life is beautiful

life is beautiful

Friday, May 29, 2015

Muhasabah diri

Actually dari Isnin hari tu aku dah mula manage balik akaun facebook aku. Mana gambar yang tak senonoh i mean masa jaman jahiliah dulu pelan pelan aku delete. Termasuk lah yg nampak aurat ke apa hihihi. Amboi kemain naaa macam sekarang ni alim bebenor je bunyinya. Tapi payah gak la sebab gambar tag2 kemain banyak ye. Hurmmm panjang berbelas harkat. Jenuh gak nak untag dan message kawan2. Mana dan je aku buat. Berpinau mata ngadap skrin desktop. Aku bukan apa. Semakin meniti ke tangga 30an ni (belum lagi...belum lagi hahaha) nak kena muhasabah diri sikit. Matang kan diri sebenarnya. 

Bukan tu je... post yang lama lama bertahun dulu pon aku delete gak. Kang ada application kat facebook on that date punya post yg tahun dulu dulu tu dia appear balik. Tapi kau jelah yang tahu. Aaaa malunyaaa dulu tak matang okk. Tah ape la up status mengarut. Ngantuk pon nak pi post kat facebook. Pastu sure lah kantoi time keje kot hahahaha. Eh kau dah kenapaaa. So jalan terbaik aku delete je. Aku yang baca pon nak muntah inikan pulak orang lain. Padahal time tu banyak je orang komen dan like. Eeeei poyos gila. Well masa tu kan facebook tengah in. So hari hari je nak ada status... walaupun status ngarut2..ermm zaman remajaku. 

Kini aku dah semakin berfikiran rasional. Mana yang perlu je kita up status. Paling win pon aku share pasal anak hahaha tu pon link dari instagram. Share2 post sorry ai tak buat dah... Aku cuma share kat wall sendiri dan private kan. Parking sat la bak kata orang. Hahaha. Simpan page resepi la.. pasal baby la dan jugak pasal nasihat ni. Tu jela takde benda lain. Pastu aku jadikan facebook ni medium untuk aku ikuti perkembangan kawan2. Eh. Bukan stalker ok. Contoh budak2 sekolah nak buat reunion. Kenduri kawin dan jugak kawan tu sihat ke idak. Tengok2 album orang dah tak koser mak. Kehkehkeh.

Dan kalau nak tahu, dari Isnin jugak aku dan deactive kan akaun facebook aku. Heee. Teghase lagho sangat ok. Kat ofis berfacebook, rumah pon sama. Nak tido pon ye jugak. Eeee mengkayakan yahudi je tauuu bak kata mak aku. So aku deactive terus. Tapi tak bermakna aku lupa teruih... nanti bosan2 aku bukak balik ye. Dengan daddy pon aku ada cakap suruh buang gambar2 kitaorang yang tak semenggah dulu. Gambar jaman bercinta...macam donia engkorang yang punya kahkahkah. Hurm bila tengok balik malu iolls. Tapi tulah... Banyak gambar kawan kawan tag. Dari tahun berapa lak kan. Gambar tagged je lebih...gambar upload sendiri takde banyak tu. 

Lagi satu, aku ni dah beranak...dah ada keluarga lain. So harus clearkan mana yang patut. Past is past. Aku mengaku aku yang dulu bukan baik sangat ok. Kalau terasa nak pakai tudung, aku pakai je. Kalau rasa nak bukak, eh tak payah pakai. -_- baju pon singkat mingkat..seluar nak tight. Pakai legging tapi pakai tudung. Aaaaaa. Bukan nak cakap aku yang sekarang berhijab berniqab bagai... Siap jubah pebender. Aku cuma nak cakap aku nak perbaiki diri. Slow slow lah ye.

Manatau esok tetiba aku mati, gambar2 aku yang lama...orang selongkar balik...panas aku kat dalam kubur tu weh. Erm sedeh.




Thursday, May 28, 2015

Independent

Daddy tak kerja macam staff gomen ye yang setiap hari balik pukul 5, datang kerja pukul 8. Eh tapi ada kan staff gomen yang kerja syift macam aku. Hehehe. Well, kerja sendiri jadual dia tak menentu. Ikutlah kalau malam ni dia cakap ada nak jumpa client, maka balik lah beliau lambat. Tapi tak pernah sekali pon tak tidur kat rumah. Itu yang penting. Kahkahkah. If weekend kalau ada banyak job, terpaksa jugak keluar. Tapi tak bermaksud dia abaikan anak, bini. At least, seminggu sekali tu mesti bawak family jalan. MESTI.

Contoh kalau sabtu dia kena kerja, so balik sure dah petang bawak ke maghrib. So ahad mesti kitaorg bawak budak2 keluar. Tak ahad, sabtu. Tengok dia habis kerja cemana. Yang aku ni memang confirm2 la jaga rumahtangga, jaga anak. Well, so far buat masa ni aku masih lagi memahami. Faham nak cari duit tu susah. Daddy pon kerja dia cemana lak kan. Meet up orang sana sini. Dengan meeting lagi bagai. Wahhh cerita suami kerja gah je kan. Hahahaha. Takdelah. Daddy ni kerja dia dalam M&E so harap boleh paham lah ye. Aku ni pulak dah biasa kena tinggal2. So takpalah demi mencari sebeg beras. Hahahahaha. Jangan melencong sudah.

Selalu gak kitaorang discuss hati ke hati. Kerja macam ni risiko dia cemana. Nak pulak lately ni banyak nau fitnah akhir zaman. Sedangkan tokoh agama pon kena fitnah... inikan pulak kau yang orang biasa2. Tu aku selalu pesan, apa apa nak buat ingat anak, ingat isteri, ingat keluarga. Nak buat sesuatu fikir dulu. Paling aku selalu pesan, jaga nama baik aku sebagai isteri dia. Malulah aku kalau dengar cerita dari kawan2 yang laki aku berperangai yang tak sepatutnya. Eeeee malu ok. Mana nak taruk muka. Macam lah aku tak pandai jaga suami. Gitew.

Sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita.
Mukadimah je panjang berjela.

Last week Daddy ada short course so aku plan bawak the zaumar balik Seremban. Lagipon course Daddy tu memakan masa sampai ke malam jadi aku dah imagine duduk KL sure bosan tahap dewa. So mari ler balik kampung.

Keluar berdua dengan Aqif tu biasa ye kalau kat Seremban. Selalu layan dia naik bas. Hahahaha. Adik tinggal dengan icik. Budak kecik tokleh jalan merata. Hahaha alasan mak kau. Padahal aku tak pandai nak handle dua dua kalau bawak keluar sendirian. Cannot lah. Nanti orang kata aku kakak bawak lari adik. -_- Tak seswai gitew.

Sebelum naik bas kena posing maut dulu sebab nak kena kasi report kat Daddy.
Kang tak caya lak kang bini dia bawak anak cane.
Hahahah

Aqif ok je, boleh co-op dengan aku. Time ajak makan, dia makan. Tapi tulah bila dia start nampak remote car or kereta yang bunyi2 tu memang duduk kat situ berejam. Nangis mak kau. Aku pon takpala kita layan. Bukan selalu bawak dia pergi mall. Kalau bawak pon, aku dengan Daddy takkan lalu kat tempat tersebut. Dah tahu dah perangai anak cemana kan. Kali ni dah berdua dengan dia so kita bagi can. Ok je... happy tengok dia. Lama duduk situ bila kita ajak balik dia ikut. 

Paling win sekali aku siap boleh bershopping lagi dengan Aqif ni. Hahaha. Asal nak masuk fitting room je memang aku suruh dia masuk sekali. Lantoklah kan janji anak ada depan mata. Aqif suka kot sebab mall kan besar, siap boleh main lari lari satu hal, siap menyorok dengan aku lagi. Hahaha. Yang aku pon melayan sama nyorok sekali pastu dia dah gelabah cari aku. Haaa rasain nak main2 sama gue.

Daddy takda, kita berdua pon jalan gak kan Aqif. Cuma tak seronok lah sikit pasal umi kau tak boleh nak bawak jalan jauh lagi. Maklomlah nak drive sendiri takuit. Ishh apasal lah penakut sangat ni. Aku kalau dah berani, siaplah merata aku jalan. Panjang langkah ni. Doakan weyyyy. Hati kecik sangat. Fedup haku. -_-

Kita susah susah dulu, senang senang kemudian ye.

Tunggu adik besar sikit nanti kita bawak dia jugak bila Daddy busy. Tapi aku tahu sebenarnya laki aku tu pon sedih gak tinggal anak bini jalan sendirian. Dia kalau boleh mesti nak join setiap aktiviti kitaorang. Habis nak buat cemana kan, dah kerja. Aku ok je. Takde sentapzz laki asyik busy urusan kerja je. Alah pandai2 lah bawak diri. 

Busy kerja takpa, jangan busy ke benda lain. Aku dengar je cerita tak sedap nanti tahu lah. Muahaha.






Wednesday, May 27, 2015

Baby oil

Aku rasa dah banyak kali repeat order kot baby oil amway ni huhuhu. Since Aqif lahir sampai ke Dareez tetap setia bersama dia. Halal satu hal kemudian bau dia wangi ye tak macam minyak yuyi tu. Heeeeheee jangan marah ye pengguna yg pakai minyak yuyi cap limau. 

Actually baby oil amway aku beli online dengan sorang sis ni. Dah macam regular customer dah. Asal habis je beli. Sekali beli aku amik dua botol. Untuk simpan stok. Jenuh gak kalo beli satu satu dengan byr postage bagai kan. Harga sekarang dah naik. Dulu beli dua botol come with postage baru RM55 kot ke RM60 lupa dah. Next aku baru beli dah naik harga jadi RM65. Maklomlah beli setahun ada lah 2 3 kali. Hihihi

Aku suka lah bau dia. Sedap. Memang kalau tukarkan pampers budak2 ni mesti sapu baby oil Amway. Malam pon sapu gak. Minyak dia tak panas sangat... Sedang elok untuk baby. Walaupon Aqif dengan Dareez dah tak baby hahaha.

Parcel jumaat lepas. Guna alamat ofis je hihi kang bagi alamat rumah sapa pulak yang ada kat rumah. Gitew.




Tuesday, May 26, 2015

Suamiku keramat hidupku

Banyak banyak orang, paling rapat adalah dia.
Ramai ramai kawan, paling jujur adalah dia.
Antara penasihat, paling berterus terang adalah dia.
Antara yang ada didunia, paling sayang adalah dia.

Suami umpama keramat hidup kita.
Mahu jadi ibu yang penyayang, perlu support dari dia.
Mahu jadi isteri dan ibu yang mithali, perlu bimbingan dari dia.
Mahu masuk syurga, perlu redha dia.

Hati dia kita perlu jaga. Sakit hati dia, sakitlah hati kita.
Senang hati dia, gembiralah hati kita.

Terima kasih,
kerna selalu ada disisi.
Walaupun saya seorang yang kasar, kadang kadang tak berfikir secara rasional.
Cakap lain tapi dalam hati maksud lain.
Cuma awak sahaja yang faham.

Saya cuba lagi untuk menjadi yang terbaik,
buat awak.
Supaya awak tak rasa nak pandang perempuan lain.

Sekian.


Kita yang baru 4 tahun suami isteri.




Blues

Hati ni rasa terluka sangat. Taktahu nak cakap macamana. Sedih, pedih. Rasa macam disiat siat. Allah je yang tahu. Allah je yang faham isi hati ini. Allah je yang paling dekat ketika ini.

Kuatkan hati aku Ya Allah.
Tabahkan hati aku Ya Allah.
Lindungi aku dari fitnah akhir zaman.
Tenangkan lah hati ini Ya Allah.

Kau sebaik baik perancang.
Aku redha dengan ketentuan-Mu dalam meniti hari hari yang mendatang.


P/s: nasib baiklah blog ni private. 






Perkembangan terbaru

Well, dah lama rasanya tak story pasal si bujang besau tu kan. Dah big dah ye, muka pon dah abang2 sangat. Hehehe. Sayanggg adik sangat [eh yeke tu hahaha] selalu protect adik if adik nak buat pape yang membolehkan adik tu jatuh ke hapa. Paham tak. Kalau cakap adik tinggal tak payah ikut if nak pergi jalan, Aqif boleh marah then cakap 'Ayis ikutttt' Hahahaha sangat kelakar. Eleh umi saja je revise psychology. 

So this year dah 3yo. Tak sure next year masuk playschool ke tak. Belum ada perbincangan lagi dari pihak Daddy. Itu kalau Aqif dah school, mahu umi dia kena beranikan diri drive sendiri, alone without Daddy. Aaaaa takuit. Hahaha. Tak tahu la pebender yang takuitnya. Rasa macam nak kena beware dari semua arah. So jam tu memang tokleh ada orang layan borak ke apa. Mata kena fokus dan jugak fikiran. Tak boleh nak khayal sesaat. Nyawa ni beb. Tak kena kat kita, kita kena kat orang. So sebab tu aku scary gila.

Sepanjang masa 2yo nak masuk 3 ni, memang totally different ye personality Aqif. Dah boleh diharap tu satu, pandai mendengar arahan tu yang kita mahu. Tau je kalau umi marah, Daddy marah, terus dia ambil hati kita balik. Pandai merajuk tu salah satu sampai tak terlarat nak melayan. Jeles dengan adik pon ye jugak. Eh biasalah tu kan budak kecik. Manja pon samaaa je dengan adik. Heee boleh penat nak melayan.

Tapi tulah, anak anak syurga kita. Tu jelah harta aku dunia akhirat. Ibarat kalau suami pergi tinggal kan kita, memang dah takde apa apa ikatan, tapi anak ni sampai mati jadi darah daging. Tak paham aku ada mak yang sanggup baling, lempar anak. Dah la baby. Ishhh harap dijauhkan lah aku, keluarga aku, kawan kawan dan juga sepupu sepapat dari berperangai macam ni. Bukan nak cakap aku baik sangat. Ada jugak pukul anak, tapi dari segi mengajar. Paling kuat pon aku acah acah dengan hanger baju. Rotan kat rumah ada jugak tapi buat perhiasan. Bagi dia takuit. Masalahnya Aqif tak takuit. Krik krik krik.




Yang ni baru beranak dua... esok dah tiga empat dan seterusnya cemana. Kawalan kesabaran tu penting. Marah anak, anak buat kita marah, kalau nak cool down kan perasaan aku tinggalkan then pergi dapur amik udara. Basuh muka... minum air kasi tenang. Hehehehe. Kemudian baru datang balik kat diaorang. Baru toleransi.

Eleh cakap je senang la kan. Time betul betul dalam situasi menggelabah gak. Tu lah nak cakap, belajar dari pengalaman. Dan jugak selalu motivasi kan diri. Anak lasak masa kecik ni esok dah besar dialah yang selalu boleh diharap. Ameen Insyallah ye anak anak umi jadi anak yang sentiasa menyenangkan hati umi daddy.








Workstation

Let this picture tell our story.

















Last month ada farewell staff kat ofis. So ada buat makan makan sikit. Jemputan yang berkenaan je ye. Mana tak dijemput sila jangan sentap kuasa doplohpat sebab save bajet. Kahkahkah ok tipu sangat. Actually ni majlis tertutup so tak perlu nak jemput satu RTM ok. Foods was very good especially dari masakan rumah. Catering tak berapa nak sedap... sekian makaseh. Jangan teghase hati ya... awak dibayar untuk service tersebut jadi harap next time buat sehabis baik. Jangan kedekut rencah, rasa. Sebab orang yang makan masakan awak tu always mendoakan agar awak maju dan berjaya dalam bidang yang awak ceburi. ;p









Wednesday, May 20, 2015

Jalan jalan cari barang

Aku kan ada cakap yang aku senang kalau beli barang suka sendirian. Dalam erti kata lain, ok je shopping sorang2 dari bawak ramai2. Heee. Boleh manage masa sendiri, boleh sesuka hati nak plan makan kat mana dan jugak boleh bajet nak keluar pukul berapa Hahahaha. Eh tapi aku ok je kalau keluar dengan kawan2. Sila lah ajak aku ye. So last a few weeks, ada plan nak cari kain raya dan jugak sebenarnya aku nak pi Book Fair. So aku amik offday while Daddy ada job kat Sg. Buloh. Tak dapat nak pergi saing... aku suruh dia settlekan kerja dia dulu, aku terus shoot ke Jalan TAR. Hahaha pon bolehhh.


Gigih kan turun naik public transport dengan heels nya tu auwww kebabom sangat padahal orang tak tau sakitnya tu di tumit kaki kahkahkah. Daddy always ye memang jadi pengawas kalau keluar dengan dia mesti pakai heels. Ciss betul lah. Dia tak tau ke jaman heels vontot tonggek ni dah lama berlalu. Now aku lebih prefer sandal yang comfortable. Tapi takpalah. Aku layankan jugak. Sebab nanti balik sama sama.


Pergi PWTC nak beli buku Diagnosis, booth tak jumpa. Hahahahaha sedeh gila. Punyalah besau hall dia pening aku nak jenguk satu satu. Kesudahnya dua ketul ni je yang dapat. Tu pon dah survey awal awal booth dia kat mana. Kalau tak la, rasanya tah hape hape je buku yang dibelinya. Eh buku Pilotoq tu bagus ye. Sesuai bacaan untuk suami isteri. Memang dia cerita pasal kehidupan seharian laki bini. Memang ada diantaranya situasi tu saja je macam kitaorang. Hahaha. Perempuan memang macam ni kot dan lelaki memang macam tu ;p

Matluthfie tu not bad. Macam kita baca diary dia. Aku suka je dia tu. Simple tapi bergeliga. Hampir nama Dareez tu aku nak taruk Luthfi tapi apakan daya ideaku direjek. Dikatanya tak best. Hekelehhhh apahal lak kan.

Eh kauorang dah beli kain raya? Aku dahh. Siap dah antar kat tailot kat Seremban. KL mahal bebenau. Heeee. Tema tahun ni pelbagai. So jangan ditanya. Baju Daddy dan The Zaumar last minute baru beli. Baju umi perlu diutamakan pasal umi dia tokleh beli baju ready made ni. Tak sedap pakai dan jugak paling utama sekali saiz tak kena. Eihhh salahkan baju pulakkk. ;p











Progress Rumahku Sorgaku


Soon my dear soon. Hahaha. Tak sabar sangat walhal nak dapat tukar pon belum tentu diapprove ke kan. Esok rumah dah siap... dah potong pulak dalam payslip terus nangis tak berlagu engko. Luas tanah? Hahaha tipu je tu, trick camera engkorang takkan lah tak boleh nak bajet -_- Tuuu sebelah rumah aku tu barulah tanah dia luas pasal dia dok kat corner lot. Habis tenggelam rumah iolls. 

Alhamdulillah, rezeki kami anak beranak cucu cicit tumpang berteduh. Hajat nak beli rumah lagi besar tapi apakan daya, duit tak cukup. Kahkahkah.






Tuesday, May 19, 2015

May Bornday

Celebrate birthday idris clan again hihihi tak habis2 kan. Habisss, setiap bulan ada je family member yang meraikan birthday. So kalini birthday akak, kak syida dan juga pak uteh. Hadiah aku dah siap siap beli kat Langkawi hari tu. Berat pon berat lah janji datang dari jauh. Kahkahkah. Made in Idaman Suri katakauu.

Tengahari tu balik Seremban jap ambik si Aqif. Maklom lah seminggu tak jumpa umi daddy rindu bak hang. Tu belum adik pandai cakap. Kalau tidak, aku rasa hari hari dia dok zikir "umi mana abangg..." Hehehe. Dari Seremban terus ke SA. Sampai rumah KL dah malam. Woihh penatnyaa seharian berjalan.


Hihihi Aqif paling win sebab dalam gambar semua punya birthday pon dia enter frame. Hajat dihati nak tiup lilin tapi lilin takdeee. Sedeh -_- 




Perasan tak yang paling sibuk kat situ adalah Aqif. Hahaha. Aku taktau la nak suka ke apa tapi yang aku perasan sangat Aqif ni dia jenis yang pandai bawak diri. Independent boy. Letak kat mana pon dia boleh go on dengan semua orang. Boleh main sendirian kalau takde kawan. Balik kampung Melaka hari tu selamba dia geng dengan anak sepupu mak aku. Padahal memang tak pernah jumpa sebelum ni ye. Alhamdulillah, dah besar dah anak bujang tu.

Malam tu adik ada buat presentation sikit pasal short trip ke Melaka hujung bulan ni. Homaigad nak bercuti lagi ke? aku pandang Daddy, dia pandang aku. Pastu dua2 sengeh. Hahahaha tahu dah dalam kepala otak tu fikir apa. Tengoklah cemana dapat join ke idak. Abang pon ada cakap family dia 70% tak pergi kot. Tambah pulak Kak Maz tengah preggy. Eh aku ada mention tak biras aku baru pregnant beberapa weeks. Hihihi. Seronoknya dapat baby. Semoga Kak Maz dipermudahkan. Ameen.









Monday, May 18, 2015

Kursus

Hai.

Kembali bekerja seperti biasa setelah lama berehat huhuhu. Matiks lah weh semangat kerja taktau lari mana... bangun pagi tadi pon malas gila. Dah lah minggu ni plan nak cuti khamis jumaat sbb Daddy kena attend course... Lagi kemalasan melanda landa.

So apa nak update ni? Kita cerita pasal Langkawi ok tak? Sedia maklom aku kena course kat sana 3hari bermula Selasa sampai Khamis. Pergi kursus kerana kerja ok bukan holiday. Sila faham kerna aku tak jalan mana tak boleh nak bawak barang banyak beli cekelat banyak akibat kekangan masa. Itu pon tong2 sewa kereta kalau tak, memang tak merasa la nak jalan sendiri. Tu je masa yang sempat. Khamis lepas check out memang dalam iteninary bawak pi HiG semua tu tapi kauorang tahu la sempat ke idak. Hahahaha confirm tak sempat.

Antara coklat yang sempat aku rembat. Ni pon Daddy cakap tak banyak. Errrk? Pitam aku mendengarnya. Aku pi course la bukan pi jalan saja. Naik bas 7jam bukan naik turun flight so sila faham keadaan aku yang comel rendang ni nak angkat banyak barang cemana. Jatuh peranakan iolls kang haaa. Nanti lah ye Daddy next time kita pergi just untuk holiday so nanti boleh borong cokelet sakan bagi family sorang sepeket. Hehehe




Ni antara cokelat yang ada kat HiG dan harga semasa. Rata rata suma naik. Tak banyak tapi singgit dua inggit tu teghase gak la kalau beli banyak2. Heeee. Pinggan mangkuk sudu sudip pon aku borong gak tu yang berat beg kemudian mengeluh hahahaha. Eh dah start kena kumpul barang rumah kan sebab nanti nak masuk rumah baru takde la kedek kedek baru nak membeli. Lagipun murahhhh banyak. Alaa takat pinggan makan melamine untuk guna seharian. Corelle pyrex aku tak beli sebab rasanya kat igshop boleh dapat lagi diskaun dan corak yang lagi cun.

Ni Fiza coursemate dan jugak roommate satu batch dengan aku dulu tapi lain dept. Dia ni pon tinggal anak gak hehehe. Bertabahla kita ye. Lepas ni kemana lak kita Fiza? Dan syok attend course jauh2 ni kan.








So far otak aku dah fresh selepas balik dari course. Ohh memerlukan holiday rupanya kahkahkah. Takde holiday sangat la kan just melihat tempat orang. Best rupanya course jauh2 ni. Lepas ni siaplah mana je ada course jauh akan aku apply. Anak anak pon dah boleh harap. Daddy pon dah reti jaga Dareez kan? Hahahaha.








Thursday, May 14, 2015

Live update

Haiii haiii haiii

Kemahin ye course jejauh tinggalkan Daddy dan anak anak. Heee. So here i am, 

Gambar malam tadi, semasa majlis penutup. Eh awalnya tutup course? Erm erm sebab Tuan Hj Wahid ada kerja esoknya so diawalkan la. Tapi tapi tapi, esok class tatap berjalan seperti biasa. I mean hari ni la. Sekejap je pasal lunch time dah bergerak balik dah. Heee. Ok ni lagi satu pic nak kasi kauorang jeles tahap rasa nak pergi hantuk kepala kat dinding.

Krikkk krikkk 😂😂😂 ni memang mendapat potong kaki lah ni. Kebanyakannya khas untuk Daddy kesayangan. Dua orang je ofismate yang kirim coklat last minute. Takpa sebab aku bawak duit banyak so pakai duit aku dulu. Hahaha ok tipuuuu.





Monday, May 11, 2015

Family Bonding - FRIM, Kepong

Plan nya dah lama. Eh takde lama sangat ye sebab baru tahu kat dalam FRIM ni ada sungai yang sesuai untuk bebudak mandi. Selalu orang up status pergi Gabai la, Congkak la, Tekala dan lain lain. Ok boringgg. Semua tu dah lama aku jejak. Kali ni cari tempat yang tak friendly sebab utamanya tak nak ramai orang. Semak la. Hahaha.

Separuh jalan baru call akak ajak join. Hahahah haruslah ajak sebab untuk meramaikan keadaan disamping ada anak bujang tu kawan. Maklomlah nak kawan dengan adik, adik kocik laie. Apa je dia tahu, jerit, kacau abang boleh la hahaha. Bertabahlah ye Aqif.

So here we are. Kena jadikan habit ni, snap pic a whole family before join apa apa event or journey. Sebab aku ada projek jangka panjang.









Sesuai lah kan untuk budak2 mandi. Yang makpak budak ni pantau je dah la. Aku cicah cicah kaki kat air pon dah rasa mengigil woihh sejuk air dia. Dareez kemain mula2 riang gembira then tak lama lepas tu senyap hahahaha sejuk lettew. Rasanya nak kena repeat lagi mandi kat sini. Datang pon dah petang dengan makanan tak bawak proper. Lapar tahu. Huhuhu.