life is beautiful

life is beautiful

Friday, June 19, 2015

Baju raya

Pagi tadi dapat sms bagitahu baju raya dah siap. Woahhhh gila cepat. Ni yang tak menyabor ni nak balik Seremban. Actually aku ada cerita tak baju raya tahun ni tempah kat tailor yang buat baju nikah aku dulu. Selamba je aku tak fikir apa dah hantar kat sana janji ai ada baju tahun ni. Wakakaka. Aku tak nak pisang berbuah berpuluh kali. Biarlah orang kata eh gila awal tempah baju. Eh janji aku ada baju untuk dipakai di hari raya nanti. Jangan tahun lepas main bedal je pakai jubah Qalaqisya tu pon breastfeeding punya. Dah la lengan panjang kemudian ada kerawang lagi haaa bayangkan cemana aku pakai. Macam baju pinjam pon ada -__-. So tahun ni lets sediakan payung sebelum hujan. Dia siapkan awal pon manatahu tetiba ukuran dah berubah so masih sempat lagi nak hantar alter. Eh eh harap ukuran berubah tu berubah kearah kebaikan la jangan menambah inci sudah. Nangis ahkak tak berlagu. Penat tahan makan 6 bulan tauuuu.

Ehhh ada aku cakap aku diet ke? Wakaka

Aku tak diet pon. Cuma kurangkan makan, tak makan benda berfaedah, makan bila perlu dan makan secara sedikit tapi kerap dan jugak minum air masak banyak2.

Tu je.

So kita tengok ye hasilnya. Last timbang January 2015, 46.5kilog. Dan tak timbang2 dah lepastu. Harapan lepas ni ada perubahan yang memberangsangkan. Puasa ni perut pon flat. Kahkahkahkah. Peha pon tak macam drumstik dah. Eh ke aku je yang perahsantan? ^___^






No comments: