life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, July 14, 2015

Dua hari sebelum raya

Ok esok aku dah start bercuti untuk raya. Nak cakap tak zabar tu tipulah kan sebab this year aku mohon pelepasan agar beraya kat kampung aku kat Melaka. Terngiang2 bau masakan rendang cili api ayam pencen/ayam kampung. Adoii sodap bak hang. Nasib lah Daddy approve pasal dah dua kali raya kita beraya kat SA. Ermm agak boring sikit. Sebenarnya aku tahu Daddy tu bagi sebab plan dia lepas beraya Melaka dia nak racun adik badik dia raya kedua kita semua pi Batu Pahat dengan Muar. Hahaha. Tahu dah permainan dia. Aku pulak memberi cadangan yang bernas gitew. Hebakk.

Persiapan raya cemana uolls? Baju raya aku yang hantar alter tu siap dah aku pesan kat mak suruh ambil. Ikutkan nak je runner sat tadi tapi memandangkan aku takut tak sempat nak balik on time so pesan kat mak suruh ambil. Baju kat mak, kain kat aku. Hahahahah. Sedeh. Eh tapi kain, tudung semua dah siap basuh dan bergosok dan jugak digantung. Baju tu kalau sempat malam raya lah basuh. Kalau tak, pakai jelah. Hihihi. Hantar bulan 5 pon tak siap proper gak. So next year bulan 1 aku dah hantar. Puas hati.

Baju anak anak pon suma dah siap. Beli baju melayu Aqif kat Aeon kaki seluar dia labuh so tu pon aku dah siap alter semalam kat ofis. Takde buat apa kan... gunalah masa yang ada. Sebab aku tahu benda2 yang remeh macam tulah kita terlepas pandang. Baju untuk bermalam pon dah get ready taruk dalam travelling bag cuma belum susun je lagi. Insyallah esok aku gunakan masa yang ada. Kuih untuk mak, mil dan siap di pack. Oh ye lupa lak belum bawak balik lagi kerepek kat ofis ni. Hahaha. Ok sat gi aku pi packing baik punya.

Plan esok bermalam di SA, then khamis pagi baru gerak Melaka. Raya pertama di sana kemudian raya ke-2 adik badik idris clan nak ke Johor. Rasanya takde tido kot. Maybe kami balik ke Melaka semula or kalau parent aku nak balik Seremban, kitaorang follow. Aku still cuti lagi isnin n selasa depan. Gitulah.

Rasa biasa2 je. Takde beriya sangat. Yang penting untuk anak dah ada. Aku handbag, kasut raya takda takpalah. Benda2 macam tu nanti2 boleh beli. Sale sepanjang tahun kot. Hahahah. Yang penting duit raya untuk parents, adik beradik, anak sendiri... kuih raya untuk diaorang. Barang2 mentah. Tu je. Dah jugak tak lupa baju raya aku. Hahahah. Tu penting sebab dah dua tahun aku raya ala kadar main sauk jerrr eeeei tensi. So tahun ni melaram sikit boleh kan? Hahahahaha.


Hari ni buka solo kat ofis.. ofismate yang selalu standby untuk kitaorang tu wife dia dah bersalin so officially dia dah cuti raya awal. Ketua syift aku balik rumah sat berbuka dengan family. Memandangkan esok aku cuti, alahh aku jaga ofis lah apadahal. Selalu kau ngulorr je kan. Itu yang sempat online seketika ni.

Ok korang selamat berbuka ya. Jangan makan banyak sangat nanti perut kembong susah pulak nak bergerak. Hari ni bawak bekal sebab aku masak tadi. Ke arah penjimatan kekdahnya ^__^








No comments: