life is beautiful

life is beautiful

Thursday, July 09, 2015

Haiii

Sendu je kan blog ni siap sawang2 lagi hahaha. Taktahu nak update apa. Semuanya biasa je. Dah puasa yang keberapa uolls? Dah nak raya kan... Cepatnyaaa masa berlalu. Macam baru je sambut ramadhan... ni dah nak raya. Persiapan raya cemana tu? Kami biasa2 je. Baju melayu anak pon tak beli lagi -___-

Boleh tak nak cakap takde mood nak bershopping. Baju raya dah aku ambil kat tailor tapi sedih hati ini pasal awat dia buat labuh naw naw. Keciwa ai tahu tak. Dah satu kerja nak pi hantar balik untuk alter. Aku syak lah... tukang jahit tu tak confident dengan ukuran yang dia nak jahit pasal kecik/pendek naw. Hahahaha actually ini bukan kali pertama ye. So aku memang dah faham. Dulu hantar tailor kat kampung pon sama gaks. Tu chinese lady yang jahitkan. Ponnnn sama gak. Hmmmmm.

Sila laaaa buat je ukuran yang dah sedia diambil tu boleh tak.... Dah memang ukuran dia kecil toksah nak ngengade pi besarkan. Yang stressnya haku.

Eh kueh raya pon tak beli banyak ye. Sebab bajet nak buat beberapa jenis. Wahh beberapa jenis tekawww. Kahkahkah sila jangan gelak pleaseee. Semangat dah ada ni. Bukan senang semangat nak datang dengan membara. Lagipun bukan susah... Semua kemudahan dah ada kat dalam rumah tu tinggal masa nak buat je lagi. Aku plan nak buat weekend ni. Andaikata lah tak pi mana2. Rasanya takde kot. Duduk rumah diam2.  Dengan harapan anak2 bujang ai sila jangan buat hal. Umi awak nak membaking cookies. Nak jugak tunjuk teror kat mak mentua. Hakhakhak. Ai malazz je nak tunjuk skill sat g dicanang canangnya kan ke malulah ai. Ok muntah plezz.

Nak lah jadi 'mehantu' yang serba boleh githeww. ^__^ hahahaha kelass kan angan2. Takpa, takde kena bayar pon.


No comments: