life is beautiful

life is beautiful

Thursday, May 28, 2015

Independent

Daddy tak kerja macam staff gomen ye yang setiap hari balik pukul 5, datang kerja pukul 8. Eh tapi ada kan staff gomen yang kerja syift macam aku. Hehehe. Well, kerja sendiri jadual dia tak menentu. Ikutlah kalau malam ni dia cakap ada nak jumpa client, maka balik lah beliau lambat. Tapi tak pernah sekali pon tak tidur kat rumah. Itu yang penting. Kahkahkah. If weekend kalau ada banyak job, terpaksa jugak keluar. Tapi tak bermaksud dia abaikan anak, bini. At least, seminggu sekali tu mesti bawak family jalan. MESTI.

Contoh kalau sabtu dia kena kerja, so balik sure dah petang bawak ke maghrib. So ahad mesti kitaorg bawak budak2 keluar. Tak ahad, sabtu. Tengok dia habis kerja cemana. Yang aku ni memang confirm2 la jaga rumahtangga, jaga anak. Well, so far buat masa ni aku masih lagi memahami. Faham nak cari duit tu susah. Daddy pon kerja dia cemana lak kan. Meet up orang sana sini. Dengan meeting lagi bagai. Wahhh cerita suami kerja gah je kan. Hahahaha. Takdelah. Daddy ni kerja dia dalam M&E so harap boleh paham lah ye. Aku ni pulak dah biasa kena tinggal2. So takpalah demi mencari sebeg beras. Hahahahaha. Jangan melencong sudah.

Selalu gak kitaorang discuss hati ke hati. Kerja macam ni risiko dia cemana. Nak pulak lately ni banyak nau fitnah akhir zaman. Sedangkan tokoh agama pon kena fitnah... inikan pulak kau yang orang biasa2. Tu aku selalu pesan, apa apa nak buat ingat anak, ingat isteri, ingat keluarga. Nak buat sesuatu fikir dulu. Paling aku selalu pesan, jaga nama baik aku sebagai isteri dia. Malulah aku kalau dengar cerita dari kawan2 yang laki aku berperangai yang tak sepatutnya. Eeeee malu ok. Mana nak taruk muka. Macam lah aku tak pandai jaga suami. Gitew.

Sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita.
Mukadimah je panjang berjela.

Last week Daddy ada short course so aku plan bawak the zaumar balik Seremban. Lagipon course Daddy tu memakan masa sampai ke malam jadi aku dah imagine duduk KL sure bosan tahap dewa. So mari ler balik kampung.

Keluar berdua dengan Aqif tu biasa ye kalau kat Seremban. Selalu layan dia naik bas. Hahahaha. Adik tinggal dengan icik. Budak kecik tokleh jalan merata. Hahaha alasan mak kau. Padahal aku tak pandai nak handle dua dua kalau bawak keluar sendirian. Cannot lah. Nanti orang kata aku kakak bawak lari adik. -_- Tak seswai gitew.

Sebelum naik bas kena posing maut dulu sebab nak kena kasi report kat Daddy.
Kang tak caya lak kang bini dia bawak anak cane.
Hahahah

Aqif ok je, boleh co-op dengan aku. Time ajak makan, dia makan. Tapi tulah bila dia start nampak remote car or kereta yang bunyi2 tu memang duduk kat situ berejam. Nangis mak kau. Aku pon takpala kita layan. Bukan selalu bawak dia pergi mall. Kalau bawak pon, aku dengan Daddy takkan lalu kat tempat tersebut. Dah tahu dah perangai anak cemana kan. Kali ni dah berdua dengan dia so kita bagi can. Ok je... happy tengok dia. Lama duduk situ bila kita ajak balik dia ikut. 

Paling win sekali aku siap boleh bershopping lagi dengan Aqif ni. Hahaha. Asal nak masuk fitting room je memang aku suruh dia masuk sekali. Lantoklah kan janji anak ada depan mata. Aqif suka kot sebab mall kan besar, siap boleh main lari lari satu hal, siap menyorok dengan aku lagi. Hahaha. Yang aku pon melayan sama nyorok sekali pastu dia dah gelabah cari aku. Haaa rasain nak main2 sama gue.

Daddy takda, kita berdua pon jalan gak kan Aqif. Cuma tak seronok lah sikit pasal umi kau tak boleh nak bawak jalan jauh lagi. Maklomlah nak drive sendiri takuit. Ishh apasal lah penakut sangat ni. Aku kalau dah berani, siaplah merata aku jalan. Panjang langkah ni. Doakan weyyyy. Hati kecik sangat. Fedup haku. -_-

Kita susah susah dulu, senang senang kemudian ye.

Tunggu adik besar sikit nanti kita bawak dia jugak bila Daddy busy. Tapi aku tahu sebenarnya laki aku tu pon sedih gak tinggal anak bini jalan sendirian. Dia kalau boleh mesti nak join setiap aktiviti kitaorang. Habis nak buat cemana kan, dah kerja. Aku ok je. Takde sentapzz laki asyik busy urusan kerja je. Alah pandai2 lah bawak diri. 

Busy kerja takpa, jangan busy ke benda lain. Aku dengar je cerita tak sedap nanti tahu lah. Muahaha.






No comments: