life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, June 17, 2015

Safety first

Malam tadi ada baca tak news kat harian metro online...budak 15bulan pergelangan tangan terputus akibat tercepit kat eskelator KL Sentral. Waaa scary okk. Baya baya Dareez je ni weh memang tengah lasak. Baca kat komen makpak dia sibuk shopping. Wallahualam. Kita fikir positif jelah ye.

Benda2 macam ni yang buat aku tak selalu nak bawak Zaumar pegi shopping mall. Boleh dikira dengan jari ye. Macam Daddy selalu pesan kat aku berpuluh2 kali...jangan lalai...sekelip mata lalai boleh meragut nyawa anak. Aaaaa terus aku terasa naif disitu. 

Aku bukan la jenis mak yang 24/7 monitor anak. Sometimes aku biarkan je dia main... tapi tu kalau kat rumah. Kat luar memang tak kan ye... harus Zaumar kena ada depan mata. Aku takuit. Ingat tak lagi ada kes mak dia TERLUPA yang anak dia dok ada dalam kereta kemudian mak dia selamba tinggal pi mengajar kat sekolah. Parking pulak kat panas terik. Anak dia meninggal kepanasan siap terberat terkencing punya lah hazab. Mak dia tu isteri kepada ex-ofismate Daddy masa dia kerja kat Shah Alam dulu time bujang. Ko ghaseee???

Punyalah mak dia fobia... rasa bersalah alkibat kelalaian sendiri. Nyawa anak tu weyyy. Sebab tu lah aku memang selalu berhati2. Eh bukan aku je...Daddy selalu paranoid. Tapi baguslah kan. Saling ingat mengingati. Kadang2 aku tak perasan sesuatu benda tu, Daddy tolong ingatkan.

Nyawa tak boleh nak cari ganti ok. Nak pulak anak kau sendiri. Penat meneran tak habis lagi tiba2 anak ko hilang. Selalu berdua depan mata tiba2 lagi sorang dah takde. Aduhh tak dapat nak aku bayangkan. Mintak dijauhkan dari musibah yang aku sendiri tak sanggup nak hadapi. 

Penat mengandung...penat bersalin...tu belum bab berpantang...jaga dia siang malam tanpa jemu...nyamuk sekor nak hinggap pon kita tak kasi...

Ermmmm.
Fikir fikirkan lah.

Tu belum lagi yang tunggu bertahun tahun nak dapat anak... Alih2 gone.

So take a good care of our kids. Macam yang mak aku selalu pesan, nyawa dia atas tangan kita. Maklomlah kadang2 kita ni treat dia macam dia dah ada akal sangat je walhal umur baru berapa tahun. -_- Nak sangat anak matang cepat nanti bila dia dah besar, kita rindu pulak time dia masa kecil. Ni semua lah ni. Dapat pulak anak yang memang aktif.. semua benda nak explore... kena pantau memanjang. Tak payah nak bandingkan anak orang lah, tengok anak aku sendiri sudeh. Hahaha. Sebab tu kalau keluar pon mana je yang kitaorang pergi... taman, tempat beriadah dan seumpamanya. Nak pergi holiday jauh2 tu belum lagi la. Niat ada dah tapi memang kena fikir doplohpat kali hoccay. Banyak faktor nak kena ambil kira. 

Jaga anak tu macam jaga nyawa sendiri. Sebab dia saham kita dunia akhirat. Peringatan untuk aku juga. Sama sama kita muhasabah diri. Aku pon ada juga lalainya dalam jaga anak anak ni. Sama sama lah kita perbaiki lagi diri. Taknak cakap diri tu hebat sangat.








No comments: