life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, May 20, 2015

Jalan jalan cari barang

Aku kan ada cakap yang aku senang kalau beli barang suka sendirian. Dalam erti kata lain, ok je shopping sorang2 dari bawak ramai2. Heee. Boleh manage masa, boleh sesuka hati nak plan makan kat mana dan jugak boleh bajet nak keluar pukul berapa Hahahaha. Eh tapi aku ok je kalau keluar dengan kawan2. Sila lah ajak aku. So last a few weeks, ada plan nak cari kain raya dan jugak sebenarnya aku nak pi Book Fair. So aku amik offday while Daddy ada job kat Sg. Buloh. Tak dapat nak pergi saing... aku suruh dia settlekan kerja dia dulu, aku terus shoot ke Jalan TAR. Hahaha pon bolehhh.


Gigih kan turun naik public transport dengan heels nya tu auwww kebabom sangat padahal orang tak tau sakitnya tu di tumit kaki kahkahkah. Daddy always ye memang jadi pengawas kalau keluar dengan dia mesti pakai heels. Ciss betul lah. Dia tak tau ke jaman heels vontot tonggek ni dah lama berlalu. Now aku lebih prefer sandal yang comfortable. Tapi takpalah. Aku layankan jugak. Sebab nanti balik sama sama.


Pergi PWTC nak beli buku Diagnosis, booth tak jumpa. Hahahahaha sedeh gila. Punyalah besau hall dia pening aku nak jenguk satu satu. Kesudahnya dua ketul ni je yang dapat. Tu pon dah survey awal awal booth dia kat mana. Kalau tak la, rasanya tah hape hape je buku yang dibelinya. Eh buku Pilotoq tu bagus ye. Sesuai bacaan untuk suami isteri. Memang dia cerita pasal kehidupan seharian laki bini. Memang ada diantaranya situasi tu saja je macam kitaorang. Hahaha. Perempuan memang macam ni kot dan lelaki memang macam tu ;p

Matluthfie tu not bad. Macam kita baca diary dia. Aku suka je dia tu. Simple tapi bergeliga. Hampir nama Dareez tu aku nak taruk Luthfi tapi apakan daya ideaku direjek. Dikatanya tak best. Hekelehhhh apahal lak kan.

Eh kauorang dah beli kain raya? Aku dahh. Siap dah antar kat tailot kat Seremban. KL mahal bebenau. Heeee. Tema tahun ni pelbagai. So jangan ditanya. Baju Daddy dan The Zaumar last minute baru beli. Baju umi perlu diutamakan pasal umi dia tokleh beli baju ready made ni. Tak sedap pakai dan jugak paling utama sekali saiz tak kena. Eihhh salahkan baju pulakkk. ;p











No comments: