorang la... aku memang prefer panggil mak je takde istilah pengasuh sebab dia duduk dgn anak kau 8jam sehari, selama lima hari. So dia lagi banyak masa bersama anak kau. Dalam erti kata lain... apa apa perkembangan terbaru anak kau, dia yg lebih perasan dulu. Hahahaha percayalah. Dah, toksah nak argue.

Kebetulan dah la hari rabu... memang jom tengok wayang lah kita kan b. Pagi tu mak dia call suruh pakaikan baju lelawa nak balik kampung ni. So aku sebagai umi yg bertanggungjawab siap siap prepare baju siang, baju tidur, susu, pampers dan semualah supaya senang mak dia takyah nak bekalkan lagi. Aku bagi je satu begpack dengan beg susu dan porridge Dareez. Dan seperti yang aku agak, balik keje nak amik petang tu, anak pengasuh bagitahu yang diorag tak balik lagi. Malam tu dalam pukul 8 sedang aku santai dengan Daddy sambil lipat kain, mak dia call cakap balik esok je sebab Aqif dah tido. Penat lettew main dengan kengkawan kampung.

Hoyehhh menjerit laki den [amboi suka naw yeee] terus suruh book midnight movie. Apalagi Fast Furious 7 lah kita. Kahkahkah. Orang dah lama tak merasa night life memang macam tu. Kauorang kena faham. Lama gila kottttt lak tengok wayang, tak dating memalam. Nak bawak anak keluar memalam tak syok lah weyh [aku lah taktahu la engkorang]. Terganggu time tidur tu satu, pastu kesian terlentok lentok. Angin malam pon tak sesuai utk anak anak kecil. Nanti nanti la besar sikit. Elehh macam tak bebesar je kan anak tu. Sabor lah sikit. Makpak je yang over tang tang.

Tempat baru tak baru sangat...NU Central.
Aku dah banyak kali pergi.
Siap hafal kedai kat mana, foodcourt kat mana.
Kahkahkah poyo gila.

Bukan senang okey nak berdua dating memalam ni. Ok sebenarnya boleh je tapi bila kau tinggalkan anak dengan orang semata kau nak pergi dating, aku rasa cam bersalah lak. Kau jimba jimba, anak suruh orang jaga. Ewahhhh. Tapi ni lain kes. Anak kau memang dibawa oleh orang balik ke kampung. So no worries. Ni aku punya pemikiran la. Kau orang aku tak tahu. Lain makbapak, lain caranya. Ikut kita nak uruskan anak cemana okeh.

Eh next time ada nak balik kampung lagi tak? Hee heee heeee. Tapi kan memalam kau dah biasa rumah riuh rendah dengan budak, bila nak tidur tu rasa sepi je. Eh pehal sunyi ni. Tengok sebelah anak takdo. Waaaaa. Rindu ye. Nak nak Dareez memang tido sebelah aku... asal dia beralih memang sedas dia bagi kepala kat muka aku. Memang nak berkepit je tidur kat lengan umi dia. So bila takde tu... arghhh rindunya bau kau nakkk. Aqif lagi la. Setiap hari kena hug umi. Pastu gomol gomol. Pastu gelak gelak geletek geletek. Bila dia takda tu...alahaiiii. Hurm hurm bukan aku je, laki pon sama. Berzikir kat telinga, call la mak dia tanya bebudak ok ke tak. Ehhh tau lah mak dia jaga bebudak tu. Kalau tak, takdanya dia berani nak bawak anak orang balik kampung. Kan?






No comments: