life is beautiful

life is beautiful

Monday, June 29, 2015

Pasar tani

Kan aku dah cakap...pilih ikan...beli sayur tu kan terapi diri untuk aku. Hahahaha. So hari Ahad hari tu pergi pasar tani sat beli lauk nak masak nanti. Ikutkan semua haiwan nak dibelinya tapi memandangkan dah la pergi dengan anak bujang...tangan tak cukup.


Model pasar tani ewahhh kemain dia pulak yang riuh tengok ikan, udang, sotong bagai. Tangan tokleh duduk diam nak pilih sama. 



Lepas pilih ikan dia nak suruh ummi beli pisang pulak. Ok kita layankan jela. Aqif suka sangat dengan buah pisang. Kalau ada pisang depan mata, harus 3,4 biji dia telan. Eh oklah tu kan lawas perut anak bujang ai. Hihihi. Dareez tinggal dengan Daddy... kalau 2-2 ikut memang tak cukup kaki tangan aku. Lauk kemana anak anak tah kemana. Actually aku jarang sangat nak beli lauk kat pasar tani ni. Prefer ke pasar malam. Memandangkan bulan puasa, nak pergi pasar malam memang lah bercinta dengan baru balik kerjanya nak kejar masak semua...lupakan saja hasrat. 

Ni kauorang tahu, Aqif sempat pow ummi dia ikan hiasan 3ekor. Oklah kita beli...boleh buat kawan ikan yang sedia ada kat rumah tu. Minggu ni tak kemana itu yang jadi je bawak Aqif pergi pasar tani. Daddy sabtu ahad busy sokmo kau tahu. Tinggallah kami anak banak lepak rumah. Kadang kesian tengok. Sabarlah ye anak anak ummi. Insyallah rezeki ummi dapat pindah...rumah pulak dah siap...boleh la main kat laman rumah sendiri. Ummi pun tak zabar sebenarnya. Penat dah duduk rumah tinggi ni. -___-






No comments: