life is beautiful

life is beautiful

Friday, June 05, 2015

Puasa dah nak dekat hoi

Haii buat apa tu? Aku baru je tengok kalendar ni. Eh tak sampai 2 minggu dah nak puasa kan. Dah ganti puasa ke belum? Kekeke. Malangnya puasa tahun ni jatuh masa aku syift petang -_- Erm ni nak cuti ke cemana ni Daddy? Takkan lah 1st berbuka nak buka kat ofis sambil ditemani oleh mesin mesin dan jugak bilik editing yang tak bertuan? -____-

Boleh pulak laki ai cakap eleh puasa kan sebulan....macam lepas ni tak kerja pagi je kan. Eh eh ada ke jawapan dia macam tu. Sedih ai mendengarnya. Baru nak feeling2 berbuka berdua duaan dengan makan masakan yang aku masak. Thehehe walauponnnn takdelah teror masaknya.

Well baju raya dah siap ke belum?

Kahkahkah. Apadaaaaaa.

Eh aku awal lagi dah tempah kat tailor ye sebab kauorang tahu je lah badan aku yang rendang sedap sedap ni nak cari baju yang super duper comfort memang payah woih. Bahu dah ok, labuh baju tak ok. Kain panjang lah, lengan baju panjang lah eh pendek kata memang tak sesuai lah kalau nak membeli baju yang ready to wear ni. Ada lah 2 tahun lepas beli baju dah siap. Peplum gitew. Baju dah ok, kain panjang berjela. Dah satu kerja nak lipat melipat. Ehhh tak suka hokay. Terus baju je pakai, kain pakai kain batik lepas jawa. Eiii.

So tahun ni aku dah buat persiapan awal. Kaler takde tema ok. Tahun ni dan macam tahun yang sudah2, tema adalah pelbagai. Kahkahkah. Alaaa panjang lagi masa kottt. Anak ai tak besar lagi nak melaram bagai. Dan kalau ada tema pon maybe aku dengan Daddy je yang sama kaler, Zaumar semua kaler lain ye. Tak payah nak ikut orang sangat, kita buat kepala kita sendiri. Hehehe.

Lepas tu kan aku rasa tahun ni macam nak buat biskut raya sendiri lah. Tolonglah woihh sebab GST ni aku rasa aku perlu untuk buat sendiri. Tak payah yang glam2, simple je sudah. Takat boleh bagi mak dan jugak FIL. Dah start survey resepi ke belum ni? Amboiiii semangat nampakk. Hahaha. Selalu biras ai yang belum ada anak tu buat kuih raya. So kali ni boleh tak aku nak buat kuih hasil air tangan aku sendiri biar mak mentua aku kagum sejenak. Kahkahkah.

Ai jeles lah jugak selalu dia cakap '' ni kuih kak syida buat. sedap..amik lah bawak balik sikit.''

Errrmmm. Ai pon nak ada gak bakat dalam seni membuat biskut raya.



-_-





No comments: