life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, June 03, 2015

Sesal kemudian tiada guna

Kadang kadang aku terfikir apa yang aku dah buat sepanjang 9 tahun yang lepas. Makin diingat balik makin rasa ohh menyesalnya lah hai. Nothing wehhh. Apa yang aku tahu, hidup nak enjoy. Keluar sana keluar sini, duit habiss. Tak terfikir pon hidup untuk masa hadapan. Sedeh.

Aku masuk gov umur muda...20 tahun kot. Habis belajar terus dapat kerja tatkala kawan kawan yang lain struggle untuk dapatkan kerja. Masa tu aku paling muda dalam batch aku seramai 200+. Ko rasa cemana? Heaven kan hidup. Pegang duit sendiri...duduk jauh pulak dari parents. Tapi aku takde lah terjebak dengan clubbing bagai. Sebab tak rasa pon nk masuk. Tu bagusnya aku. Kahkahkah. Pulak tu housemate baik2 belaka. Akhak2 lah katanya...ramai dah bertunang so diaorg terbatas sikit. Masa tu Daddy still study. Tak habis lagi. So dalam pada tu aku tampung2 duit belanja dia dan jugak duit dating kami. Tapi......walaupon jarak kami dekat, aku kat KL daddy kat Shah Alam, dating pon seminggu sekali or dua minggu sekali. Tengok la cemana. Takde istilah ye malam2 jumpa dinner sama2. Aku balik keje berjemput berhantar. Takde. Daddy start keja baru la merasa keluar malam...tengok midnight movie...dinner or kadang2 lunch sama2 pasal daddy kerjanya masa tu kat site.

Aku terfikir balik apa yg aku buat selama sebelum kahwin? Selama aku bujang...selama aku pegang duit sendiri. Hurmmm menyesal ok. Apasal lah aku tak terfikir nak belajar menjahit ke, buat kek, belajar mengait... eh macam macam la. Banyak bidang boleh aku ceburi. Sebab masa tu aku takde tanggungjawab terhadap anak dan juga suami. Apa yang aku ingat, aku suka lepak bilik...hang out...shopping...cuci mata. Benda benda yang lagho. -_-

Dulu takde smartphone. Eh kalau ada pon mampu pulak aku nak beli kan. Dulu.... gaji kecik ye. Nak pulak tolong kawan buat loan...arghh tu salah satu perkara yang aku sangat menyesal sampai sekarang. Kalau boleh taknak ingat. Kemudian kat ofis suka duduk depan pc surf internet. Chatting pakai yahoo messengger. Tengok2 blog orang...tapi masa tu tak terhingin nak buat blog sendiri hehehe. Dan terpaling suka tengok Friendster. Hahahaha ingat lagi tak? Usha2 kawan2 lama punya cerita.

Masa aku terbuang begitu sahaja. 

And now guess what? Aku tercari cari apa bakat yang aku ada sekarang.

Masak? Ermm untuk family boleh la. Hehehe takde kekuatan nak bagi orang rasa sebab aku masak ikut tekak sendiri. Hahaha. 

Baking cake? Suka gak. Tapi tulah dengan keadaan rumah sekarang rasa macam tak best je nak buat semua tu. Anak anak pulak jenis suka masuk dapur hahaha so aku rasa bakat ni lambat lagi aku nak asah.

Sedihnya takde bakat. Dah la driving pon pentakut. Cemana nak survive hidup kalau suruh pi jauh jauh. Nak nangis ni. Aku akui aku yang dulu sangat hati kecil ye. Nak buat sesuatu tu berfikir doplohpat kali. Tu yang semua tak jalan. Dulu masa bujang nak kemana mana pon berteman. Ishh cam hape tah. Takuit punya pasal. Sebab masa tu bila sebut KL je kena double hati hati. Ramai orang jahat. Aaaa sapalah yang meracun fikiran aku ni. But now aku ok je jalan sendirian naik lrt turun bas naik cab. Ok jerrr... Takde pulak orang nak kacau. Heh. Mentaliti betullah.

Minat aku menjahit. Tak pernah luntur. Malah siap ada angan2 lagi nak ada label sendiri. Hihihi. Tapi tak reti menjahit. Cemana tu? Aku ada survey kelas menjahit dari giat mara n kolej komuniti. Rata2 weekends. Macam memberi masalah kepada aku pulak. Sapa nak jaga anak weyyyy. Aku taknak susah kan Daddy. Kalau boleh taknak kacau masa dia. Ni aku tunggu je anak anak besar sikit...dah boleh mendengar arahan kira ok dah. Tunggu Dareez besar macam abang dia. Time tu Daddy boleh jaga dengan tenang dan aku pulak boleh tinggal dengan senang hati. Ermn nampak gaya nya tunggu lagi dua tahun lah ye.

Sedehnya menyesali nasib diri. Sebenarnya aku ni memerlukan rujukan dari orang yang berpengalaman lah. Atau erti kata orang yang boleh membimbing aku untuk success dalam hidup. Sebab aku rasa aku jenis yang selesa dengan apa yang ada. So typical malay lady right? Eh jangan sentap. Ni pasal aku lah. Aku tak suka aku begini. Aku nak improve kan diri. Nak ada satu bakat dalam diri yang akan aku pegang sampai aku terer lah dalam bakat tersebut. Kekeke. Nampak macam apa poyo sangat kau ni kecill. Eh betul apa. Mana tahu, aku boleh guna bakat tersebut membantu ekonomi keluarga. Tiba tiba Daddy volunteer nak support minat aku. Bukak kedai ke, hire pekerja. Dapat tender juta2..eh belum lagi, ratus ratus ribu la. Haaa best kan? Tapi sebelum tu kena belajar dan mahirkan diri dulu. Masalahnya bilaaa????

Pening ah.










No comments: