life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, July 29, 2015

Tak payah nak ikut orang sangat lah


Actually benda2 macam ni ada pro and con nya la. Takde lah semua nak salahkan lelaki dan yang betul semua perempuan. Aku pon tak terkecuali dalam hal ni. Beb dulu dan sekarang beza banyak sangat. 

Dulu.
Takde arus kemodenan macam sekarang. Bandar pon bape kerat je orang yang duduk. Mostly duduk kampung, tanah sendiri, kerja kampung... tanam sayur sendiri, beras pon sendiri ok (sesetengah tempat je).. nak ikan pi tangkap kat sungai. Takde pencemaran air, udara, gitew. So kalau kata bapak kerja sorang Insyallah cukup. Sebab takde nak bayar upah pengasuh. Anak2 pi sekolah pon bawak bekal sebab mak kan suri di rumah -___-

Masa kenduri nak kahwin pon takde beriya upah photog/videog... buat album gempak2. Photobooth, candybar, cendol booth, ayam/kambing golek ehhh macam macam lahhh. Takde ok. Cincin pon belah rotan. Ada duit sikit up cincin batu. Gitu. Pelamin pon buat sendiri amik barang2 kat rumah je. Aku ingat masa kecik pergi kampung pengasuh sebab adik dia kawin (kes rapat dengan pengasuh lah ni hehe) so pelamin pakai kerusi meja makan, bunga pakai bunga pasu yang ada kat depan rumah, backdrop pakai langsir. So ko ghase..... ada ke pembaziran disitu?

Aku pernah lalui saat2 begini ye. Toksah nak menipu kalau kau rasa kau terikut2 orang dan trend sekarang. Tapi nasib baiklah aku punya bajet macam tu je... kalau tak aku rasa pasti menyesal sampai sekarang. Kahkahkah. Dulu Daddy mana nak photog2 bagai ni. Ada ke dia cakap semua tu tak penting. Ehhhh aku nak gambar kawin aku lawa. Pastu nak cuci dan frame kan kat dalam rumah kita nanti. Itulah nak cakap... perempuan kan. Definisi kahwin pada aku masa tu, kahwin hanya sekali so apa salah berhabis sikit. T_________T

Sebenarnya not good.

Lepas kahwin lagi sakit ye. Itupon aku bernasib baik dapat menyewa rumah yang dekat dengan ofis. Saving pergi/balik kerja boleh jalan kaki if Daddy outstation. Dengan nak adakan barang rumah lagi. Itupon nasib baik masa anak dara aku beringat.. beli lah jugak barang rumah sikit2. Ehh asyik bernasib baik je. Hahahah. Inilah padah kalau bercampur dengan orang yang lebih berusia dari kita. Gitu kekdahnya.

Now zaman bini bekerja ye. Agak pelik kalau dengar bini dia tak bekerja (ada lah sorang dua kat ofis ni) Kau duduk KL kalau sorang je bekerja jangan mimpi nak velanja mewah bagai MELAINKAN suami kau gaji masyuk... kau duduk rumah parents and takde apa apa komitmen. Cerita kalau duduk kampung aku boleh terima lagi. Ofismate aku wife tak bekerja sebab bila dia buat kiraan expenses bulan2, sama je bila bini dia bekerja atau tak. Dan kehidupan dia biasa2 saja. Tak memanjakan anak/bini dan tak bermewah2. Sebab dia tahu sebenarnya cukup je belanja bulan2 janji pandai manage. Kau gaji cenggitu tapi pakai nak up to date acaneeee??

Aku mengaku lah kan, barang2 hantaran ada yang aku sponsor untuk Daddy. Sebab aku tahu dia nak cari duit hantaran pon terkial2. Habisssss.. kau nak itu kau nak ini... taknak kalah dengan orang. Hahaha. Gaji kecik je ye. Kata sama2 susah, sama2 senang. Esok dah senang cari lain memang aku sekeh sekor2. Kahkahkah. Awal2 kahwin aku takdelah tiptop pom pom memasak. Biasa2 je. Dalam proses pembelajaran lagi... sampai sekarang. Aku pernah sound Daddy aku ni baru kahwin mana mungkin boleh dan2 teror macam mak dia/mak aku masak so bagi masa. Tegur aku kalau masakan tu tak kena dengan tekak dia. So far setakat ni Alhamdulillah aku semakin improve... hehehe nakk jugak bangga diri. Eh kena lah ada kesedaran kan. Awak nak bagi suami dan anak2 makan kot. Tak sedap kat tekak orang, sedap kat tekak laki sendiri sudah lah. Kau bukan chef tersohor pon nak teror pom pom masak. Gitu.

Yang suami pulak kenalah jugak ada rasa nak mempertingkatkan skill dalam diri. Kalau dapat suami yang top of the pop agama alhamdulillah, rezeki awak lah tu. Daddy Alhamdulillah kalau setakat nak imam kan kami anak beranak malah family sendiri Insyallah. Boleh pulak kan aku baca yassin tetiba dia dari jauh betulkan bacaan aku. -____- sabau jelahh.

Benda2 macam ni takde sapa pon yang betul. kau nak ikut trending sekarang... nak meletop letop... tapi tak berapa nak mampu... so kenalah kongsi. Lainlah kau anak orang kaya semua benda petik jari dapat. Tu takpayah berkongsi bayar hantaran pon takpe. Silap2 duit hantaran semua kau punya. Heheheh. Haaa tu satu gak tu. Duit hantaran masa kahwin aku dulu, mak hanya bagi kat aku dua ribu je kot. Itu lah duit aku beli tv, peti ais dan jugak mesin basuh. Basic. Baju nikah, baju kahwin (semua kain beli sendiri dan hantar tempah sebab aku kan special size) pakai duit sendiri. Termasuklah barang2 hantaran, pelamin, kek kahwin, doorgift... cadar kahwin... barang2 yang kecik... semua pakai duit aku. Duit yang aku kumpul sejak aku kerja. Gitew. Dah kau punya taste nak pom pom meletop kan... so pakailah duit kau. Hahahah. Time tu baru menyesal pesal lah tak kumpul dari kecik. Kahkahkah.

Kadang2 sebab dapat lelaki yang tak sedor diri tu lah yang payah. Bajet bini boleh uruskan semua padahal awak tu takdelah hebat mana. Banyak je kekurangan. Nak kahwin dah khatam Al-Quran ke belum? Cara2 mandi wajib tahu ke idok? Tak cakap sesiapa la... aku tengok adik sendiri pon dah tahu. Ni dah boleh kahwin ke idak ni... awek dah ada. Cerita macam nak kawin cepat je. Tengok life ehh kau ni boleh ke tidak nak sara anak dara orang? Gaji pon tak sampai hujung bulan dah habis.. Puiii sangat tau.

Aku bajet yang buat statement ni mesti muda belia. Maybe dia selalu dengar cerita yang tak best so cepat je buat kesimpulan. Percayalah, masa kau sibuk nak buat persiapan kahwin tulah saat yang paling ohsem. Time tulah baru dok terfikir napa tak menabung dari awal, napa tak cari bakal suami yang semenggah sikit (hahahahahahahaha).. ok dah jodoh nak buat lagu mana. Yang penting terima kebaikan dan keburukan pasangan kita. Ingatkan diri sendiri gak. 

Ehh dulu Daddy tu biasa je. Takde berkepuk2 duit dalam poket pon. Setiap orang akan melalui fasa fasa tertentu. Kami dah lalui fasa2 susah. Now fasa2 bernafas lah sikit. Esok kalau panjang umur insyallah dapat la merasa fasa2 macam ahkak2 kat ofis aku tu... yang dah senang sikit pasal anak dah besor2...loan rumah kereta dah nak habis bayar.. loan belajar pon dah settle. Yang penting kena sabau.

Orang Tua-Tua Kata, 

5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1) 
Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)
Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2) 
Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti.
Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3) 
Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut.
Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan 
Dalam Menjalani Kehidupan Bersama Anak-Anak & Isteri Tercinta Sehingga Syurga.

Sabau ye pasangan2 muda yang baru kahwin dan jugak yang baru 5,6,7,8 tahun kahwin. Nasihat aku kat sini tak payah nak trending sangat... boleh sakit otak, jiwa dan raga. Memang lah menanah mata tengok semua pon cantik semua pon nak (jangan risau, aku pernah memaluinya), habissss dah bajet kau takat tu je. Bawak2 lah bersabar. Ehh ada ke yang baru kahwin terus stabil ekonomi? Share sikit camne boleh jadik macam tu.

Till then.
Penat membebel.






Celebrate Birthday

Hahahaha matiks lah wei gambar suka hati aku je nak taruk kot mana T__T Well ni last week celebrate belated birthday anak buah kitaorang, Tisha dengan Yani. Buat kat McDonald Seksyen 3. Boleh tak hadiah kitaorang dah bagi dulu masa raya sebab ingatkan diaorg nak celebrate malam raya hari tu. Kitaorang kan beraya kat Melaka. Dah berlenggang tangan kosong je. Huahuahua. Nasiblah ye anak anak. Nak claim hadiah lain please mintak kat Pokde ye.

Ni time dah nak closing. 
Belon boleh bawak balik so masing2 berebut termasuk lah yang mak budak ni. 
Kahkahkah
Kau dah kenapa kan??
Ehh sukalah... aku nak ambik gambar dengan belon je motipnya.
Bagusnya kalau buat kat luar dia organize sekali kauorang punya games.
Takdolah pening kepala nak fikir games apa, nak sediakan props lagi eh semualah.
So aku tak join semua games sebab nak makan. Hehehe.
Memang aku save kan perut tak makan lunch okeh.
Sebab nak makan burger. Pon boleh. Hahaha.
Padahal dalam hati serba salah kot sebab aku boikot jugak barang dari Yahudi ni.
-______________-
Diaorang main rebut kerusi.
Last berebut mak men dengan laki aku. Wohaaa.
Memang pemenang dia mak men lah kan.
Berani kau tak bagi dia menang. Kahkahkah.
Budak kenit ni behave sangat. Taktau bila tah berperangai camni.
Dulu asyik nak melepek je dengan ummi dia.
Ok dah besarrrrr.
Tak sedar.
 Suwitt sangat Mak Tam aku tu buat peace bagai. Ai loike doplohpat kali.
Eh memang diaorg nampak old couple yang ala ala macam omputih tu.
Hehehe.
Anak buah gak ni.
Kaya aku bila dengan family daddy.
Kaya anak buah. Hahaha.
Aku pon nak jugek feeling2 kanak kanak.
Tu yang gigih pi rebut belon padahal banyak je yang tinggal.
Huduh perangai. Bini sapa lah ni T__T

Kadang2 kawan, kadang2 lawan.
Tapi most lawan lah.
Hahahahah tak boleh belah.
Confuse aku orang cakap budak ni ikut muka aku.
Habis kalau ikut muka aku napa panazz je selalu.
Ermm sebab aku ala ala mak tiri kot.
-________________-
Salah aku sebab treat dia cam dia budak besau angat je.
Ok ok salah aku.
Ermm rasa next2 punya celebration birthday nak buat kat tempat lain gak lah. Bulan 9 ni birthday Aqif, so ada tempat best tak untuk buat bithday party? Ewahhh kemain fikir macam anak retis lak kan nak sewa tempat bagai. Hahaha. Verangan takpo sebab tak kena bayau. Aku ada plan ni actually. Buat kita2 je yang small family. I mean buat kat rumah, sediakan props bagai pastu tiup lilin. Heeee. Yang penting dalam gambar kena lawa sebab aku nak cuci gambar. Pening aku banyak nau softcopy kat dalam external lah, thumbdrive la, pc ofis la. Hahaha bersepah engko.






Tuesday, July 28, 2015

Tukar kabinet baru

Isu sangat petang ni kan dengan rombakan kabinet baru. Kabinet apa?? Tak mungkinlah kabinet kat rumah pasal rumah baru aku pon tak siap lagi... nak harapkan rumah sewa.. masih guna rak pinggan. Hahahah. Ni kabinet kerajaan ye kawan2. TPM dah kena kick... aduh aduh kasihan. Tak tau pasaipa dengar2 je kabinet dah kena rombak.

Habis tu menteri KKMM pon kena tukar lah ni? Tak tau lah sapa yang ganti. -___- Dah tu esok kata ada pesta kenduri durian kat dewan Ipptar. Jadi ke idok?? Jangan maciam maciam. Agak2 menteri aku kena tukar, aku boleh tukar kementerian tak? Hahahah. Tak nak dah keja kat kementerian yang sedia ada ni. Tepu kepala otak asyik ngadap benda yang sama. Cekgu pon kalau dah seploh tahun menetap di sekolah yang sama kena reshuffle oiiii. Ini kan pulak post aku. Ermmm bermimpi diangin lalu sajalah. Dengan mengharap semoga doa2 aku sebelum dan selepas ni dimakbulkan. Ameen.

Doakan weyy.

Tempat aku disisi suami dan anak anak. Mana tahu, kot aku berpindah tempat kerja, prestasi aku lebih ummph lagi ke.. aku mungkin lebih tawaduk dalam melakukan kerja hakiki. Insyallah.

Agaknya kan kak mah suruh abg jibby tukar baru kabinet rumah diaorang yang dah kaput... tapi abg jibby ni silap pendengaran... dia pi tukar kabinet negara. Ngenggg betullahhh. Kalu tukar mendatangkan hasil pada aku oklah kan. Ni GST bila nak mansuh ni??? Menyusahkan orang betui. Tak pasal expenses bulanan aku kelaut.





Taman Rimba Kerinchi

Harap je duduk sini dah nak masuk 10 tahun tapi taman rimba yang sekangkang kera ni pon kau tak pernah tahu. Perangai sangat kau ni kecil. Hahahah. Serius weh aku bukan kaki merambu ke apa so memang tak tahu tempat tu wujud. Ke aku dengan Daddy pernah jalan2 naik motor masa anak sorang dulu tapi takdelah naik sampai atas sebab masa tu masih dalam construction kekdahnya. Jalan pun still tanah merah lagi.. nak naik sampai atas memang tak lah. Scary kot. Hihihi.

So pepetang Ahad dah bosan sangat budak2 duduk rumah seharian aku paksa Daddy bawak Aqif jalan naik motor. Ni kes daddy sabtu ahad keje lah ni. -__- aku tengok Aqif dah buat perangai lain tak bukan nak kena keluar amik angin fresh lah. Bukan Aqif je, Dareez pon sama mengaruk suruh bukak pintu nak keluar. Hahaha pon bolehhh. Budak tu dah macam perangai orang besar je aku tengok. Nak marah kang anak. T___T

Disebabkan takkan empat beranak nak naik motor semua kan, jadinya Aqif jelah yang ikut Daddy. Dareez duduk rumah diam2 dengan ummi tengok upin ipin ye. Hakhak.




Daddy cakap tu jambatan gantung. 
Tapi bawah tu air sungai dah serupa kecik macam air kencing.
Hahahahah lawak lah Daddy ni.
Mungkin nak perbesarkan lagi kita mana nak tau.
Bersangka baik. ^___^
Ada track jogging dan taman2 sikit.
Memang dibuat untuk tempat beriadah.
Ok serius tak tahu tempat ni wujud.
Belakang rumah jerrrrrrr.
Yang jauh2 kemain gigih kau pegi, yang dekat sekentut ni haremmm.
Perangai.



Wohaaa hebak sangat posing naik motor.
Kahkahkah. Nak gelak tak sampai hati.
Ko tunggu ye nak... lagi doploh tahun ummi nak suruh awak posing macam ni gak.
Berani??
Barulah hensem macam Daddy. *muntah ijau*

Tempat ni belum siap sepenuhnya. Nampak tu pasir2 lagi. Dengan zink2 birunya... dengan jalan tak ratanya. Soon siap sepenuhnya lah tu. Aku kena mencemar duli pi ziarah tempat ni gak. Tak aci lah diaorang je yang dah pergi. Nak jugek bergambar kat atas jambatan gantung. Kahkahkah. Kuat poser ummi beranak dua ni. -__________-










Friday, July 24, 2015

Amanville Again?

First pergi masa Aqif umur setahun lebih kot. Hahaha. So cuti raya takda kemana, nak menghabiskan sisa2 masa yang tinggal moh lah kita bawak budak2 jalan. Teringat Amanville kat Bukit Jelutong sana dan kebetulan ada hal kat Puncak Alam. Lagipun Dareez belum pernah jejak lagi kat sini.

Still sama macam dulu cuma Space U8 aku tengok banyak kedai dah tutup. Tutup sebab raya ke atau tutup sebab mall tu tak berapa nak ada orang? Tak friendly mungkin. Dalam tak banyak kedai pon still ada event kat tengah2 hall tu. Ok sebab raya kot dia sunyi. Heeee.


Aku memang suka tempat ni. First sebab reasonable price tak macam sesetengah tempat tu boleh tahan charge mahal melampau padahal mainan apa je. Kemudian tak bising sangat dan selamat untuk budak2. Luas dan both parents boleh melepak sama. Yang penting kemas dan bersih. Thumbs up. Setiap jam tayang Upin Ipin, kids and baby song. So tak boring. Aqif sambil main sambil layan Upin Ipin. 


Nampak tak betapa sukanya Dareez tu main ball warna warni. Ball tu bulan plastik ok, material dia macam span ya. Bila budak2 jatuh ball tu boleh la menampung ibarat tilam. Kekeke. Ikutkan hati nak je pergi setiap minggu ke setiap bulan ke tapi memandang kan jauh bebenor maka kalau ada hal menjurus ke area sana baru boleh pergi. Kahkahkah. Dah suka tapi jauh lak tu -____- Amanville takde nak perluaskan lagi kawasan jajahan ke? Space U8 tu macam hidup sogan mati tak mahu. Please vote for lembah kelang... Seremban ke... Melaka. Hahaha kau sembang sini macam owner dia baca je tau. Nyampah.







Thursday, July 16, 2015

Cerita Raya 2015

Assalamualaykum... hai kauorang dah masuk kerja ke? kekekeke. Aku dah start kerja dah semalam... walaupon mood raya masih membara dijiwa tapi hapakan daya..T__T. So apa cerita raya tahun ni? Ramai dok upload gambar raya kat social media kaler baju sepesen jerrr... tak royal blue, emerald green. Kihkihkih. Nasib baiklah aku tak terjebak sama... padahal memang nakkk sangat kaler royal blue tapi takde rezeki kain nak tempah takde warna tersebut. Kalau tidak memang #teamkalerbiru lah kau.  *tutupmuke*

So tahun ni raya pertama kat Melaka, kedua kat Batu Pahat/Muar... kemudian balik Melaka balik, esoknya baru raya Seremban dan Nilai. Kemudian raya ke-4 baru bergerak balik KL. Before tu singgah pulak S.A dulu beraya dirumah mentua. Amboii kemain raya sakan tahun ni ye. Itupon tak habis raya kauorang tahu. Banyak rumah sedara mara, pakcik makcik aku tak sempat nak singgah akibat kekangan masa. Ikutkan nak je cuti seminggu tapi disebabkan cuti pon tinggal suam suam kuku... Daddy pon banyak kerja tak settle lagi, so pulanglah kami ke ibukota yang penuh berliku ini. Hahaha ayat tak boleh belah.

Raya ke-2 ke Johor... hajat di hati nak pekena nasi beriani mat shah, tapi kodai tutup. Keciwa jiwa dan raga. Balik dari Muor nak mengubat hati nan lara kitaorang tapau mee bandung. Not bad. Daripada takde kan.

Ofis tak berapa nak ada orang... parking RTM pon banyak yang kosong. Ok serius bohsan tahap dewa woih. Nak kemana ni? Duduk ofis jelah asyik stalker fb, ig dan jugak blog orang. Kahkahkah. Boring, boring. Nak menunggu pukul 5 petang memang bercinta.

Meh lah tengok gambar raya kami yang tak seberapa. Tema pelbagai macam yang aku dah war2 kan sebelum ini. Oklah Daddy dah sound next year or next next year baru seragam gitchew. Elehhh sebab dia tengok gambar dia tak lawa lah tu. Kekeke.

Dimulakan dengan gambar iols tiga beranak kekeke
Ni lah rumah nenek aku kat kampung Melaka tu.
Rumah kayu auwww bestkan? Tapi hazabedah kalau time panas,
Peluh keti jangan dicakap -__-


 Dah kata raya kan, semestinya ada sesi salam menyalam, maaf memaafi.
Family belah aku sendiri tak ramai, aku dan adik2 lelaki 3 ketui ja so camtu jelah.
Hikhikhik.
Kekdahnya family kitaorang je yang bersalam parent aku.
 Daddy dan baju nikah kitaorang Mei 2011.
Nak cakap laki aku maintain leteww. Hahaha.
So far disebalik kemaintenan dia tersorok butang seluar tak boleh cangkuk.
Kahkahkah.
Boroi lettew.




Plan asal dalam pukul 10pagi macam tu dah gerak beraya ke rumah saudara mara belah nenek, tapi apakan daya baru je nak gerak dah ramai pulak yang datang. So languk jelah tunggu bila diaorang nak balik ni. Tunggu2 family yang datang tu balik, datang lagi family yang lain... kekdahnya lepas solat jumaat baru gerak beraya. Huhuhu. Sempat jugaklah aku menidurkan anak anak bujang tengahari tu. Bukan apa, budak2 kena tido siang kang nanti dah jalan beraya memang takdan nak tido dah. Aku pulak sempat mandi sekali lagi ngko jangan tak tahu. Panaih punya pasal. Cair makeup raya ai tahuu. Kahkahkah ok tipu sangat.

So raya ke-2 ke Batu Pahat dan Muar. Jammed gila wa cakap lu. Dengan Aqif tak tido2 dalam kereta tu. Sakit jiwa aku hahahaha. Budak tu kena tidur dulu tengahari so nanti takdelah dia aktif semacam. Dan memang satu hari tu dia takde tido2... lagi nak main jeeee kerja dia. Aku tengok atas bawah kecik je. Nasib baiklah dengan family MIL... kalau tak memang mendapat lah anak bujang besau tu. On the way balik Melaka baru dia terlentok2 nak tido. Sambil hisap susu pon boleh. Hahaha. Baru tenang Daddy nak drive.

Hj. Ismail Blood & Beyond yang tak cukup korum. Ni baru berapa family je ni. 
Kalau nak himpun semua memang tak muat frame. Bahaha
Family Cik Gayah je dah 7... yang lain tu ko ghase??

 Perangai sangat anak anak buah kitaorang ni ye.





Ni rumah second last. Sempat pulak tu main mercun. Aku perati je Aqif tu.
Takpalah, dia seronok kot main dengan sepupu sepapat dia.
Sampai nak balik pon siap menangis nak naik kereta dengan Pak Uteh. Hahaha.
Padahal kitaorang nak gerak balik dulu.

Sungai Muar.

On the way balik Seremban raya ke-3 tu cari cendol bakar kat Alor Gajah, tapi tutup lah pulak. Keciwa kali kedua. Sobss. Apasallah tutup, patut raya bukak lah boleh untung banyak tahu. Kekeke. So takde cendol bakar, durian D24 pon jadilah. Nak beli musang king tengok harga boleh tahan mahal lagipun takdelah nak makan sangat sebab one week sebelum raya abang ada bagi sebiji durian musang king. Ermm. Kira puas makan lah tu. -________-

Tahun ni rasa puas sikit beraya walaupon kau takdelah persiapan beriya. Ke sebab tahun ni turn belah aku? Hahaha mungkin jugak. Aqif, Dareez kemain kutip duit raya. Sukalah tu budak2 kan. Dia tahu apa je... salam kemudian dapat duit, hoyehhh. Aqif paling win -____- Dareez pulak buat muka comel selalu. Hahahah.



Aku kan sedeh sikit bab baju cokelat ni. material kain pelikat kemudian design kurung pahang. Dah kembang semangkuk nampak aku gems. Aaaaa tak boleh terima uols. Dah la ada sejarah kena alter. Dah alter still nampak baju tu besau kau rasaaaa? So lepas ni aku kena pilih berhati2 bab material kain ye tak. Ermm, raya tahun depan bulan berapa? Nak prepare siap2 setahun sebelum. Kahkahkah. So takdelah nanti menangis dibucu katil.

Gambar whatsapp family akak beraya belah Perak pulak. Royal blue uols... kan aku dah cakap tahun ni kaler tersebut menjadi pujaan ramai. Heh.


Selamat Hari Raya koranggg.
Maaf Zahir dan Batin.
Eh batin ada ke?

-____________-





Tuesday, July 14, 2015

Dua hari sebelum raya

Ok esok aku dah start bercuti untuk raya. Nak cakap tak zabar tu tipulah kan sebab this year aku mohon pelepasan agar beraya kat kampung aku kat Melaka. Terngiang2 bau masakan rendang cili api ayam pencen/ayam kampung. Adoii sodap bak hang. Nasib lah Daddy approve pasal dah dua kali raya kita beraya kat SA. Ermm agak boring sikit. Sebenarnya aku tahu Daddy tu bagi sebab plan dia lepas beraya Melaka dia nak racun adik badik dia raya kedua kita semua pi Batu Pahat dengan Muar. Hahaha. Tahu dah permainan dia. Aku pulak memberi cadangan yang bernas gitew. Hebakk.

Persiapan raya cemana uolls? Baju raya aku yang hantar alter tu siap dah aku pesan kat mak suruh ambil. Ikutkan nak je runner sat tadi tapi memandangkan aku takut tak sempat nak balik on time so pesan kat mak suruh ambil. Baju kat mak, kain kat aku. Hahahahah. Sedeh. Eh tapi kain, tudung semua dah siap basuh dan bergosok dan jugak digantung. Baju tu kalau sempat malam raya lah basuh. Kalau tak, pakai jelah. Hihihi. Hantar bulan 5 pon tak siap proper gak. So next year bulan 1 aku dah hantar. Puas hati.

Baju anak anak pon suma dah siap. Beli baju melayu Aqif kat Aeon kaki seluar dia labuh so tu pon aku dah siap alter semalam kat ofis. Takde buat apa kan... gunalah masa yang ada. Sebab aku tahu benda2 yang remeh macam tulah kita terlepas pandang. Baju untuk bermalam pon dah get ready taruk dalam travelling bag cuma belum susun je lagi. Insyallah esok aku gunakan masa yang ada. Kuih untuk mak, mil dan siap di pack. Oh ye lupa lak belum bawak balik lagi kerepek kat ofis ni. Hahaha. Ok sat gi aku pi packing baik punya.

Plan esok bermalam di SA, then khamis pagi baru gerak Melaka. Raya pertama di sana kemudian raya ke-2 adik badik idris clan nak ke Johor. Rasanya takde tido kot. Maybe kami balik ke Melaka semula or kalau parent aku nak balik Seremban, kitaorang follow. Aku still cuti lagi isnin n selasa depan. Gitulah.

Rasa biasa2 je. Takde beriya sangat. Yang penting untuk anak dah ada. Aku handbag, kasut raya takda takpalah. Benda2 macam tu nanti2 boleh beli. Sale sepanjang tahun kot. Hahahah. Yang penting duit raya untuk parents, adik beradik, anak sendiri... kuih raya untuk diaorang. Barang2 mentah. Tu je. Dah jugak tak lupa baju raya aku. Hahahah. Tu penting sebab dah dua tahun aku raya ala kadar main sauk jerrr eeeei tensi. So tahun ni melaram sikit boleh kan? Hahahahaha.


Hari ni buka solo kat ofis.. ofismate yang selalu standby untuk kitaorang tu wife dia dah bersalin so officially dia dah cuti raya awal. Ketua syift aku balik rumah sat berbuka dengan family. Memandangkan esok aku cuti, alahh aku jaga ofis lah apadahal. Selalu kau ngulorr je kan. Itu yang sempat online seketika ni.

Ok korang selamat berbuka ya. Jangan makan banyak sangat nanti perut kembong susah pulak nak bergerak. Hari ni bawak bekal sebab aku masak tadi. Ke arah penjimatan kekdahnya ^__^








Aksesori lelaki

Orang lelaki kalau shopping aku rasa takdelah banyak benda nak kena beli. Ke tak? Ke sesetengah lelaki je? Tapi aku rasa dalam tak banyak benda nak kena beli tu sekali dia beli uishhhh tercirit aku melihat harganya. Contoh, kasut. Ni kasut raya ok setahun sekali baru beli... Tak pon dah hancus berkecai baru dia beli baru. Lain dengan perempuan, asal nampak berkenan dihati je terus tergedik gedik nak beli. Kalau tak beli boleh termimpi2 dimalam hari. Dah beli baru puas hati. Hahaha aku lah tu takde nak cakap orang lain -___- 

So minggu2 lepas lah ceritanya ni, teman Daddy survey dan merangkap beli terus kasut raya dia. Member tu kasut tak banyak tapi asal beli ya ampun rege boleh tahan. Nasib bukan aku yang keluar duit. Kalau ikut aku boleh beli kasut aku 2-3 pasang ye. Nampak tak... Nampak tak beza lelaki dengan perempuan. Dia selalu cakap perempuan suka shopping setiap bulan... Tapi bila dah macam ni gayanya aku rasa kita berdua takde beza. Awak punya rege kasut boleh beli stok kasut saya  untuk setahun. Hahahahahah.

Nak boots yang boleh bawak pergi jalan2 dan jugak site. Taste tak boleh belah lak tu. Hahahaha. Pergi Pertama sebab nak cari Red Wing. Terkezut aku melihat price dia yang cecah beribu uolls. Kemudian cakap aku tak ikut perkembangan semasa. Eh eh suka dia je tau. Aku mana tahu brand kasut2 untuk contractor ke orang kerja site ke orang kerja offshore ke. Aku tahu clarks, SF, dan yang lain2 untuk perempuan. Hihihi.

Berkira kira tu nak beli. Sebab harga dia macam tu kan so kena beli yang memang kau kena puas hati lah bila balik nanti. Maksudnya disini tak menyesal. Hahaha. Dah berkenan yang satu tu tapi saiz takdeee. Keciwa suami ai. So cari lagi dan cari lagi.


Sambil Daddy terbelek belek, aku pon turut lah belek sama.. sebab aku pon ada taste jugak bab boots ni. So aku berkenan yang ini... Sales girl tu pakai. Tapi harga mintak maaf cakap survey kat display krik krikk RM1K+ engkoooo. Tertelan telan ailio. Aku syak dia ni bukan sales girl sebarangan, mesti anak tokey kedai. -__-

Kalau begitulah harganya baik aku pi beli mesin jahit tiptop tak pon aku beli DM jelah puas hati takde mahal melampau. Aku nak pakai buat jalan takde pergi site bagai. Untuk Daddy its good for him lah kan beli memahal dan pakai sampai lunyai. Buat untuk ofis, site dan jugak buat berjalan. 


Berkenan sangat aku yang ni. Maklomlah kaki size budak... aku beli DM mary jane double strap size 3UK pon a lit bit besau ye. Daddy kata dah macam skinner girl T__T So aku rasa next time kalau nak beli DM kena beli size toddler yang paling besar. Baru fit kat kaki. Baru confident nak jalan. Hahahah. Hadoiii DM tengah sale 30% uolls... ada kawan ofis nak visit akak dia kat UK raya ni, sebulan dia duduk sana. Nak kirim ke tak ni.. nak kirim ke tak?? Tapi nak kena berjimat... Hadoilah haiii. Apasallah kau mahai sangat???





Kuih raya

Aku memang dah niat kat dalam hati tahun ni mesti buat kuih raya home made at least satu macam. Hahahaha. Memandangkan tahun ni kenaikan harga barang adalah agak melampau akibat perlaksanaan GST so meh la wey buat kuih sendiri. Takde lah susah mana just nak dengan tak nak je. Tak nak sebab malas lettew kahkahkah. So inilah dia hasil ayor tangan den yang tak seberapa. Actually ni semua bahan yang memang ada kat dapur. Beli hanya sikit2 untuk topup mana yang takda macam kacang badam tu kan takde lah aku nak menyimpannya.

Sempat buat biskut bebola cornflakes yang mana resepi ni guna tepung ye kengkawan. Aku tak suka biskut cornflakes yang semata taruk madu tu. Tak kena dengan jiwa. Tapi apa2 pon biskut yang aku buat ni pop pop meletop rangup didalam mulut percayalah. Hahahah. Well, sapa lagi nak puji kalau bukan aku sendiri -__-. Boleh la bagi pengasuh, mak mertua dan mak sendiri. Yeayy ada bakat membaking cookies gak aku ni. Untuk simpanan sendiri takdo pasal aku tahu memang tak termakan nya nanti. So kalau nak rasa sila rasa kat rumah mak punya ya.



Next,
Red velvet cookies uolls tapi malangnya red velvet dah jadi red dark tall cookies. Hahahah T__T apalah nasib tertaruk pewarna merah pink terlebih. Ok actually color merah pink je ada kat rumah padahal dalam resepi kena match pewarna merah, merah pink dan jugak oren barulah dapat color cookies yang cun melecun. So aku terlebih bijak pandai campur merah pink dengan pewarna perisa strawberry hihihi. Ok walaubagaimanapun rasa dia not bad dan jugak sedap. Ada bau2 stroberi sikit. Ok masuk bakul angkat sendiri. Badam takdo so aku ganti cashew nut yang aku tumbuk sendiri. See, kena kretip sikit ye. 


Ni rupa close up. Ada nampak lah jugak warna red kan? Ada kan?? Hahahah paksa orang cakap ada pon boleh. So jadilah untuk tahun ni. Jangan kata ahkak tak reti membaking ye. Selalu tengok orang lain lebih hebat dari kita padahal kita boleh je buat macam orang tu cuma masa dan keadaan je yang tak mengizinkan. Bersyukur ada oven yang kenit tu dari takdo. Merasalah jugak baking kek, panggang ayam, ikan segala bagai. Siap boleh buat cookies ni apadahal kan. Lagi satu tak mahu malaz malazz. Eh kadang2 aku bukan malas cuma aku tak reti bila buat kerja ada orang kacau. Aku suka keadaan sunyi, rumah takde orang baru semangat tu mari dengan membara. Nak buat kek sambil jaga anak ni aishh tak reti okk. Lainlah ada orang tukang jaga. Hahahahah. Benda kena fokus baru top top meletop.