life is beautiful

life is beautiful

Thursday, July 09, 2015

Mahkota Hills Update 2015

Weehoooo. 2015 aku ada update tak pasal rumahku sorgaku ini? Ni gambar dua minggu lepas. Since nak balik Seremban kan so singgah sini tengok progress rumah. Tudia tekawww. Terkezut ai tau tengok rumah dah hampir siap. Cuma belum masuk api, air lagi. Pagar pon takda. Aku syak baru sangat siap. Maybe dalam minggu tu pasal rumput nampak sangat baru tanam.

Ya Allah sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Dalam penyiksaan tu dihujungnya ada kemanisan yang tak terhingga. Syukur... inilah yang termampu aku dan Daddy sediakan untuk keluarga kami setakat ini. Insyallah jika ada rezeki mungkin akan direnovate bagi lebih besau lagi. Plan dalam kepala otak dah ada. Rajin survey deco rumah orang, design interior luar dan dalam rumah. Laman lagi. Ya Allah, banyaknya perancangan. Mudah mudahan Allah permudahkan. So dah start saving ye. Eh bukan dari dulu kena saving ke? Bahahaha.

Orang nampak kita mampu beli rumah, cakap kita kaya la banyak duit la apa la. Dia tak tahu kot kita ni berikat perut nak ada kan duit untuk deposit rumah semua tu. Yang susah orang tak nampak. Bila dah senang ada je mulut2 sumbing cakap macam2. Hellowww.

Aku gaji tiap bulan potong banyak kot. Hujung bulan dapat gaji takde shopping beriya tak hengat dunia ok. So ada pro and con nya disitu. Nak berharta kena berhutang. Ishh banyak kali cakap kot benda ni. Rezeki aku kat sini, maybe rezeki kau kat tempat lain. So faham dak konsep rezeki masing2?

Eh apa meroyan ni... aku nak cerita pasal rumah dah nak siap la.


Ni anak bujang 1st Aqif Zaumar nama diberi. Dok posing kat area sliding door rumah. Dia pon teruja engko bila tengok rumah. Asyik la kehulur kehilir berlari. Sabar ye nak, nanti ada rezeki umi dapat transfer, kita pindah sini. Bukan awak je yang tak zabar, umi daddy doploh kali tak zabar. Hehehe.


Angle depan rumah. Biasa2 je rumah aku ni. Tiga bilik tidur, dua bilik air macam biasa la. Tu dia rumah sebelah aku tu yang besar gedabak. So lepas ni dah kena kerap singgah jenguk rumah pasal nak pantau kerja diaorang. Elok ke idak dibuatnya rumah kitaorang ni. Now pon dah banyak defect yang di spotted. Takpa... nanti dah serah kunci, kontraktor akan bagi masa untuk kita complaint apa yang tak betul kat rumah kita tu kan. So bertabahlah. Pleaseee, jangan potong gaji aku cepat naw naw. Kurus kering aku hujung bulan nanti woihh. Hahahaha.







No comments: