life is beautiful

life is beautiful

Friday, June 19, 2015

Rezeki dan Redha

2015, kauorang ada baca tak isu yang kadang2 rasa macam bangang pun ada. Viral pasal mommies yang bersalin czer vs bersalin normal, yang amik ubat ubatan vs yang natural birth dan yang paling cam harem sekali baby fm vs bf. Aaaaa naik pitam aku membacanya. Ada aku pi post kat instagram then aku share kat facebook. Rata rata ada yang bersetuju dengan apa yang aku rasa cewahhh habis lah kau tu power gila kan kecil kan. Hahahaha.

Ok ok ok gini.

Aku bukan ada pengalaman yang awesome, bukan ibu yang baik sangat pun bukan ibu yang berjaya fully breastfeed anak2 dia. 
BUKAN.

Tapi sejak dua menjak ni ramai yang share kat fb mengenai ini. Banyak kot dalam forum mommies bertelagah sesama sendiri. Aku pon pelik kenapa nak banding2 kan semua tu. Adakan bersalin normal lebih terhapus dosanya berbanding mommies yang bersalin czer? Tidak kah diaorang ni sedar yang bersalin czer lagi banyak risiko, lagi susah nak jaga masa dalam pantang even kau dah habis pantang pon kau kena TETAP jaga juga makan/minum semua tu sama jugak macam orang yang bersalin normal? Kena lapah perut satu hal, dengan kebas kakinya lagi eh macam2 lah hanya mommies yang ada pengalaman je yang tahu. Tu belum mempertikaikan kenapa masa nak bersalin amik epidural/ubat tahan sakit? Adoiiii kenapakah begini punya soalan pon ada.

Aku rasa tu pilihan masing2 ye. Eh badan dia, sukati dia lah nak buat apa pon. Dan jangan lah kauorang menghukum macamlah kau tu tuhan. Kes bff aku, dia siap komen lagi kat fb... dia tak mintak pon nak czer untuk kali ke-3 tapi dah itu bahagian dia so hadap jelah. Bukan dia yang menentukan kesihatan dia ditahap optimum. Kalau Allah dah kata 'Kun Fayakun'... so mampukah kita hamba Allah yang kerdil ini menidakkan kekuasaan-Nya? Ada jugak doc yang suggest sebab condition dia tak berapa ok. Faham tak? Semuanya bersebab. Takde mommies yang sengaja nak czer sebab malas nak meneran. Ok ada maybe 1%. Dan ada jugak mommies jenis tak tahan sakit so jalan terbaik ambik epidural/ubat tahan sakit. Dari tengok dia macam nazak so cari lah jalan penyelesaian. Bukan yang mengusutkan keadaan.

Fikir logik sikit boleh tak.

Ada je aku baca satu blog, dia memang nak bersalin guna epidural sebab bagi dia eh ada kemudahan so buat apa nak rasa sakit beranak tu hahahah. Pun boleh. So pilihan ditangan kita right? Contoh terdekat aku lah. Aku memang kalau boleh nak elak ambil epidural or ubat tahan sakit bagai waktu bersalin. Dan Alhamdulillah aku memang tak perlukan ia. Dua dua anak aku natural birth. Cuma ada lah doc gunting sikit kan masa anak pertama. Haaa tu pon ada gak isu mempertikaikan tu. Terus aku tak faham. Hahahah. Der, doktor tu tahu lah kau tu dalam condition yang macam mana. Kalau nak sangat natural birth yang bebetul natural, tak payah guna khidmat hospital dan doktor. Beranak sendiri, semua buat sendiri. Hebat sangat lah diri tu kan. Ada pulak kompelin kat oversea doc siap urut lagi anu kita nak kasi cepat bersalin. Eh eh nak cakap tak membaca pon ada. Helloooo dari kau suruh doc tu buat baik ko buat sendiri tak pon suruh laki tolong pasal perut dah besar kan sejak dari kandungan 7 bulan lagi ok. Lagi afdal. Takde nak membantunya de jam jam tu baru buat. Sila masa mengandung tu buat research sikit ye kasi pandai sikit cemana nak hadapi saat saat bersalin.

Kannn. Orang cakap aku cam pandai je kann. Hahahaha
Habis, kauorang masa pregnant memang takde baca pengalaman orang, takde buat research bagai, takde nak persiapkan diri ke apa ni? Ehh stress pulak aku nak menaip ni hahahah.

Gini lah... kita ni orang kata kalau tak bertanya sesat jalan. Jangan jadi bodoh sombong pastu jadi macam luncai terjun dengan labu labunya. Sila berilmu sikit ye. Benda ni soal hidup dan mati. Nak ke dengar kes mak dia taknak amik ubat taknak czer tapi heart beat baby dah down. The end mak mati, anak pon mati. Tak pon mak hidup anak pulak lemas sebab lama sangat dok push push. Jangan hukum orang, sebab kita bukan tuhan. Janji dua dua selamat itu lebih better.

Ada pulak yang bandingkan anak fm dengan anak bf. Aaaaaa ni lagi lah membuatkan aku rasa nak hentak kepala kat dinding. Oii tu kan rezeki masing2. Aku pon kecundang ditengah jalan. Aku percaya itu semua adalah bahagian anak anak aku. Ada sebab lah tu kenapa aku tak dapat bf Dareez sampai umur dia 2yo. Kang kalau berjaya sampai 2yo nanti manatahu aku riak kuasa doplohpat. Kata hebat woih aku... kauorang ada? Hahaha.

Ada sorang kawan aku ni, dia memang baru nak berjinak dengan bf, maklomlah masa anak 1st bf tak mendapat perhatian lagi. So bila anak kedua dia punya semangat lain maciam. Masuk forum bf, diskus bagai. Tapi dah Allah kata rezeki dia takat tu, terpaksa campur fm pasal susu dia sangat sikit. Usaha bermacam macam tapi tak tahu lah kan tak menjadi manjang. Kang kalau tak campur matiks lah wey kelaparan anak dia. Bila masuk forum bf terus semangat dia down. Sebab mommies yang bf ni cakap macam2 lah pasal fm. Terus dia left. Hihihi. Orang ingat nak kasi semangat, tapi ni dah mengstress kan orang. Ko ghase? Ada ke patut komen, berdosa kalau tak susukan baby dengan breast milk. Haaaa ko dah kenapaaaa? Kau tuhan?

Tu aku cakap, rezeki masing2. 

Aku nak je tengok sapa mommies yang poyo sangat pasal bf tu bila masuk anak yang baru tetiba rezeki tak memihak kepada dia, apa dia rasa? Allah tarik balik nikamt menyusu tu tahulah nasib ngko. Jangan riak sangat. Jangan rasa diri tu hebat. Panjang lagi perjalanan anak anak kita. Takde nya dalam Al-Quran anak susu ibu sepenuhnya ni esok dah besar confirm berjaya, jadi lawyer, jadi engineer jadi usahawan berjaya. Takde ok. Bukak minda tu sikit. Ada je aku tanya kat sorang ni, 

Aku: masih susu badan lagi? 
Dia jawab ya. 

Aku: Alhamdulillah rezeki awak. 

Kemudian aku tanya lagi, 

Anak dah berapa tahun?  

Dia: Setahun setengah

Aku: Dah pandai jalan ke?

Dia: Belum

Kemudian terus buat muka kelat dan ketat.

Ehhhh sentap ke?


Wakakakakakakkaka.

See.
Tak semestinya anak susu ibu ni power, bijak, hebat blablabla. Ate, lambat jalan jugak. Lambat jugak tumbuhnya gigi. Krik krik krikkk.

So percaya kepada rezeki. Jangan nak ikut trend sangat. Takut tak terikut je. Lepas tu mula lah nak banding2 kan diri dengan orang lain. Kita bersyukur apa yang ada je ok? Tak semestinya kita tengok orang tu best, segala galanya dia best. Mesti ada benda yang dia kurang cuma dia berjaya menutupi dari kita.

Pengalaman aku.

Masa mengandung Alhamdulillah mabuk takde sangat, muntah kurang... mengidam bukan yang pelik2... pendek kata senang jaga. Tapi masa nak bersalin, Allah je yang tahu aku punya sakit tu berhari hari sampai orang kata eh dah masuk ward pon tak bersalin lagi? Masa nak push, orang tak tahu pon kemain seksa nya aku hanya doc dan nurse je yang membantu. 

See?

Masih tak nampak lagi?

Bahagian kita lain lain. Jadi jangan mempertikaikan.

Actually mommies yang bagi komen kat fb tu semua baik kot, cuma bahasa diorang tu je yang mendalam sampai ada mommies lain sentap kuasa kuda. Mihmihmih.

Aku pon tak sangka Allah bagi aku sakit bersalin berhari hari, rezeki susu aku melimpah ruah tapi kedua anak aku tak dapat fully bf sebab diorang tak direct feed. Ada sebab Allah buat anak aku tak direct feed mungkin ini menyenangkan suami aku yang akan jaga diorang malam2 bila aku kerja syift petang. 

Kauorang ingat aku suka ye bila nak start bagi si Dareez tu fm? Nangis tahu. Menyesali nasib diri kenapa jadi begini. Tapi lama2 aku fikir logik. Aku lebih berpositif. Aku kuatkan diri. Mungkin ada hikmah. Sepanjang Dareez menyusu badan, berat dia tak naik banyak. Memang line kuning. Tapi bila dah start kasi fm, Alhamdulillah berat badan naik. Walaupun tak berapa cantik, tapi naik lah jugak.

See? Aturan Allah itu sungguh indah. Kita je yang tak sedar.

Jagalah perbuatan, jagalah perkataan. Mana tahu dalam tak sedar kita dah menyinggungkan hati kawan kawan yang tak senasib dengan kita.

Aku pernah share gambar stok susu, susu baru pam... maafkan saya. Naive sangat masa tu. Then dah delete dah. -_-

Jom kita perbaiki diri supaya kita tidak mudah untuk menghukum orang.







No comments: