life is beautiful

life is beautiful

Friday, June 05, 2015

Idris's Clan - A Famosa

Takde planning yang official, masa celebrate birthday bulan May hari tu adik ada buat presentation short trip ke Melaka. Asalnya akak nak bawak anak2 dia bercuti time cuti sekolah. Dah bawak anak2 kenalah bawak jugak mak, ayah, kak ain dan jugak para driver. Hahaha. Tapi before tu akak dah hint kat Daddy dalam WA. Aku pulak macam blur sebab baru balik Langkawi nak bercuti lagi lak ke Melaka. Adoii aku awal dah cakap dengan Daddy bajet takde sekian maseyy. Daddy pun berat hati gak sebab date yang diaorang plan tu dia ada meeting. So 50/50.

Minggu nak pergi, Daddy cakap on sebab meeting postpone next week. Eh eh suka dia je kan. Sebenarnya Daddy tak sampai hati... dia suka kot bawak anak berjalan. Lagi lagi dengan family dia sebab meriah dengan anak buah. Aqif suka kot. Kat rumah selalu sebut ''Tisya mana tisya... Yani, Icha... Maklong...''  lepastu sibuk cakap nak pergi rumah atuk. Dua dua atuk pun dia suka. Hehehe.

Kitaorang stay satu malam... ahad dah balik KL.. yang diorang tu isnin baru balik. Betul2 bercuti katanya. Jeles lah jugak tapi tuntutan kerja Daddy tak mengizinkan. 


Sampai2 je makan sikit teruih nak masuk kolam. Memang berendam sampai petanglah jawapannya. Hihihi. Aku dah malas nak basah2 pasal sat g nak bersiap untuk bbq pulak. Ohh malam tu buat bbq panggil sedara mara yang duduk melaka datang sekali. Tapi gambar takdo. Hahaha. Nampak nau ai is busy sokmo ye. Dengan nak melayan Dareez yang takmo kat orang sangat. Dengan Aqif yang pantang je tengok kolam tu. Saja je dia tau memula main jauh2 kat kolam...alih2 dekat, pastu saja kocak kan air kolam. Hahahaha. Aku perati je dari jauh. Malam tu pulak buat hal tahan mata takmo tido. Dareez dah selamat. Nak kena marah dulu dengan Daddy...baru tido. Hurm anak oh anak.





Gambar banyakkk tapi aku thorpaksa tapis sebab Daddy dan anak buah dan pak buah memasing tunjuk aurat. Camaneee. Yang terjun tiruk tu gatal je tangan nak upload tapi memikirkan aurat lelaki dari pusat sampai ke lutut maka ehh takpayahlahh. 
Last day kitaorang kat sini the zaumar tido dulu sebelum gerak balik. Bagus. Nanti takde lah dalam kereta mengaruk sakan. Kita nak pulang jauh lagi ni perjalanan. Dengan jammed nya lagi bukan boleh kira... cuti sekolah kann. Aqif macam biasalah, tu lepas kena marah dulu baru tido. Huhuhu. Pagi tu, dia yang paling awal masuk kolam, dia yang paling akhir naik. Ko ghaseee? Yelah kita bukan selalu pon mandi kolam. Tapi agak agaklah. So lepas ni memang nak kena bawak mandi kolam selalu ke apa ni Daddy oii? Dareez kaki tangan dah kecut kot. Hahaha. 

So sebelum kitaorang gerak balik KL, singgah luncheon kat Sg.Udang dulu rumah pakuda. Haa ni gambar ai yang paling latest. Jangan cakap adik tak velanja gambar ye. Kahkahkah. Adik sangat kau ni kecil. Nak muntah aku mendengarnya. Ngeeee. Oh btw Dareez dah tak jalan kedek kedek lagi ye. Pimpin orang pon taknak dah. Teror dah manjer umi daddy abg aqif ni. Hahahah. Kbai.











No comments: