life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, May 26, 2015

Perkembangan terbaru

Well, dah lama rasanya tak story pasal si bujang besau tu kan. Dah big dah ye, muka pon dah abang2 sangat. Hehehe. Sayanggg adik sangat [eh yeke tu hahaha] selalu protect adik if adik nak buat pape yang membolehkan adik tu jatuh ke hapa. Paham tak. Kalau cakap adik tinggal tak payah ikut if nak pergi jalan, Aqif boleh marah then cakap 'Ayis ikutttt' Hahahaha sangat kelakar. Eleh umi saja je revise psychology. 

So this year dah 3yo. Tak sure next year masuk playschool ke tak. Belum ada perbincangan lagi dari pihak Daddy. Itu kalau Aqif dah school, mahu umi dia kena beranikan diri drive sendiri, alone without Daddy. Aaaaa takuit. Hahaha. Tak tahu la pebender yang takuitnya. Rasa macam nak kena beware dari semua arah. So jam tu memang tokleh ada orang layan borak ke apa. Mata kena fokus dan jugak fikiran. Tak boleh nak khayal sesaat. Nyawa ni beb. Tak kena kat kita, kita kena kat orang. So sebab tu aku scary gila.

Sepanjang masa 2yo nak masuk 3 ni, memang totally different ye personality Aqif. Dah boleh diharap tu satu, pandai mendengar arahan tu yang kita mahu. Tau je kalau umi marah, Daddy marah, terus dia ambil hati kita balik. Pandai merajuk tu salah satu sampai tak terlarat nak melayan. Jeles dengan adik pon ye jugak. Eh biasalah tu kan budak kecik. Manja pon samaaa je dengan adik. Heee boleh penat nak melayan.

Tapi tulah, anak anak syurga kita. Tu jelah harta aku dunia akhirat. Ibarat kalau suami pergi tinggal kan kita, memang dah takde apa apa ikatan, tapi anak ni sampai mati jadi darah daging. Tak paham aku ada mak yang sanggup baling, lempar anak. Dah la baby. Ishhh harap dijauhkan lah aku, keluarga aku, kawan kawan dan juga sepupu sepapat dari berperangai macam ni. Bukan nak cakap aku baik sangat. Ada jugak pukul anak, tapi dari segi mengajar. Paling kuat pon aku acah acah dengan hanger baju. Rotan kat rumah ada jugak tapi buat perhiasan. Bagi dia takuit. Masalahnya Aqif tak takuit. Krik krik krik.




Yang ni baru beranak dua... esok dah tiga empat dan seterusnya cemana. Kawalan kesabaran tu penting. Marah anak, anak buat kita marah, kalau nak cool down kan perasaan aku tinggalkan then pergi dapur amik udara. Basuh muka... minum air kasi tenang. Hehehehe. Kemudian baru datang balik kat diaorang. Baru toleransi.

Eleh cakap je senang la kan. Time betul betul dalam situasi menggelabah gak. Tu lah nak cakap, belajar dari pengalaman. Dan jugak selalu motivasi kan diri. Anak lasak masa kecik ni esok dah besar dialah yang selalu boleh diharap. Ameen Insyallah ye anak anak umi jadi anak yang sentiasa menyenangkan hati umi daddy.








No comments: