life is beautiful

life is beautiful

Monday, May 18, 2015

Kursus

Hai.

Kembali bekerja seperti biasa setelah lama berehat huhuhu. Matiks lah weh semangat kerja taktau lari mana... bangun pagi tadi pon malas gila. Dah lah minggu ni plan nak cuti khamis jumaat sbb Daddy kena attend course... Lagi kemalasan melanda landa.

So apa nak update ni? Kita cerita pasal Langkawi ok tak? Sedia maklom aku kena course kat sana 3hari bermula Selasa sampai Khamis. Pergi kursus kerana kerja ok bukan holiday. Sila faham kerna aku tak jalan mana tak boleh nak bawak barang banyak beli cekelat banyak akibat kekangan masa. Itu pon tong2 sewa kereta kalau tak, memang tak merasa la nak jalan sendiri. Tu je masa yang sempat. Khamis lepas check out memang dalam iteninary bawak pi HiG semua tu tapi kauorang tahu la sempat ke idak. Hahahaha confirm tak sempat.

Antara coklat yang sempat aku rembat. Ni pon Daddy cakap tak banyak. Errrk? Pitam aku mendengarnya. Aku pi course la bukan pi jalan saja. Naik bas 7jam bukan naik turun flight so sila faham keadaan aku yang comel rendang ni nak angkat banyak barang cemana. Jatuh peranakan iolls kang haaa. Nanti lah ye Daddy next time kita pergi just untuk holiday so nanti boleh borong cokelet sakan bagi family sorang sepeket. Hehehe




Ni antara cokelat yang ada kat HiG dan harga semasa. Rata rata suma naik. Tak banyak tapi singgit dua inggit tu teghase gak la kalau beli banyak2. Heeee. Pinggan mangkuk sudu sudip pon aku borong gak tu yang berat beg kemudian mengeluh hahahaha. Eh dah start kena kumpul barang rumah kan sebab nanti nak masuk rumah baru takde la kedek kedek baru nak membeli. Lagipun murahhhh banyak. Alaa takat pinggan makan melamine untuk guna seharian. Corelle pyrex aku tak beli sebab rasanya kat igshop boleh dapat lagi diskaun dan corak yang lagi cun.

Ni Fiza coursemate dan jugak roommate satu batch dengan aku dulu tapi lain dept. Dia ni pon tinggal anak gak hehehe. Bertabahla kita ye. Lepas ni kemana lak kita Fiza? Dan syok attend course jauh2 ni kan.








So far otak aku dah fresh selepas balik dari course. Ohh memerlukan holiday rupanya kahkahkah. Takde holiday sangat la kan just melihat tempat orang. Best rupanya course jauh2 ni. Lepas ni siaplah mana je ada course jauh akan aku apply. Anak anak pon dah boleh harap. Daddy pon dah reti jaga Dareez kan? Hahahaha.








No comments: