life is beautiful

life is beautiful

Friday, May 29, 2015

Muhasabah diri

Actually dari Isnin hari tu aku dah mula manage balik akaun facebook aku. Mana gambar yang tak senonoh i mean masa jaman jahiliah dulu pelan pelan aku delete. Termasuk lah yg nampak aurat ke apa hihihi. Amboi kemain naaa macam sekarang ni alim bebenor je bunyinya. Tapi payah gak la sebab gambar tag2 kemain banyak ye. Hurmmm panjang berbelas harkat. Jenuh gak nak untag dan message kawan2. Mana dan je aku buat. Berpinau mata ngadap skrin desktop. Aku bukan apa. Semakin meniti ke tangga 30an ni (belum lagi...belum lagi hahaha) nak kena muhasabah diri sikit. Matang kan diri sebenarnya.

Bukan tu je... post yang lama lama bertahun dulu pon aku delete gak. Kang ada application kat facebook on that date punya post yg tahun dulu dulu tu dia appear balik. Tapi kau jelah yang tahu. Aaaa malunyaaa dulu tak matang okk. Tah ape la up status mengarut. Ngantuk pon nak pi post kat facebook. Pastu sure lah kantoi time keje kot hahahaha. Eh kau dah kenapaaa. So jalan terbaik aku delete je. Aku yang baca pon nak muntah inikan pulak orang lain. Padahal time tu banyak je orang komen dan like. Eeeei poyos gila. Well masa tu kan facebook tengah in. So hari hari je nak ada status... walaupun status ngarut2..ermm zaman remajaku. 

Kini aku dah semakin berfikiran rasional. Mana yang perlu je kita up status. Paling win pon aku share pasal anak hahaha tu pon link dari instagram. Share2 post sorry ai tak buat dah... Aku cuma share kat wall sendiri dan private kan. Parking sat la bak kata orang. Hahaha. Simpan page resepi la.. pasal baby la dan jugak pasal nasihat ni. Tu jela takde benda lain. Pastu aku jadikan facebook ni medium untuk aku ikuti perkembangan kawan2. Eh. Bukan stalker ok. Contoh budak2 sekolah nak buat reunion. Kenduri kawin dan jugak kawan tu sihat ke idak. Tengok2 album orang dah tak koser mak. Kehkehkeh.

Dan kalau nak tahu, dari Isnin jugak aku dan deactive kan akaun facebook aku. Heee. Teghase lagho sangat ok. Kat ofis berfacebook, rumah pon sama. Nak tido pon ye jugak. Eeee mengkayakan yahudi je tauuu bak kata mak aku. So aku deactive terus. Tapi tak bermakna aku lupa teruih... nanti bosan2 aku bukak balik ye. Dengan daddy pon aku ada cakap suruh buang gambar2 kitaorang yang tak semenggah dulu. Gambar jaman bercinta...macam donia engkorang yang punya kahkahkah. Hurm bila tengok balik malu iolls. Tapi tulah... Banyak gambar kawan kawan tag. Dari tahun berapa lak kan. Gambar tagged je lebih...gambar upload sendiri takde banyak tu. 

Lagi satu, aku ni dah beranak...dah ada keluarga lain. So harus clearkan mana yang patut. Past is past. Aku mengaku aku yang dulu bukan baik sangat ok. Kalau terasa nak pakai tudung, aku pakai je. Kalau rasa nak bukak, eh tak payah pakai. -_- baju pon singkat mingkat..seluar nak tight. Pakai legging tapi pakai tudung. Aaaaaa. Bukan nak cakap aku yang sekarang berhijab berniqab bagai... Siap jubah pebender. Aku cuma nak cakap aku nak perbaiki diri. Slow slow lah ye.

Manatau esok tetiba aku mati, gambar2 aku yang lama...orang selongkar balik...panas aku kat dalam kubur tu weh. Erm sedeh.




No comments: