life is beautiful

life is beautiful

Monday, June 29, 2015

Puspanita RTM

Dah nama penjawat awam wanita kan ehh haruslah join Puspanita uolls. Kalau tak, tak lengkaplah aktiviti nak masuk dalam kpi hujung tahun nanti. Hahahaha. Itu sebenar agendanya.

So last week ada event sikit.. dibawakan oleh Mustika Ratu dan jugak tudung Aniszone. Ok tak familiar heheheh. Btw inner neck pendek dan panjang dia sangat awesome. Muka bulat macam aku penuh sepinggan otomatik boleh jadi bujut sireh wa cakap lu. Ok nanti beli tauuu. Aku beli satu yang inner pendek tapi malangnya agak ketat tang telinga. Aku mana boleh ketat metat ni kang sat gi pening kepala nak muntah la hape la terus rasa nak cabut tudung jam tu jugek. Ok takpa itu bisa kita adjust. Kata kerja tv kan haruslah kretip. Wakaka ok tipu tu semuaaa.


Eh tahu tak Mustika Ratu ada jual satu produk yang boleh anjalkan breast kita. Ok malu. Hahaha. Maklomlah sapa mak mak yang menyusu anak tu sikit tak banyak mesti ada perasan yang breast kita jatuh. Ke takde? Ke malu nak mengaku? Ngeh ngeh. So belilah weyy sebab murah je. Hari tu dia buat promotion dapat harga RM13+ je. Murah kan?? Murahhh kann?? Tapi kena rajin sapu la. Petua dia, taruk lotion dia kat dalam bilik air so lepas mandi boleh applykan lotion tu kat breast kita sambil urut. 

Ohh ye lupa pulak, disamping demo tudung Aniszone, ada jugak peragaan jubah by ABS Company ke beauty ke hapa tah lupa aku. Jubah lawa lawa uolls tapi a lil bit mahal -__- so tak jadi beli. Lagipun aku mana boleh beli ready-to-wear ni kang semua nak alter. Rugiii banyak. Baik beli kain, tempah kat tailor. Baru puas hati. Dia ada buka booth kt jualan Puspanita RTM haritu. Lawaaa sangat tapi takde bajet ke arah tu. Heheheh.


Tuh dia bukti ofismate aku borong produk Mustika Ratu sampai RM100+ . Aku nak beli berkira kira jugak sebab satu takut tak terpakai kang nanti jatuh membazir. Kedua takde pengalaman dengan produk ni dan aku sedang pakai produk lain. Hahahaha. Aci tak? Aci lah weyyy. Selamat duit aku dari membeli yang tak berkaitan. Now aku nak kuatkan hati taknak berbelanja ikut nafsu. Pleaseeeee. Nak saving sikit weyyy nak bantu incik suami. Nanti nak reno rumah caneee. Hahahah.


The three musketeers kahkahkah yang lagi sorang gagal dikesan. Eh eh diaorang ni saja je tau tahu la kami ni pokok renek. 






Pasar tani

Kan aku dah cakap...pilih ikan...beli sayur tu kan terapi diri untuk aku. Hahahaha. So hari Ahad hari tu pergi pasar tani sat beli lauk nak masak nanti. Ikutkan semua haiwan nak dibelinya tapi memandangkan dah la pergi dengan anak bujang...tangan tak cukup.


Model pasar tani ewahhh kemain dia pulak yang riuh tengok ikan, udang, sotong bagai. Tangan tokleh duduk diam nak pilih sama. 



Lepas pilih ikan dia nak suruh ummi beli pisang pulak. Ok kita layankan jela. Aqif suka sangat dengan buah pisang. Kalau ada pisang depan mata, harus 3,4 biji dia telan. Eh oklah tu kan lawas perut anak bujang ai. Hihihi. Dareez tinggal dengan Daddy... kalau 2-2 ikut memang tak cukup kaki tangan aku. Lauk kemana anak anak tah kemana. Actually aku jarang sangat nak beli lauk kat pasar tani ni. Prefer ke pasar malam. Memandangkan bulan puasa, nak pergi pasar malam memang lah bercinta dengan baru balik kerjanya nak kejar masak semua...lupakan saja hasrat. 

Ni kauorang tahu, Aqif sempat pow ummi dia ikan hiasan 3ekor. Oklah kita beli...boleh buat kawan ikan yang sedia ada kat rumah tu. Minggu ni tak kemana itu yang jadi je bawak Aqif pergi pasar tani. Daddy sabtu ahad busy sokmo kau tahu. Tinggallah kami anak banak lepak rumah. Kadang kesian tengok. Sabarlah ye anak anak ummi. Insyallah rezeki ummi dapat pindah...rumah pulak dah siap...boleh la main kat laman rumah sendiri. Ummi pun tak zabar sebenarnya. Penat dah duduk rumah tinggi ni. -___-






Friday, June 26, 2015

Tudung raya

Pening gak nih nak beli tudung cemana. Maklomlah last year raya memang tak proper sangat pasal baru lepas dapat baby auwww. Aku main sauk je tudung yang ada. Kahkahkah. Masatu memang takde perasaan nak pergi shopping segala sebab dalam mood penerimaan ahli baru dalam keluarga. Plus Dareez pon  menyusu badan lagi so nak vogue vas vas ni memang tak ahh. Aku lebih pentingkan keselesaan. Tapi tahun ni please...bagi aku lawa lawa sikit boleh tak. Hahahahaha.

Lawa sangat lah tu kau khennn.

Kiranya tahun ni lebih terancang, lebih sistematik dan yang paling penting lebih terurus dari segi perbelanjaan kewangan. Insyallah. Mohon jangan membazir ye. Baju dah siap tempah tinggal nak pi ambil je lagi. So misi mencari tudung haruslah bermula. Eh dah gaji eh? Wiwiwi. Eleh bantuan RM500 pon kita kena bersyukur ok. Janganlah bandingkan pekerja gov dengan swasta. Engkorang dapat bonus berbulan2 iyye.... -___-

Kasut, henbeg raya kemungkinan takdo eh tapi kalau ada dapat voucher Jusco ke boleh la kot hahaha. Baju budak2 ni aku ada beli sikit2 before ni. Dan kemungkinan diaorg pakai jubah je kot masa 1st raya tu. Dareez boleh refill baju melayu Aqif masa dia kecik dulu. Cuma Aqif jela kena beli baru pasal dia dah lonjong. Dan big boy.

Daddy pandai2 ye. Dia pon bukan yg jenis berbaju melayu punya orang. So sukati awak lah. Takde nak match bagai tahun ni. Kita match sikit2...kita bersederhana and pakai apa yang ada janji bukan baju koyak. Nak ikut trend orang kekadang boleh menjerut leher oiii. Tak tercukup duit engko. Hihi.

 I'm wearing Aidijuma. Feeling2 datin gitew. 





Monday, June 22, 2015

4th Ramadhan 2015

Hari cuti boleh la masak sedap2. Eh sedap2 takdo la tp macam2 hehehe. Ada durian terlebih hari tu Daddy beli so masuk freezer. Tetiba hari ni Daddy cakap suruh buat kuah durian nnt boleh cicah dengan roti. Dia nak kuah durian ok kita buat hahahaha. Layankan jelah lagipun hari cuti tak rushing sangat. Sengaja buat banyak niat dalam hati nak bagi pengasuh Zaumar.

Lepas je berbuka ayah dia datang balas balik makanan yang kitaorang bagi.


Pulut mangga santan uolls. 

Ternganga sat pasal seumur hidup memang tak pernah makan or dalam erti kata memang takde keinginan nak makan. Hahahaha. Daddy siap boleh gelak lagi. Dia pon tak makan pasal pulut kan ke angin. Aku lagilah memang sejak beranak anak ni makan berjaga jaga. Setakat nak rasa rasa boleh la. Ni hamek kauuu selambak dia bagi. Penyudahnya aku wa kawan2 ofis tanya oii cemana nak makan ni -___-

So far ok not bad dia rasa lemak manis githeww. 1st time makan ni weyy. Belah2 selatan takdo benda2 macam ni so maafkanlah beta yang naive ini.

So next menu apa pulak ya?





Friday, June 19, 2015

Baju raya

Pagi tadi dapat sms bagitahu baju raya dah siap. Woahhhh gila cepat. Ni yang tak menyabor ni nak balik Seremban. Actually aku ada cerita tak baju raya tahun ni tempah kat tailor yang buat baju nikah aku dulu. Selamba je aku tak fikir apa dah hantar kat sana janji ai ada baju tahun ni. Wakakaka. Aku tak nak pisang berbuah berpuluh kali. Biarlah orang kata eh gila awal tempah baju. Eh janji aku ada baju untuk dipakai di hari raya nanti. Jangan tahun lepas main bedal je pakai jubah Qalaqisya tu pon breastfeeding punya. Dah la lengan panjang kemudian ada kerawang lagi haaa bayangkan cemana aku pakai. Macam baju pinjam pon ada -__-. So tahun ni lets sediakan payung sebelum hujan. Dia siapkan awal pon manatahu tetiba ukuran dah berubah so masih sempat lagi nak hantar alter. Eh eh harap ukuran berubah tu berubah kearah kebaikan la jangan menambah inci sudah. Nangis ahkak tak berlagu. Penat tahan makan 6 bulan tauuuu.

Ehhh ada aku cakap aku diet ke? Wakaka

Aku tak diet pon. Cuma kurangkan makan, tak makan benda berfaedah, makan bila perlu dan makan secara sedikit tapi kerap dan jugak minum air masak banyak2.

Tu je.

So kita tengok ye hasilnya. Last timbang January 2015, 46.5kilog. Dan tak timbang2 dah lepastu. Harapan lepas ni ada perubahan yang memberangsangkan. Puasa ni perut pon flat. Kahkahkahkah. Peha pon tak macam drumstik dah. Eh ke aku je yang perahsantan? ^___^






2nd Ramadhan 2015

Haiii. Tadi berbuka lauk apa engkorang? Aku biasa je takde lauk yang membazir. Hari ni masak siakap stim limau. Ermm sodapp. Hahaha. Tu main course. Lain ada sayur sawi jepun sos tiram, ayam percik beli kat bazar dan jugak murtabak daging pon beli kat bazar. Hahaha. Oklah tu kan takde bazir. Semua lauk pon habis kecuali murtabak buat kudap2 untuk malam nanti. Entri ini takdelah aku nak taruk gambar hidangannya ye malu lah aii hiasan tak menawan. Kahkahkah.

Esok cadangnya nak berbuka kat SA dengan family akak, abang semua sekali. Plan aku nak buat kuah durian memandangkan ada lebihan durian last week daddy beli. Dari dok dalam freeze tu so baik gunakan. Then niat nak masak lala. Alah masak taruk serai taruk cili sikit. Ermm masalahnya sodap ke tidak? kekeke. Eh sedap laaaaa.

Aku sebenarnya tak cukup tidur ni. Masalah sikit bila syift petang balik dah pukul 12 gedebak gedebuk tidor pukul 1-2 gak then nak bangun sahur pukul 5... Aaaaaa terkebil kebil mata ai tau. Rasa digam gam mata suruh tidur balik. Itu pun lepas imsak dah tak boleh belah tidur jap bangun balik pukul 630 solat subuh. Kemudian zass tidur laju2 sebelum budak2 bangun. Hahahaha. Memang masalah besar tu. Itu yang sambil jaga anak tengah hari aku boleh terlelap jap kat sofa datang si Aqif kelepek kat muka. Kahkahkah. Dia mana boleh tengok orang tidur. Harus ajak orang main sama dengan dia. -__-

Kerja petang asyik nak tengok jam je bila lah nk pukul 1130 malam ni nak balikkkk ngantuk woih.











Rezeki dan Redha

2015, kauorang ada baca tak isu yang kadang2 rasa macam bangang pun ada. Viral pasal mommies yang bersalin czer vs bersalin normal, yang amik ubat ubatan vs yang natural birth dan yang paling cam harem sekali baby fm vs bf. Aaaaa naik pitam aku membacanya. Ada aku pi post kat instagram then aku share kat facebook. Rata rata ada yang bersetuju dengan apa yang aku rasa cewahhh habis lah kau tu power gila kan kecil kan. Hahahaha.

Ok ok ok gini.

Aku bukan ada pengalaman yang awesome, bukan ibu yang baik sangat pun bukan ibu yang berjaya fully breastfeed anak2 dia. 
BUKAN.

Tapi sejak dua menjak ni ramai yang share kat fb mengenai ini. Banyak kot dalam forum mommies bertelagah sesama sendiri. Aku pon pelik kenapa nak banding2 kan semua tu. Adakan bersalin normal lebih terhapus dosanya berbanding mommies yang bersalin czer? Tidak kah diaorang ni sedar yang bersalin czer lagi banyak risiko, lagi susah nak jaga masa dalam pantang even kau dah habis pantang pon kau kena TETAP jaga juga makan/minum semua tu sama jugak macam orang yang bersalin normal? Kena lapah perut satu hal, dengan kebas kakinya lagi eh macam2 lah hanya mommies yang ada pengalaman je yang tahu. Tu belum mempertikaikan kenapa masa nak bersalin amik epidural/ubat tahan sakit? Adoiiii kenapakah begini punya soalan pon ada.

Aku rasa tu pilihan masing2 ye. Eh badan dia, sukati dia lah nak buat apa pon. Dan jangan lah kauorang menghukum macamlah kau tu tuhan. Kes bff aku, dia siap komen lagi kat fb... dia tak mintak pon nak czer untuk kali ke-3 tapi dah itu bahagian dia so hadap jelah. Bukan dia yang menentukan kesihatan dia ditahap optimum. Kalau Allah dah kata 'Kun Fayakun'... so mampukah kita hamba Allah yang kerdil ini menidakkan kekuasaan-Nya? Ada jugak doc yang suggest sebab condition dia tak berapa ok. Faham tak? Semuanya bersebab. Takde mommies yang sengaja nak czer sebab malas nak meneran. Ok ada maybe 1%. Dan ada jugak mommies jenis tak tahan sakit so jalan terbaik ambik epidural/ubat tahan sakit. Dari tengok dia macam nazak so cari lah jalan penyelesaian. Bukan yang mengusutkan keadaan.

Fikir logik sikit boleh tak.

Ada je aku baca satu blog, dia memang nak bersalin guna epidural sebab bagi dia eh ada kemudahan so buat apa nak rasa sakit beranak tu hahahah. Pun boleh. So pilihan ditangan kita right? Contoh terdekat aku lah. Aku memang kalau boleh nak elak ambil epidural or ubat tahan sakit bagai waktu bersalin. Dan Alhamdulillah aku memang tak perlukan ia. Dua dua anak aku natural birth. Cuma ada lah doc gunting sikit kan masa anak pertama. Haaa tu pon ada gak isu mempertikaikan tu. Terus aku tak faham. Hahahah. Der, doktor tu tahu lah kau tu dalam condition yang macam mana. Kalau nak sangat natural birth yang bebetul natural, tak payah guna khidmat hospital dan doktor. Beranak sendiri, semua buat sendiri. Hebat sangat lah diri tu kan. Ada pulak kompelin kat oversea doc siap urut lagi anu kita nak kasi cepat bersalin. Eh eh nak cakap tak membaca pon ada. Helloooo dari kau suruh doc tu buat baik ko buat sendiri tak pon suruh laki tolong pasal perut dah besar kan sejak dari kandungan 7 bulan lagi ok. Lagi afdal. Takde nak membantunya de jam jam tu baru buat. Sila masa mengandung tu buat research sikit ye kasi pandai sikit cemana nak hadapi saat saat bersalin.

Kannn. Orang cakap aku cam pandai je kann. Hahahaha
Habis, kauorang masa pregnant memang takde baca pengalaman orang, takde buat research bagai, takde nak persiapkan diri ke apa ni? Ehh stress pulak aku nak menaip ni hahahah.

Gini lah... kita ni orang kata kalau tak bertanya sesat jalan. Jangan jadi bodoh sombong pastu jadi macam luncai terjun dengan labu labunya. Sila berilmu sikit ye. Benda ni soal hidup dan mati. Nak ke dengar kes mak dia taknak amik ubat taknak czer tapi heart beat baby dah down. The end mak mati, anak pon mati. Tak pon mak hidup anak pulak lemas sebab lama sangat dok push push. Jangan hukum orang, sebab kita bukan tuhan. Janji dua dua selamat itu lebih better.

Ada pulak yang bandingkan anak fm dengan anak bf. Aaaaaa ni lagi lah membuatkan aku rasa nak hentak kepala kat dinding. Oii tu kan rezeki masing2. Aku pon kecundang ditengah jalan. Aku percaya itu semua adalah bahagian anak anak aku. Ada sebab lah tu kenapa aku tak dapat bf Dareez sampai umur dia 2yo. Kang kalau berjaya sampai 2yo nanti manatahu aku riak kuasa doplohpat. Kata hebat woih aku... kauorang ada? Hahaha.

Ada sorang kawan aku ni, dia memang baru nak berjinak dengan bf, maklomlah masa anak 1st bf tak mendapat perhatian lagi. So bila anak kedua dia punya semangat lain maciam. Masuk forum bf, diskus bagai. Tapi dah Allah kata rezeki dia takat tu, terpaksa campur fm pasal susu dia sangat sikit. Usaha bermacam macam tapi tak tahu lah kan tak menjadi manjang. Kang kalau tak campur matiks lah wey kelaparan anak dia. Bila masuk forum bf terus semangat dia down. Sebab mommies yang bf ni cakap macam2 lah pasal fm. Terus dia left. Hihihi. Orang ingat nak kasi semangat, tapi ni dah mengstress kan orang. Ko ghase? Ada ke patut komen, berdosa kalau tak susukan baby dengan breast milk. Haaaa ko dah kenapaaaa? Kau tuhan?

Tu aku cakap, rezeki masing2. 

Aku nak je tengok sapa mommies yang poyo sangat pasal bf tu bila masuk anak yang baru tetiba rezeki tak memihak kepada dia, apa dia rasa? Allah tarik balik nikamt menyusu tu tahulah nasib ngko. Jangan riak sangat. Jangan rasa diri tu hebat. Panjang lagi perjalanan anak anak kita. Takde nya dalam Al-Quran anak susu ibu sepenuhnya ni esok dah besar confirm berjaya, jadi lawyer, jadi engineer jadi usahawan berjaya. Takde ok. Bukak minda tu sikit. Ada je aku tanya kat sorang ni, 

Aku: masih susu badan lagi? 
Dia jawab ya. 

Aku: Alhamdulillah rezeki awak. 

Kemudian aku tanya lagi, 

Anak dah berapa tahun?  

Dia: Setahun setengah

Aku: Dah pandai jalan ke?

Dia: Belum

Kemudian terus buat muka kelat dan ketat.

Ehhhh sentap ke?


Wakakakakakakkaka.

See.
Tak semestinya anak susu ibu ni power, bijak, hebat blablabla. Ate, lambat jalan jugak. Lambat jugak tumbuhnya gigi. Krik krik krikkk.

So percaya kepada rezeki. Jangan nak ikut trend sangat. Takut tak terikut je. Lepas tu mula lah nak banding2 kan diri dengan orang lain. Kita bersyukur apa yang ada je ok? Tak semestinya kita tengok orang tu best, segala galanya dia best. Mesti ada benda yang dia kurang cuma dia berjaya menutupi dari kita.

Pengalaman aku.

Masa mengandung Alhamdulillah mabuk takde sangat, muntah kurang... mengidam bukan yang pelik2... pendek kata senang jaga. Tapi masa nak bersalin, Allah je yang tahu aku punya sakit tu berhari hari sampai orang kata eh dah masuk ward pon tak bersalin lagi? Masa nak push, orang tak tahu pon kemain seksa nya aku hanya doc dan nurse je yang membantu. 

See?

Masih tak nampak lagi?

Bahagian kita lain lain. Jadi jangan mempertikaikan.

Actually mommies yang bagi komen kat fb tu semua baik kot, cuma bahasa diorang tu je yang mendalam sampai ada mommies lain sentap kuasa kuda. Mihmihmih.

Aku pon tak sangka Allah bagi aku sakit bersalin berhari hari, rezeki susu aku melimpah ruah tapi kedua anak aku tak dapat fully bf sebab diorang tak direct feed. Ada sebab Allah buat anak aku tak direct feed mungkin ini menyenangkan suami aku yang akan jaga diorang malam2 bila aku kerja syift petang. 

Kauorang ingat aku suka ye bila nak start bagi si Dareez tu fm? Nangis tahu. Menyesali nasib diri kenapa jadi begini. Tapi lama2 aku fikir logik. Aku lebih berpositif. Aku kuatkan diri. Mungkin ada hikmah. Sepanjang Dareez menyusu badan, berat dia tak naik banyak. Memang line kuning. Tapi bila dah start kasi fm, Alhamdulillah berat badan naik. Walaupun tak berapa cantik, tapi naik lah jugak.

See? Aturan Allah itu sungguh indah. Kita je yang tak sedar.

Jagalah perbuatan, jagalah perkataan. Mana tahu dalam tak sedar kita dah menyinggungkan hati kawan kawan yang tak senasib dengan kita.

Aku pernah share gambar stok susu, susu baru pam... maafkan saya. Naive sangat masa tu. Then dah delete dah. -_-

Jom kita perbaiki diri supaya kita tidak mudah untuk menghukum orang.







Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan 2015

Esok puasa dah uolls. Dah bersedia ke belum? Kekekeke. Macam biasalah aku syift petang minggu ni so balik berbuka sat dengan Daddy kemudian lari balik pi kerja. -__-

Lauk untuk sahur esok dah ready ke? Aku simple selagi boleh dan yang bestnya sahur Daddy kurang makan nasi so takde sediakan beriya. Tadi dia WA cakap esok sahur roti dan nutella sajok. Ehh senang gila tuh hahaha.

Selamat menjalani ibadat puasa uolls. Semoga bulan Ramadhan kali ni dapat kita tempuhi dengan penuh keberkatan. Azam tahun ni takmo membazir. Ehehehe. Insyallah tercapai hendaknya pasal aku bukan orang yang suka redah pi bazar ramadhan. Aku kirim2 je boleh la. Kahkahkah.






Safety first

Malam tadi ada baca tak news kat harian metro online...budak 15bulan pergelangan tangan terputus akibat tercepit kat eskelator KL Sentral. Waaa scary okk. Baya baya Dareez je ni weh memang tengah lasak. Baca kat komen makpak dia sibuk shopping. Wallahualam. Kita fikir positif jelah ye.

Benda2 macam ni yang buat aku tak selalu nak bawak Zaumar pegi shopping mall. Boleh dikira dengan jari ye. Macam Daddy selalu pesan kat aku berpuluh2 kali...jangan lalai...sekelip mata lalai boleh meragut nyawa anak. Aaaaa terus aku terasa naif disitu. 

Aku bukan la jenis mak yang 24/7 monitor anak. Sometimes aku biarkan je dia main... tapi tu kalau kat rumah. Kat luar memang tak kan ye... harus Zaumar kena ada depan mata. Aku takuit. Ingat tak lagi ada kes mak dia TERLUPA yang anak dia dok ada dalam kereta kemudian mak dia selamba tinggal pi mengajar kat sekolah. Parking pulak kat panas terik. Anak dia meninggal kepanasan siap terberat terkencing punya lah hazab. Mak dia tu isteri kepada ex-ofismate Daddy masa dia kerja kat Shah Alam dulu time bujang. Ko ghaseee???

Punyalah mak dia fobia... rasa bersalah alkibat kelalaian sendiri. Nyawa anak tu weyyy. Sebab tu lah aku memang selalu berhati2. Eh bukan aku je...Daddy selalu paranoid. Tapi baguslah kan. Saling ingat mengingati. Kadang2 aku tak perasan sesuatu benda tu, Daddy tolong ingatkan.

Nyawa tak boleh nak cari ganti ok. Nak pulak anak kau sendiri. Penat meneran tak habis lagi tiba2 anak ko hilang. Selalu berdua depan mata tiba2 lagi sorang dah takde. Aduhh tak dapat nak aku bayangkan. Mintak dijauhkan dari musibah yang aku sendiri tak sanggup nak hadapi. 

Penat mengandung...penat bersalin...tu belum bab berpantang...jaga dia siang malam tanpa jemu...nyamuk sekor nak hinggap pon kita tak kasi...

Ermmmm.
Fikir fikirkan lah.

Tu belum lagi yang tunggu bertahun tahun nak dapat anak... Alih2 gone.

So take a good care of our kids. Macam yang mak aku selalu pesan, nyawa dia atas tangan kita. Maklomlah kadang2 kita ni treat dia macam dia dah ada akal sangat je walhal umur baru berapa tahun. -_- Nak sangat anak matang cepat nanti bila dia dah besar, kita rindu pulak time dia masa kecil. Ni semua lah ni. Dapat pulak anak yang memang aktif.. semua benda nak explore... kena pantau memanjang. Tak payah nak bandingkan anak orang lah, tengok anak aku sendiri sudeh. Hahaha. Sebab tu kalau keluar pon mana je yang kitaorang pergi... taman, tempat beriadah dan seumpamanya. Nak pergi holiday jauh2 tu belum lagi la. Niat ada dah tapi memang kena fikir doplohpat kali hoccay. Banyak faktor nak kena ambil kira. 

Jaga anak tu macam jaga nyawa sendiri. Sebab dia saham kita dunia akhirat. Peringatan untuk aku juga. Sama sama kita muhasabah diri. Aku pon ada juga lalainya dalam jaga anak anak ni. Sama sama lah kita perbaiki lagi diri. Taknak cakap diri tu hebat sangat.








Grocery

Erm memang everymonth ni lah rutin kami suami isteri. Habissss ada pulak masa nak pergi pasar basah minggu2. Aku suka shopping barang dapur kat Mydin Subang sebab satu tempat dia luas dan selesa. Kemudian ada tempat makan hehehe. Tu yang penting. Lepas shopping lapar woihh.

Tu setiap bulan lah untuk barang kering. Kalau barang basah aku prefer ke pasar malam kat area rumah takpun ke pasar tani tiap pagi Ahad. 

Thats my therapy kahkahkah. Syahdu je bila pilih bawang...ikan..sayur. Cuci mata kat shopping mall pon terapi jugak. Dah kata shopping dan wanita tak boleh dipisahkan.


Ni stok barang kering untuk sebulan dan barang basah untuk seminggu atau lebih. Rajin masak, cepat la habisnya. Tapi kalau malas, ikan tu dan rupe hape dah hahahah. Keras kejunggg wa cakap lu. Sebenarnya disamping shopping groceries kitaorang boleh lah berdating. Hahahahaha. Takpalah ai is ok.





Friday, June 05, 2015

Kasut baru

Dah lama aku mengidap nak beli kasut FitFlop. Eh kasut je pon tak ngape sampai mengidap taktau lah. Harga jangan cakap, ratus jugak ye. Tu yang telan ailio sejenak memikirkannya nak beli ke tak. Siap masuk dalam wish list 2015. Heheheh

So dah beli. Hoyehhh. 

Tapi kan, sob sob nak nangis ni kaki aku melecet. Sebab aku beli ballerina. Aaaaa pedih ok. Dah pakai stokin yang half tu tapi still sakit gak. Mencengkam kat belakang dia. Ingat nak beli heel liners. Tapi esok lah nampak gayanya.

Dah la takde spare kasut kat ofis pasal heels yang lagi satu tu dah bawak balik rumah. Aku bajet takde melecet bagai sebab rege kau dah beratus bagai haruslah selesa kaki memakainya buat pertama kali. Malangnya pedih menikam kalbu. Wuwuwu. So lepas ni jangan pandang pada brand. Eh tapi kalau ballerina Ferragamo yang mahal berdentum dentum tu kauorang rasa ada melecet tak kaki pakai? Ermmmm. Tak kottt. Ke ada? Ke tak? Hahahah. Mampu usha dari jauh jelah pasal harga dia boleh membunuh.

Arghhhh.
Pitam aku.




Puasa dah nak dekat hoi

Haii buat apa tu? Aku baru je tengok kalendar ni. Eh tak sampai 2 minggu dah nak puasa kan. Dah ganti puasa ke belum? Kekeke. Malangnya puasa tahun ni jatuh masa aku syift petang -_- Erm ni nak cuti ke cemana ni Daddy? Takkan lah 1st berbuka nak buka kat ofis sambil ditemani oleh mesin mesin dan jugak bilik editing yang tak bertuan? -____-

Boleh pulak laki ai cakap eleh puasa kan sebulan....macam lepas ni tak kerja pagi je kan. Eh eh ada ke jawapan dia macam tu. Sedih ai mendengarnya. Baru nak feeling2 berbuka berdua duaan dengan makan masakan yang aku masak. Thehehe walauponnnn takdelah teror masaknya.

Well baju raya dah siap ke belum?

Kahkahkah. Apadaaaaaa.

Eh aku awal lagi dah tempah kat tailor ye sebab kauorang tahu je lah badan aku yang rendang sedap sedap ni nak cari baju yang super duper comfort memang payah woih. Bahu dah ok, labuh baju tak ok. Kain panjang lah, lengan baju panjang lah eh pendek kata memang tak sesuai lah kalau nak membeli baju yang ready to wear ni. Ada lah 2 tahun lepas beli baju dah siap. Peplum gitew. Baju dah ok, kain panjang berjela. Dah satu kerja nak lipat melipat. Ehhh tak suka hokay. Terus baju je pakai, kain pakai kain batik lepas jawa. Eiii.

So tahun ni aku dah buat persiapan awal. Kaler takde tema ok. Tahun ni dan macam tahun yang sudah2, tema adalah pelbagai. Kahkahkah. Alaaa panjang lagi masa kottt. Anak ai tak besar lagi nak melaram bagai. Dan kalau ada tema pon maybe aku dengan Daddy je yang sama kaler, Zaumar semua kaler lain ye. Tak payah nak ikut orang sangat, kita buat kepala kita sendiri. Hehehe.

Lepas tu kan aku rasa tahun ni macam nak buat biskut raya sendiri lah. Tolonglah woihh sebab GST ni aku rasa aku perlu untuk buat sendiri. Tak payah yang glam2, simple je sudah. Takat boleh bagi mak dan jugak FIL. Dah start survey resepi ke belum ni? Amboiiii semangat nampakk. Hahaha. Selalu biras ai yang belum ada anak tu buat kuih raya. So kali ni boleh tak aku nak buat kuih hasil air tangan aku sendiri biar mak mentua aku kagum sejenak. Kahkahkah.

Ai jeles lah jugak selalu dia cakap '' ni kuih kak syida buat. sedap..amik lah bawak balik sikit.''

Errrmmm. Ai pon nak ada gak bakat dalam seni membuat biskut raya.



-_-





Idris's Clan - A Famosa

Takde planning yang official, masa celebrate birthday bulan May hari tu adik ada buat presentation short trip ke Melaka. Asalnya akak nak bawak anak2 dia bercuti time cuti sekolah. Dah bawak anak2 kenalah bawak jugak mak, ayah, kak ain dan jugak para driver. Hahaha. Tapi before tu akak dah hint kat Daddy dalam WA. Aku pulak macam blur sebab baru balik Langkawi nak bercuti lagi lak ke Melaka. Adoii aku awal dah cakap dengan Daddy bajet takde sekian maseyy. Daddy pun berat hati gak sebab date yang diaorang plan tu dia ada meeting. So 50/50.

Minggu nak pergi, Daddy cakap on sebab meeting postpone next week. Eh eh suka dia je kan. Sebenarnya Daddy tak sampai hati... dia suka kot bawak anak berjalan. Lagi lagi dengan family dia sebab meriah dengan anak buah. Aqif suka kot. Kat rumah selalu sebut ''Tisya mana tisya... Yani, Icha... Maklong...''  lepastu sibuk cakap nak pergi rumah atuk. Dua dua atuk pun dia suka. Hehehe.

Kitaorang stay satu malam... ahad dah balik KL.. yang diorang tu isnin baru balik. Betul2 bercuti katanya. Jeles lah jugak tapi tuntutan kerja Daddy tak mengizinkan. 


Sampai2 je makan sikit teruih nak masuk kolam. Memang berendam sampai petanglah jawapannya. Hihihi. Aku dah malas nak basah2 pasal sat g nak bersiap untuk bbq pulak. Ohh malam tu buat bbq panggil sedara mara yang duduk melaka datang sekali. Tapi gambar takdo. Hahaha. Nampak nau ai is busy sokmo ye. Dengan nak melayan Dareez yang takmo kat orang sangat. Dengan Aqif yang pantang je tengok kolam tu. Saja je dia tau memula main jauh2 kat kolam...alih2 dekat, pastu saja kocak kan air kolam. Hahahaha. Aku perati je dari jauh. Malam tu pulak buat hal tahan mata takmo tido. Dareez dah selamat. Nak kena marah dulu dengan Daddy...baru tido. Hurm anak oh anak.





Gambar banyakkk tapi aku thorpaksa tapis sebab Daddy dan anak buah dan pak buah memasing tunjuk aurat. Camaneee. Yang terjun tiruk tu gatal je tangan nak upload tapi memikirkan aurat lelaki dari pusat sampai ke lutut maka ehh takpayahlahh. 
Last day kitaorang kat sini the zaumar tido dulu sebelum gerak balik. Bagus. Nanti takde lah dalam kereta mengaruk sakan. Kita nak pulang jauh lagi ni perjalanan. Dengan jammed nya lagi bukan boleh kira... cuti sekolah kann. Aqif macam biasalah, tu lepas kena marah dulu baru tido. Huhuhu. Pagi tu, dia yang paling awal masuk kolam, dia yang paling akhir naik. Ko ghaseee? Yelah kita bukan selalu pon mandi kolam. Tapi agak agaklah. So lepas ni memang nak kena bawak mandi kolam selalu ke apa ni Daddy oii? Dareez kaki tangan dah kecut kot. Hahaha. 

So sebelum kitaorang gerak balik KL, singgah luncheon kat Sg.Udang dulu rumah pakuda. Haa ni gambar ai yang paling latest. Jangan cakap adik tak velanja gambar ye. Kahkahkah. Adik sangat kau ni kecil. Nak muntah aku mendengarnya. Ngeeee. Oh btw Dareez dah tak jalan kedek kedek lagi ye. Pimpin orang pon taknak dah. Teror dah manjer umi daddy abg aqif ni. Hahahah. Kbai.











Wednesday, June 03, 2015

Sesal kemudian tiada guna

Kadang kadang aku terfikir apa yang aku dah buat sepanjang 9 tahun yang lepas. Makin diingat balik makin rasa ohh menyesalnya lah hai. Nothing wehhh. Apa yang aku tahu, hidup nak enjoy. Keluar sana keluar sini, duit habiss. Tak terfikir pon hidup untuk masa hadapan. Sedeh.

Aku masuk gov umur muda...20 tahun kot. Habis belajar terus dapat kerja tatkala kawan kawan yang lain struggle untuk dapatkan kerja. Masa tu aku paling muda dalam batch aku seramai 200+. Ko rasa cemana? Heaven kan hidup. Pegang duit sendiri...duduk jauh pulak dari parents. Tapi aku takde lah terjebak dengan clubbing bagai. Sebab tak rasa pon nk masuk. Tu bagusnya aku. Kahkahkah. Pulak tu housemate baik2 belaka. Akhak2 lah katanya...ramai dah bertunang so diaorg terbatas sikit. Masa tu Daddy still study. Tak habis lagi. So dalam pada tu aku tampung2 duit belanja dia dan jugak duit dating kami. Tapi......walaupon jarak kami dekat, aku kat KL daddy kat Shah Alam, dating pon seminggu sekali or dua minggu sekali. Tengok la cemana. Takde istilah ye malam2 jumpa dinner sama2. Aku balik keje berjemput berhantar. Takde. Daddy start keja baru la merasa keluar malam...tengok midnight movie...dinner or kadang2 lunch sama2 pasal daddy kerjanya masa tu kat site.

Aku terfikir balik apa yg aku buat selama sebelum kahwin? Selama aku bujang...selama aku pegang duit sendiri. Hurmmm menyesal ok. Apasal lah aku tak terfikir nak belajar menjahit ke, buat kek, belajar mengait... eh macam macam la. Banyak bidang boleh aku ceburi. Sebab masa tu aku takde tanggungjawab terhadap anak dan juga suami. Apa yang aku ingat, aku suka lepak bilik...hang out...shopping...cuci mata. Benda benda yang lagho. -_-

Dulu takde smartphone. Eh kalau ada pon mampu pulak aku nak beli kan. Dulu.... gaji kecik ye. Nak pulak tolong kawan buat loan...arghh tu salah satu perkara yang aku sangat menyesal sampai sekarang. Kalau boleh taknak ingat. Kemudian kat ofis suka duduk depan pc surf internet. Chatting pakai yahoo messengger. Tengok2 blog orang...tapi masa tu tak terhingin nak buat blog sendiri hehehe. Dan terpaling suka tengok Friendster. Hahahaha ingat lagi tak? Usha2 kawan2 lama punya cerita.

Masa aku terbuang begitu sahaja. 

And now guess what? Aku tercari cari apa bakat yang aku ada sekarang.

Masak? Ermm untuk family boleh la. Hehehe takde kekuatan nak bagi orang rasa sebab aku masak ikut tekak sendiri. Hahaha. 

Baking cake? Suka gak. Tapi tulah dengan keadaan rumah sekarang rasa macam tak best je nak buat semua tu. Anak anak pulak jenis suka masuk dapur hahaha so aku rasa bakat ni lambat lagi aku nak asah.

Sedihnya takde bakat. Dah la driving pon pentakut. Cemana nak survive hidup kalau suruh pi jauh jauh. Nak nangis ni. Aku akui aku yang dulu sangat hati kecil ye. Nak buat sesuatu tu berfikir doplohpat kali. Tu yang semua tak jalan. Dulu masa bujang nak kemana mana pon berteman. Ishh cam hape tah. Takuit punya pasal. Sebab masa tu bila sebut KL je kena double hati hati. Ramai orang jahat. Aaaa sapalah yang meracun fikiran aku ni. But now aku ok je jalan sendirian naik lrt turun bas naik cab. Ok jerrr... Takde pulak orang nak kacau. Heh. Mentaliti betullah.

Minat aku menjahit. Tak pernah luntur. Malah siap ada angan2 lagi nak ada label sendiri. Hihihi. Tapi tak reti menjahit. Cemana tu? Aku ada survey kelas menjahit dari giat mara n kolej komuniti. Rata2 weekends. Macam memberi masalah kepada aku pulak. Sapa nak jaga anak weyyyy. Aku taknak susah kan Daddy. Kalau boleh taknak kacau masa dia. Ni aku tunggu je anak anak besar sikit...dah boleh mendengar arahan kira ok dah. Tunggu Dareez besar macam abang dia. Time tu Daddy boleh jaga dengan tenang dan aku pulak boleh tinggal dengan senang hati. Ermn nampak gaya nya tunggu lagi dua tahun lah ye.

Sedehnya menyesali nasib diri. Sebenarnya aku ni memerlukan rujukan dari orang yang berpengalaman lah. Atau erti kata orang yang boleh membimbing aku untuk success dalam hidup. Sebab aku rasa aku jenis yang selesa dengan apa yang ada. So typical malay lady right? Eh jangan sentap. Ni pasal aku lah. Aku tak suka aku begini. Aku nak improve kan diri. Nak ada satu bakat dalam diri yang akan aku pegang sampai aku terer lah dalam bakat tersebut. Kekeke. Nampak macam apa poyo sangat kau ni kecill. Eh betul apa. Mana tahu, aku boleh guna bakat tersebut membantu ekonomi keluarga. Tiba tiba Daddy volunteer nak support minat aku. Bukak kedai ke, hire pekerja. Dapat tender juta2..eh belum lagi, ratus ratus ribu la. Haaa best kan? Tapi sebelum tu kena belajar dan mahirkan diri dulu. Masalahnya bilaaa????

Pening ah.