life is beautiful

life is beautiful

Friday, April 17, 2015

Oooo balik kampung

Rentetan dari peristiwa anak anak bujang iols balik kampung itu, anak pengasuh whatsapp gambar ni. Aduhaii kemahin gembira korang semua ye. Langsung tak ingat umi daddy yang separuh nyawa merindui kamu. Kahkahkah ok tak kelakar lah.


 Tu kawan Aqif kat kampung.
Nama dia Amir. Eh ye ke Amir? Hahahaha
Sebab balik rumah je,
''....mi, amir amir amir...umi amir mi...''
''.....errr, ok amir''
Hahahaha
Anak pengasuh pon ada cakap, Aqif kat kampung ada kawan sebaya dia.
So ni lah Amir ye.



 Ni pulak tengah main khemah khemah.
Apa yg khemah nya tu oiii.
Zaman umi dulu panggil main kubu kubu,
Buat macam rumah lepastu menyorok kat dalam tu.
Dah puas main, tinggalkan bergelimpangan.
Kemudian kena marah. Hahahahah


Dareez paling win. Tak boleh nak berenggang dengan mak dia langsung. Kalau tak nampak takpe, dia ok je. Tapi bila dah start nampak, mahu kehulu kehilir diaraknya ngko.... rimas umi kau ni nak. Nak masak pon tak senang. Hahahaha. Ada ke aku tengah masak, dia pon nak join duduk dapur gak. Kemudian dok main pintu kabinet. Lepastu sibuk nak tumbuk bawang pulak. Aaaaaa terus ai masak laju laju. Hahahaha. Ni kes ngikut perangai abang kau la ni kan. Haishh. Sabor jela. Takpalah... mana tahu rezeki aku dapat anak anak bujang pandai masak. Boleh tolong kat dapur. Lepastu boleh join masterchef. Terus jadi selebriti. Kahkahkah. Tapi bila dah jadi selebriti tokleh nak sombong tau. Kita lite lite je. Apak kauorang boleh jadi manager. Dia kan retiss. Hahahaha kemain verangan tak sudah. Eh verangan tak kena bayar ye. -__-


Besar kan rumah kampung tu. Kau tengok lah laman dia huiii kemahin luas. Jeles aku. Mula la meroyan bila rumah nak siap ni. Tak sabor yek. Tak sabor nak bercucuk tanam. Hahahaha.





No comments: