life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, July 14, 2015

Aksesori lelaki

Orang lelaki kalau shopping aku rasa takdelah banyak benda nak kena beli. Ke tak? Ke sesetengah lelaki je? Tapi aku rasa dalam tak banyak benda nak kena beli tu sekali dia beli uishhhh tercirit aku melihat harganya. Contoh, kasut. Ni kasut raya ok setahun sekali baru beli... Tak pon dah hancus berkecai baru dia beli baru. Lain dengan perempuan, asal nampak berkenan dihati je terus tergedik gedik nak beli. Kalau tak beli boleh termimpi2 dimalam hari. Dah beli baru puas hati. Hahaha aku lah tu takde nak cakap orang lain -___- 

So minggu2 lepas lah ceritanya ni, teman Daddy survey dan merangkap beli terus kasut raya dia. Member tu kasut tak banyak tapi asal beli ya ampun rege boleh tahan. Nasib bukan aku yang keluar duit. Kalau ikut aku boleh beli kasut aku 2-3 pasang ye. Nampak tak... Nampak tak beza lelaki dengan perempuan. Dia selalu cakap perempuan suka shopping setiap bulan... Tapi bila dah macam ni gayanya aku rasa kita berdua takde beza. Awak punya rege kasut boleh beli stok kasut saya  untuk setahun. Hahahahahah.

Nak boots yang boleh bawak pergi jalan2 dan jugak site. Taste tak boleh belah lak tu. Hahahaha. Pergi Pertama sebab nak cari Red Wing. Terkezut aku melihat price dia yang cecah beribu uolls. Kemudian cakap aku tak ikut perkembangan semasa. Eh eh suka dia je tau. Aku mana tahu brand kasut2 untuk contractor ke orang kerja site ke orang kerja offshore ke. Aku tahu clarks, SF, dan yang lain2 untuk perempuan. Hihihi.

Berkira kira tu nak beli. Sebab harga dia macam tu kan so kena beli yang memang kau kena puas hati lah bila balik nanti. Maksudnya disini tak menyesal. Hahaha. Dah berkenan yang satu tu tapi saiz takdeee. Keciwa suami ai. So cari lagi dan cari lagi.


Sambil Daddy terbelek belek, aku pon turut lah belek sama.. sebab aku pon ada taste jugak bab boots ni. So aku berkenan yang ini... Sales girl tu pakai. Tapi harga mintak maaf cakap survey kat display krik krikk RM1K+ engkoooo. Tertelan telan ailio. Aku syak dia ni bukan sales girl sebarangan, mesti anak tokey kedai. -__-

Kalau begitulah harganya baik aku pi beli mesin jahit tiptop tak pon aku beli DM jelah puas hati takde mahal melampau. Aku nak pakai buat jalan takde pergi site bagai. Untuk Daddy its good for him lah kan beli memahal dan pakai sampai lunyai. Buat untuk ofis, site dan jugak buat berjalan. 


Berkenan sangat aku yang ni. Maklomlah kaki size budak... aku beli DM mary jane double strap size 3UK pon a lit bit besau ye. Daddy kata dah macam skinner girl T__T So aku rasa next time kalau nak beli DM kena beli size toddler yang paling besar. Baru fit kat kaki. Baru confident nak jalan. Hahahah. Hadoiii DM tengah sale 30% uolls... ada kawan ofis nak visit akak dia kat UK raya ni, sebulan dia duduk sana. Nak kirim ke tak ni.. nak kirim ke tak?? Tapi nak kena berjimat... Hadoilah haiii. Apasallah kau mahai sangat???





No comments: