life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, July 14, 2015

Kuih raya

Aku memang dah niat kat dalam hati tahun ni mesti buat kuih raya home made at least satu macam. Hahahaha. Memandangkan tahun ni kenaikan harga barang adalah agak melampau akibat perlaksanaan GST so meh la wey buat kuih sendiri. Takde lah susah mana just nak dengan tak nak je. Tak nak sebab malas lettew kahkahkah. So inilah dia hasil ayor tangan den yang tak seberapa. Actually ni semua bahan yang memang ada kat dapur. Beli hanya sikit2 untuk topup mana yang takda macam kacang badam tu kan takde lah aku nak menyimpannya.

Sempat buat biskut bebola cornflakes yang mana resepi ni guna tepung ye kengkawan. Aku tak suka biskut cornflakes yang semata taruk madu tu. Tak kena dengan jiwa. Tapi apa2 pon biskut yang aku buat ni pop pop meletop rangup didalam mulut percayalah. Hahahah. Well, sapa lagi nak puji kalau bukan aku sendiri -__-. Boleh la bagi pengasuh, mak mertua dan mak sendiri. Yeayy ada bakat membaking cookies gak aku ni. Untuk simpanan sendiri takdo pasal aku tahu memang tak termakan nya nanti. So kalau nak rasa sila rasa kat rumah mak punya ya.



Next,
Red velvet cookies uolls tapi malangnya red velvet dah jadi red dark tall cookies. Hahahah T__T apalah nasib tertaruk pewarna merah pink terlebih. Ok actually color merah pink je ada kat rumah padahal dalam resepi kena match pewarna merah, merah pink dan jugak oren barulah dapat color cookies yang cun melecun. So aku terlebih bijak pandai campur merah pink dengan pewarna perisa strawberry hihihi. Ok walaubagaimanapun rasa dia not bad dan jugak sedap. Ada bau2 stroberi sikit. Ok masuk bakul angkat sendiri. Badam takdo so aku ganti cashew nut yang aku tumbuk sendiri. See, kena kretip sikit ye. 


Ni rupa close up. Ada nampak lah jugak warna red kan? Ada kan?? Hahahah paksa orang cakap ada pon boleh. So jadilah untuk tahun ni. Jangan kata ahkak tak reti membaking ye. Selalu tengok orang lain lebih hebat dari kita padahal kita boleh je buat macam orang tu cuma masa dan keadaan je yang tak mengizinkan. Bersyukur ada oven yang kenit tu dari takdo. Merasalah jugak baking kek, panggang ayam, ikan segala bagai. Siap boleh buat cookies ni apadahal kan. Lagi satu tak mahu malaz malazz. Eh kadang2 aku bukan malas cuma aku tak reti bila buat kerja ada orang kacau. Aku suka keadaan sunyi, rumah takde orang baru semangat tu mari dengan membara. Nak buat kek sambil jaga anak ni aishh tak reti okk. Lainlah ada orang tukang jaga. Hahahahah. Benda kena fokus baru top top meletop. 








No comments: