life is beautiful

life is beautiful

Friday, July 24, 2015

Amanville Again?

First pergi masa Aqif umur setahun lebih kot. Hahaha. So cuti raya takda kemana, nak menghabiskan sisa2 masa yang tinggal moh lah kita bawak budak2 jalan. Teringat Amanville kat Bukit Jelutong sana dan kebetulan ada hal kat Puncak Alam. Lagipun Dareez belum pernah jejak lagi kat sini.

Still sama macam dulu cuma Space U8 aku tengok banyak kedai dah tutup. Tutup sebab raya ke atau tutup sebab mall tu tak berapa nak ada orang? Tak friendly mungkin. Dalam tak banyak kedai pon still ada event kat tengah2 hall tu. Ok sebab raya kot dia sunyi. Heeee.


Aku memang suka tempat ni. First sebab reasonable price tak macam sesetengah tempat tu boleh tahan charge mahal melampau padahal mainan apa je. Kemudian tak bising sangat dan selamat untuk budak2. Luas dan both parents boleh melepak sama. Yang penting kemas dan bersih. Thumbs up. Setiap jam tayang Upin Ipin, kids and baby song. So tak boring. Aqif sambil main sambil layan Upin Ipin. 


Nampak tak betapa sukanya Dareez tu main ball warna warni. Ball tu bulan plastik ok, material dia macam span ya. Bila budak2 jatuh ball tu boleh la menampung ibarat tilam. Kekeke. Ikutkan hati nak je pergi setiap minggu ke setiap bulan ke tapi memandang kan jauh bebenor maka kalau ada hal menjurus ke area sana baru boleh pergi. Kahkahkah. Dah suka tapi jauh lak tu -____- Amanville takde nak perluaskan lagi kawasan jajahan ke? Space U8 tu macam hidup sogan mati tak mahu. Please vote for lembah kelang... Seremban ke... Melaka. Hahaha kau sembang sini macam owner dia baca je tau. Nyampah.







No comments: