life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, May 26, 2015

Suamiku keramat hidupku

Banyak banyak orang, paling rapat adalah dia.
Ramai ramai kawan, paling jujur adalah dia.
Antara penasihat, paling berterus terang adalah dia.
Antara yang ada didunia, paling sayang adalah dia.

Suami umpama keramat hidup kita.
Mahu jadi ibu yang penyayang, perlu support dari dia.
Mahu jadi isteri dan ibu yang mithali, perlu bimbingan dari dia.
Mahu masuk syurga, perlu redha dia.

Hati dia kita perlu jaga. Sakit hati dia, sakitlah hati kita.
Senang hati dia, gembiralah hati kita.

Terima kasih,
kerna selalu ada disisi.
Walaupun saya seorang yang kasar, kadang kadang tak berfikir secara rasional.
Cakap lain tapi dalam hati maksud lain.
Cuma awak sahaja yang faham.

Saya cuba lagi untuk menjadi yang terbaik,
buat awak.
Supaya awak tak rasa nak pandang perempuan lain.

Sekian.


Kita yang baru 4 tahun suami isteri.




No comments: