life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, May 06, 2015

Cerita mak mak

Sepanjang aku kerja dari tahun 2006 sampai la ni tak pernah aku pergi kursus jauh2. Eh ok tipu. Ada sekali... kat Trolak... itupun kursus induksi wajib untuk penjawat awam. Hehehe. Sampai dah bernikah 4 tahun, dah beranak dua ni... memang tak pergilah jawabnya. Ate, bukan takde boss open kursus jauh2... cuma aku je yang tak berkesempatan. Asal nak pergi, ada je halangan. Tengah pregnant la, dalam pantang la, anak masih menyusu badan la dan lain lain. Heee. Amboi banyak nau alasan kau kecil. Tp aku rasa alasan yg paling win sekali adalah aku bf mommy. Hahahaha. Erm leceh hoccay jalan jauh ni kalau breastpump kau tidak flexsibel. Tp jangan risau pasal aku dah upgrade dari spectra3 ke spectra m1. Hoyehhh syabas kepada kelahiran Dareez :)

So nak jadikan cerita last month boss open kursus ke Langkawi kat kitaorg. Kat ofis tu aku dengan Wawa je belum kursus ke sana so saja gatal bagi nama hahaha padahal boss dah ada calon kot. Ahh lantak la saja nak gedik. Padahal dalam hati kalau dapat ni camno anak2 bujang iolls... pening gak tu memikirkannya.

Last week masa tengah holiday panjang, boss whatsapp surat kursus. Nama iolls tercalon hoccay. Tak tahu la nak gelak ke nak nanges ke terus pening kepala sampai ni. Hahahah ok tipu lagi. Betullah Allah tu maha mendengar. Dia bagi aku peluang untuk merasa kursus jauh2 seperti yang aku mintak. Dan malangnya bukan pair dengan Wawa... tapi dengan ofismate lain pulak... dan dia ofismate lelaki. Hahahaha padan muka aku. Tulah beriya nak pergi sangat kannnn. Hamek.

Dalam hati rasa macam macam. Perasaan bercampur baur nak tinggalkan anak dengan Daddy dia. Tu pun satu masalah gak tu pasal Dareez adalah sangat sentimental dengan umi dia -_- Kauorang bayangkanlah aku nak bancuh susu je pun dia punya menangis tu Ya Allah macam kena cubit. So aku dah was was ni adakah boleh Daddy tersayang handle anak bongsu dia tu? Aqif aku tak risau sangat sebab dia dah big. Dah faham situasi, dah boleh main sendiri. Silap haribulan Aqif hantar rumah atok Seremban. -_- Eh memang hantar pon sebab plan nya kalau aku dapat, Aqif atok jaga, Dareez daddy jaga. Hahahaha

Mak mak memang macam ni eh? Sentiasa tak percaya orang jaga anak sendiri. Hahahah walaupon laki sendiri -_- actually macam ni la... Dareez tu ok je menjaganya. Tak susah ye... bangun malam nak susu je lain taknak. Dah minum, terus tidur balik. See? mudah bukan. Tapi yang tak mudah nya kau kena lah bangun malam untuk buat susu dia. Dareez tak df ye harap maklom. So renyah sikit kerja. Jadi, aku maemang faham dah perangai Daddy cemana, nak bangun memalam tu nauzubillah kemahin susah ke tak sedor ke tah lah. So tu masalahnya.

Tapi, bak kata kawan kawan aku, wat lex wat pis je jangan risau. Time ni la nak menguji ketahanan Daddy menjaga anak dia. Wakaka. Sebabnya Daddy tak pernah jaga Dareez alone. So that is the right time.

Hurm hurm.
Oklah positif.







No comments: