life is beautiful

life is beautiful

Monday, April 06, 2015

Selimut tetangga versi aku

Bila baca post kak peej haritu terus aku teringat jiran tetangga kat kawasan rumah aku ye. Actually jiran aku sebelah kanan je sebab rumah aku port hujung so kiri memang takde apa. Hahaha. Ermm camana ye nak cerita... jirang aku memang baik. Terlalu baik. Eh baiklah. Concern tu jangan cakap lah. Bukan jiran sebelah rumah je, jiran selang beberapa buah rumah pon turut concern.

Well, tapi itulah. Sebab kita kerja cemana kan. Rasanya tak ramai orang yang faham. Kalau pon dia faham, mesti dia dah biasa kerja syift dan dah biasa suami dia kerja tak tentu masa.... macam laki ai. Hahaha. Tak tentu masa lah sangat tapi memalam WAJIB ada dan tidur kat rumah ;p

Jiran sebelah rumah aku suka gilaaaa angkat baju ai di jemuran. Kadang tu naik malu nak hantar bakul baju dia. Eh takkan nak hantar kosong je kan. Malu lah saya. So sejak kebelakangan ni aku rasa macam tak selesa. Sebab, first yang ni lah ye, weekend, aku memang ada kat rumah... kemudian memang sidai baju lambat dalam tghari camtu. Then dalam pukul 2pm hujan turun, takdelah lebat nau, gerimis je. So memang plan taknak angkat. Lagipon aku sidai kat luar, adalah awning sikit [rumah tingkat kedua tertinggi so awning dia memang dapat la...takdela kena tempis hujan] Then tetiba aku nampak kelibat orang pi angkat baju aku. Aaaaa stress ok... nak jerit ke nak bukak pintu ke taktau la nak habaq. Aku ni bukanlah suka nak memalukan orang. So aku biar je. Kemudian merungut kat laki. Hahahahahaha apakah sengal itu?

Hoi baju aku basah lagi okayyyy. Bila dia angkat, dah kepuk kepuk kat dalam bakul tu dah satu kerja aku nak pegi hantar bakul dia pulak. Grr grrr grrr pening aku. Laki aku sound, ehh ok apa jiran macam ni... baik.. tolong angkatkan baju. 

Susahlah nak cakap. Actually sesekali boleh la. Jangan terlalu rajin boles tak? Hahahaha. Kadang kadang, kadang kadang ye... ada la dalam seharian aku tak angkat baju. Sebab baju tu basah, nak sidai kat dalam rumah aku tak suka nak gantung gantung ni. Ingat rumah orang bujang ke. Store pulak dah penuh. So tinggal jelah kat ampaian tu. Esok baru angkat. Kedua, jadual kerja aku cemana. Kalau syift petang... dapat sidai baju dah tengahari. Takkan nak suruh Daddy angkat petang tu. Memang belum keringlah gamaknya. So biar je semalaman. Ada orang pantang. Aku dulu camtu gak. Tapi lelama ehh kau duduk flat kot. Bukan rumah bawah ye. So harap faham. Nak fefeling rumah bawah sila tunggu lagi 2 tahun.

Kemudian yang aku tak berapa gemarnya kan... ada dua tiga lai gak tudung dah hilang. Krik krik. Aku tak salahkan jiran... aku andaikan misplace. Tudung baru pakai sekali T__T dan tudung raya pulak tu. Errrr haruskan aku marah ke cemana? Agaknya dah jatuh bawah lepastu ada orang dah kutip. Aaaaa.

So now aku kalau tshirt aku sidai gantung kat luar. Nasiblah ada stand ampaian. Tu pon dari dalam rumah bawak ke luar sebab dah nak patah ;p Seluar or benda yang berat like cadar aku sidai kat ampaian. Underwear dan baju budak memang sidai kat dalam store ye. Store tu dah macam hape tah. Hihihi. Memang bilik belakang buat store. Taruk ampaian stand buat sidai baju baju kecik. Taruk rak pinggan, periuk belanga bagai. Tu belum kira perkakasan Daddy lagi. Haissh terus tak sabar nak pindah rumah sendiri. Kahkahkah.

Eh apa ni...kau cerita tadi pasal jiran ni dah kelaut pulak. Eh aku memang rasa tak best la kalau selalu macam ni. Takyah la angkat baju baju den. Biar je kat ampaian tu. Tahulah aku nak manage cemana.

Tu belum lagi jiran selang beberapa buah rumah tegur aku angkat baju memalam kul 11pm. Eh dia pon angkat baju apekehal. Hahahaha. Siap mention dah berembun dah baju tu. Ngeeee, Habissss, saya ni kerja kak... malam baru ada masa nak lipat kain, basuh baju bagai... tu pon selepas tidurkan bebudak dulu, Akak lainlah, memang 24/7 duduk rumah. Surirumah katanya... anak anak pon dah bujang dah nak kawin dah pon Tapi surirumah jaman kini dah semakin sibuk kak. Mana yang WAHM lagi... mana yang tengah ada anak kecik lagi. Masa tak banyak kak. Harap ahkak faham. Tapi aku syak dia sengaja je nak tegur teguran. Takpalah saya cuba faham akak nak beramah mesra. Terima kasih akak akak adik adik jiran tetangga tolong angkatkan baju di jemuran, tolong tengok tengok kan rumah... tolong itu tolong ini. Esok lusa kat rumah baru belum tentu lagi ye dapat jiran camni. So bersyukur ye bersyukur kecill.






No comments: