life is beautiful

life is beautiful

Monday, June 29, 2015

Puspanita RTM

Dah nama penjawat awam wanita kan ehh haruslah join Puspanita uolls. Kalau tak, tak lengkaplah aktiviti nak masuk dalam kpi hujung tahun nanti. Hahahaha. Itu sebenar agendanya.

So last week ada event sikit.. dibawakan oleh Mustika Ratu dan jugak tudung Aniszone. Ok tak familiar heheheh. Btw inner neck pendek dan panjang dia sangat awesome. Muka bulat macam aku penuh sepinggan otomatik boleh jadi bujut sireh wa cakap lu. Ok nanti beli tauuu. Aku beli satu yang inner pendek tapi malangnya agak ketat tang telinga. Aku mana boleh ketat metat ni kang sat gi pening kepala nak muntah la hape la terus rasa nak cabut tudung jam tu jugek. Ok takpa itu bisa kita adjust. Kata kerja tv kan haruslah kretip. Wakaka ok tipu tu semuaaa.


Eh tahu tak Mustika Ratu ada jual satu produk yang boleh anjalkan breast kita. Ok malu. Hahaha. Maklomlah sapa mak mak yang menyusu anak tu sikit tak banyak mesti ada perasan yang breast kita jatuh. Ke takde? Ke malu nak mengaku? Ngeh ngeh. So belilah weyy sebab murah je. Hari tu dia buat promotion dapat harga RM13+ je. Murah kan?? Murahhh kann?? Tapi kena rajin sapu la. Petua dia, taruk lotion dia kat dalam bilik air so lepas mandi boleh applykan lotion tu kat breast kita sambil urut. 

Ohh ye lupa pulak, disamping demo tudung Aniszone, ada jugak peragaan jubah by ABS Company ke beauty ke hapa tah lupa aku. Jubah lawa lawa uolls tapi a lil bit mahal -__- so tak jadi beli. Lagipun aku mana boleh beli ready-to-wear ni kang semua nak alter. Rugiii banyak. Baik beli kain, tempah kat tailor. Baru puas hati. Dia ada buka booth kt jualan Puspanita RTM haritu. Lawaaa sangat tapi takde bajet ke arah tu. Heheheh.


Tuh dia bukti ofismate aku borong produk Mustika Ratu sampai RM100+ . Aku nak beli berkira kira jugak sebab satu takut tak terpakai kang nanti jatuh membazir. Kedua takde pengalaman dengan produk ni dan aku sedang pakai produk lain. Hahahaha. Aci tak? Aci lah weyyy. Selamat duit aku dari membeli yang tak berkaitan. Now aku nak kuatkan hati taknak berbelanja ikut nafsu. Pleaseeeee. Nak saving sikit weyyy nak bantu incik suami. Nanti nak reno rumah caneee. Hahahah.


The three musketeers kahkahkah yang lagi sorang gagal dikesan. Eh eh diaorang ni saja je tau tahu la kami ni pokok renek. 






No comments: