life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, April 22, 2015

GST

Tetiba aku terasa agak teghase dengan isu GST ni semalam. Hahahaha semalam katekauu padahal dah nak sebulan dah perlaksanaan GST. Sana sini orang mengeluh. Rakyat marhaen cam aku ni lah yang teruk kena tekan. 

Susu Aqif dah nak habis. Kebiasaan beli dengan kawan Daddy yang kerja kat kilang susu. Oh btw Aqif minum susu Anmum. Disebabkan nak order susu dengan member tu kena dua tiga hari sebelum ATAU seminggu sebelum, maka kalau dah urgent kes ni terpaksa la beli kat Speedmart. Nangis jugak lah tengok rege susu melampau. Dah biasa order dengan orang. Nak order takde stok pulak. -___- Ko ghase cemana. Nak salahkan member tu pon tak boleh pulak sebab yelah bergantung kepada stok kan. Kalau takde nak buat cemana. Hohoho. 

Mahalnyeeee susu. Aaaa terus pitam. Terus cakap dengan Daddy taknak tukar susu Aqif ke dia kan dah besar... tahun ni masuk 3yo.

Semua bahana GST.  Terus rasa macam menumpang di negara sendiri. Hoi pampers dah naik harga, susu pon naik harga jugak ye. Dulu cakap GST barang untuk bayi takde kenaikan harga. Ni apa kes? Kalaulah mak bapak gaji yang memang cukup2 makan, yang isteri tak bekerja, yang duduk kampung yang buat kerja kampung... kau ghase??? Sedih ok. Kitaorang yang miskin bandar ni pon agak terasa dengan perlaksanaan GST.

Aku search jugak susu2 formula yang ada kat pasaran setakat ni. Tapi tak sampai hati ok nak tukar. Rasa downgrade. Elok anak minum susu yg ada lebih vitamin bagai, kau nak tukar ke susu yg so so je. Aaaaaaa. Camni lah perasaan mak mak zaman ni. Nak bagikan susu badan, Dareez pon dapat cukup cukup makan. So cane?

Please lah woih. Gaji menteri naik mencanak... gaji swasta, gaji pekerja gomen? Nangis lah kau dibalik pintu. Silap silap tengah bulan ikat perut disebabkan bahana GST. Aku ni pon dah habis berjimat dah ni. Kadang kadang pergi kerja bawak bekal... berbelanja untuk barang sendiri pon berkira kira. Taknak nampak boros sangat. Kesian kat Daddy. Dia kerja bawah panas terik mentari, bini keja dalam ekon boleh goyang kaki bagai. T___T

Menabung lah kamu sebelum terlambat. Hohoho

Nak plan bercuti pon aku rasa kena fikir doplohpat kali. Rasa cam membazir tapi nak bonding time bersama family. Tersepit diantara kehendak dan keperluan. Oh bilakan semua ini akan berakhir?








No comments: