life is beautiful

life is beautiful

Monday, April 06, 2015

Ini bukan statement sentap

Kalau taknak orang tahu awak pergi mana, dengan sapa kenapa dan bagaimana... toksah beriya update kat segala social network okeh. Perangai sungguh. Eh dah macam budak sekolah tadika pulak rasanya. Haishh.

Aku takde sentapzz kuasa doplohpat pon cuma kitakan kawan kawan... ''adik beradik katanya''... tapi bila semorang dok tanya eh pergi mana... amboi lamanya cuti.. sila jawab dengan perkataan yang orang takkan tanya kau berulang kali. Kan itu lebih elok. Ermm ermm tak belajar public communication ye? Tak belajar nak jaga hati orang?

Oklah oklah mungkin ada alasan yang munasabah untuk dia memang tak nak berkongsi dengan orang. Baiklah toksah nak sibuk sangat kecill. Eh tapi aku memang tak berapa nak berkenan kot cara tu. Annoying. hahahaha. Kang cerita kat laki... takdolah dia nak lawan cakap de. The end aku borak sensorang gak. Grr grr grrr.

Actually, aku faham kot situasi tu. Alah memang paham la. Mesti la mampu sebab takde komitmen bagai. So this is the right time u nak pergi mana pon kan. Eh duit u, u punya sukalah nak membelanjakan mengikut jalan yang sepatutnya. Tapi bila orang tanya, cuba jawab dengan sopan ke... kata kata berkias ke... atau dengan cara yang molek. Ni jawapan, hekelehhhh terus rasa ok taknak tanya lagi dah. Silent is better isn't right? Walauponnnn hati tu ronta ronta nak tanya lagi hahahaha.

Cuba bagi jawapan yang orang rasa ehhh bestnya awak nak pegi sana...

Contoh,

Itulah, memula ingat macam tak jadi nak pegi, tapi ada rezeki lebih pulak... tu yang on tu.

Ermm, memang teringin nak pegi, itu yang dok kumpul duit walau macamana ikat perut sekalipon.

Hari tu kan ada tiket murah, terus je book. Ni pon pegi sendiri sendiri, takde agent. Sabe sikit ;p


So?

Rasanya orang akan tanya lagi tak?

Aku rasa kan, orang pon mendoakan agar kau selamat pergi dan selamat pulang.

So kalau taknak orang tahu sila jangan update kat mana mana ok,

Now semua dihujung jari. Dia kawan kau, boleh jadi dia kawan kepada kawan kawan aku. Boleh jadi kawan kepada kawan kawan dia kawan aku. Hahaha. Life is circle. So beware :D

Jangan balik nanti termalu sendiri sudahlah. Jangan nak sentapzz seribu kali ok. Kawan kawan kat sini wat lek wat peace je. Standart lah kena bahan sebelum pergi. Macam tak biasa pulak kan. Eh hati tak kental lettew. 

Aku dah biasa kena bahan so tips bila kena bahan samada kau balas balik or kau buat bodoh macam takde apa apa berlaku. Selalu kalau balas balik memang berpanjangan so idea tu takleh nak pakai sangat. Tapi kalau aku bengang aku balas je. Hahaha. Eeh kau nak sentap pulak?? Habisss mulut memasing cap puaka camaneee? Tu aku cakap, hati kena kental. ;p

Sapa sapa yang berkenaan terbaca ke saja saja memang dok follow ai ke [eh ada ke? hahahah] sorry lah ye kalau memang menyinggungkan hati. At least aku tak kepoh kat orang. Blog ni pon sendu je. Orang tak kenal kau pon. Hehehehe.









No comments: