life is beautiful

life is beautiful

Thursday, July 16, 2015

Cerita Raya 2015

Assalamualaykum... hai kauorang dah masuk kerja ke? kekekeke. Aku dah start kerja dah semalam... walaupon mood raya masih membara dijiwa tapi hapakan daya..T__T. So apa cerita raya tahun ni? Ramai dok upload gambar raya kat social media kaler baju sepesen jerrr... tak royal blue, emerald green. Kihkihkih. Nasib baiklah aku tak terjebak sama... padahal memang nakkk sangat kaler royal blue tapi takde rezeki kain nak tempah takde warna tersebut. Kalau tidak memang #teamkalerbiru lah kau.  *tutupmuke*

So tahun ni raya pertama kat Melaka, kedua kat Batu Pahat/Muar... kemudian balik Melaka balik, esoknya baru raya Seremban dan Nilai. Kemudian raya ke-4 baru bergerak balik KL. Before tu singgah pulak S.A dulu beraya dirumah mentua. Amboii kemain raya sakan tahun ni ye. Itupon tak habis raya kauorang tahu. Banyak rumah sedara mara, pakcik makcik aku tak sempat nak singgah akibat kekangan masa. Ikutkan nak je cuti seminggu tapi disebabkan cuti pon tinggal suam suam kuku... Daddy pon banyak kerja tak settle lagi, so pulanglah kami ke ibukota yang penuh berliku ini. Hahaha ayat tak boleh belah.

Raya ke-2 ke Johor... hajat di hati nak pekena nasi beriani mat shah, tapi kodai tutup. Keciwa jiwa dan raga. Balik dari Muor nak mengubat hati nan lara kitaorang tapau mee bandung. Not bad. Daripada takde kan.

Ofis tak berapa nak ada orang... parking RTM pon banyak yang kosong. Ok serius bohsan tahap dewa woih. Nak kemana ni? Duduk ofis jelah asyik stalker fb, ig dan jugak blog orang. Kahkahkah. Boring, boring. Nak menunggu pukul 5 petang memang bercinta.

Meh lah tengok gambar raya kami yang tak seberapa. Tema pelbagai macam yang aku dah war2 kan sebelum ini. Oklah Daddy dah sound next year or next next year baru seragam gitchew. Elehhh sebab dia tengok gambar dia tak lawa lah tu. Kekeke.

Dimulakan dengan gambar iols tiga beranak kekeke
Ni lah rumah nenek aku kat kampung Melaka tu.
Rumah kayu auwww bestkan? Tapi hazabedah kalau time panas,
Peluh keti jangan dicakap -__-


 Dah kata raya kan, semestinya ada sesi salam menyalam, maaf memaafi.
Family belah aku sendiri tak ramai, aku dan adik2 lelaki 3 ketui ja so camtu jelah.
Hikhikhik.
Kekdahnya family kitaorang je yang bersalam parent aku.
 Daddy dan baju nikah kitaorang Mei 2011.
Nak cakap laki aku maintain leteww. Hahaha.
So far disebalik kemaintenan dia tersorok butang seluar tak boleh cangkuk.
Kahkahkah.
Boroi lettew.




Plan asal dalam pukul 10pagi macam tu dah gerak beraya ke rumah saudara mara belah nenek, tapi apakan daya baru je nak gerak dah ramai pulak yang datang. So languk jelah tunggu bila diaorang nak balik ni. Tunggu2 family yang datang tu balik, datang lagi family yang lain... kekdahnya lepas solat jumaat baru gerak beraya. Huhuhu. Sempat jugaklah aku menidurkan anak anak bujang tengahari tu. Bukan apa, budak2 kena tido siang kang nanti dah jalan beraya memang takdan nak tido dah. Aku pulak sempat mandi sekali lagi ngko jangan tak tahu. Panaih punya pasal. Cair makeup raya ai tahuu. Kahkahkah ok tipu sangat.

So raya ke-2 ke Batu Pahat dan Muar. Jammed gila wa cakap lu. Dengan Aqif tak tido2 dalam kereta tu. Sakit jiwa aku hahahaha. Budak tu kena tidur dulu tengahari so nanti takdelah dia aktif semacam. Dan memang satu hari tu dia takde tido2... lagi nak main jeeee kerja dia. Aku tengok atas bawah kecik je. Nasib baiklah dengan family MIL... kalau tak memang mendapat lah anak bujang besau tu. On the way balik Melaka baru dia terlentok2 nak tido. Sambil hisap susu pon boleh. Hahaha. Baru tenang Daddy nak drive.

Hj. Ismail Blood & Beyond yang tak cukup korum. Ni baru berapa family je ni. 
Kalau nak himpun semua memang tak muat frame. Bahaha
Family Cik Gayah je dah 7... yang lain tu ko ghase??

 Perangai sangat anak anak buah kitaorang ni ye.





Ni rumah second last. Sempat pulak tu main mercun. Aku perati je Aqif tu.
Takpalah, dia seronok kot main dengan sepupu sepapat dia.
Sampai nak balik pon siap menangis nak naik kereta dengan Pak Uteh. Hahaha.
Padahal kitaorang nak gerak balik dulu.

Sungai Muar.

On the way balik Seremban raya ke-3 tu cari cendol bakar kat Alor Gajah, tapi tutup lah pulak. Keciwa kali kedua. Sobss. Apasallah tutup, patut raya bukak lah boleh untung banyak tahu. Kekeke. So takde cendol bakar, durian D24 pon jadilah. Nak beli musang king tengok harga boleh tahan mahal lagipun takdelah nak makan sangat sebab one week sebelum raya abang ada bagi sebiji durian musang king. Ermm. Kira puas makan lah tu. -________-

Tahun ni rasa puas sikit beraya walaupon kau takdelah persiapan beriya. Ke sebab tahun ni turn belah aku? Hahaha mungkin jugak. Aqif, Dareez kemain kutip duit raya. Sukalah tu budak2 kan. Dia tahu apa je... salam kemudian dapat duit, hoyehhh. Aqif paling win -____- Dareez pulak buat muka comel selalu. Hahahah.



Aku kan sedeh sikit bab baju cokelat ni. material kain pelikat kemudian design kurung pahang. Dah kembang semangkuk nampak aku gems. Aaaaa tak boleh terima uols. Dah la ada sejarah kena alter. Dah alter still nampak baju tu besau kau rasaaaa? So lepas ni aku kena pilih berhati2 bab material kain ye tak. Ermm, raya tahun depan bulan berapa? Nak prepare siap2 setahun sebelum. Kahkahkah. So takdelah nanti menangis dibucu katil.

Gambar whatsapp family akak beraya belah Perak pulak. Royal blue uols... kan aku dah cakap tahun ni kaler tersebut menjadi pujaan ramai. Heh.


Selamat Hari Raya koranggg.
Maaf Zahir dan Batin.
Eh batin ada ke?

-____________-





No comments: