life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, July 29, 2015

Tak payah nak ikut orang sangat lah


Actually benda2 macam ni ada pro and con nya la. Takde lah semua nak salahkan lelaki dan yang betul semua perempuan. Aku pon tak terkecuali dalam hal ni. Beb dulu dan sekarang beza banyak sangat. 

Dulu.
Takde arus kemodenan macam sekarang. Bandar pon bape kerat je orang yang duduk. Mostly duduk kampung, tanah sendiri, kerja kampung... tanam sayur sendiri, beras pon sendiri ok (sesetengah tempat je).. nak ikan pi tangkap kat sungai. Takde pencemaran air, udara, gitew. So kalau kata bapak kerja sorang Insyallah cukup. Sebab takde nak bayar upah pengasuh. Anak2 pi sekolah pon bawak bekal sebab mak kan suri di rumah -___-

Masa kenduri nak kahwin pon takde beriya upah photog/videog... buat album gempak2. Photobooth, candybar, cendol booth, ayam/kambing golek ehhh macam macam lahhh. Takde ok. Cincin pon belah rotan. Ada duit sikit up cincin batu. Gitu. Pelamin pon buat sendiri amik barang2 kat rumah je. Aku ingat masa kecik pergi kampung pengasuh sebab adik dia kawin (kes rapat dengan pengasuh lah ni hehe) so pelamin pakai kerusi meja makan, bunga pakai bunga pasu yang ada kat depan rumah, backdrop pakai langsir. So ko ghase..... ada ke pembaziran disitu?

Aku pernah lalui saat2 begini ye. Toksah nak menipu kalau kau rasa kau terikut2 orang dan trend sekarang. Tapi nasib baiklah aku punya bajet macam tu je... kalau tak aku rasa pasti menyesal sampai sekarang. Kahkahkah. Dulu Daddy mana nak photog2 bagai ni. Ada ke dia cakap semua tu tak penting. Ehhhh aku nak gambar kawin aku lawa. Pastu nak cuci dan frame kan kat dalam rumah kita nanti. Itulah nak cakap... perempuan kan. Definisi kahwin pada aku masa tu, kahwin hanya sekali so apa salah berhabis sikit. T_________T

Sebenarnya not good.

Lepas kahwin lagi sakit ye. Itupon aku bernasib baik dapat menyewa rumah yang dekat dengan ofis. Saving pergi/balik kerja boleh jalan kaki if Daddy outstation. Dengan nak adakan barang rumah lagi. Itupon nasib baik masa anak dara aku beringat.. beli lah jugak barang rumah sikit2. Ehh asyik bernasib baik je. Hahahah. Inilah padah kalau bercampur dengan orang yang lebih berusia dari kita. Gitu kekdahnya.

Now zaman bini bekerja ye. Agak pelik kalau dengar bini dia tak bekerja (ada lah sorang dua kat ofis ni) Kau duduk KL kalau sorang je bekerja jangan mimpi nak velanja mewah bagai MELAINKAN suami kau gaji masyuk... kau duduk rumah parents and takde apa apa komitmen. Cerita kalau duduk kampung aku boleh terima lagi. Ofismate aku wife tak bekerja sebab bila dia buat kiraan expenses bulan2, sama je bila bini dia bekerja atau tak. Dan kehidupan dia biasa2 saja. Tak memanjakan anak/bini dan tak bermewah2. Sebab dia tahu sebenarnya cukup je belanja bulan2 janji pandai manage. Kau gaji cenggitu tapi pakai nak up to date acaneeee??

Aku mengaku lah kan, barang2 hantaran ada yang aku sponsor untuk Daddy. Sebab aku tahu dia nak cari duit hantaran pon terkial2. Habisssss.. kau nak itu kau nak ini... taknak kalah dengan orang. Hahaha. Gaji kecik je ye. Kata sama2 susah, sama2 senang. Esok dah senang cari lain memang aku sekeh sekor2. Kahkahkah. Awal2 kahwin aku takdelah tiptop pom pom memasak. Biasa2 je. Dalam proses pembelajaran lagi... sampai sekarang. Aku pernah sound Daddy aku ni baru kahwin mana mungkin boleh dan2 teror macam mak dia/mak aku masak so bagi masa. Tegur aku kalau masakan tu tak kena dengan tekak dia. So far setakat ni Alhamdulillah aku semakin improve... hehehe nakk jugak bangga diri. Eh kena lah ada kesedaran kan. Awak nak bagi suami dan anak2 makan kot. Tak sedap kat tekak orang, sedap kat tekak laki sendiri sudah lah. Kau bukan chef tersohor pon nak teror pom pom masak. Gitu.

Yang suami pulak kenalah jugak ada rasa nak mempertingkatkan skill dalam diri. Kalau dapat suami yang top of the pop agama alhamdulillah, rezeki awak lah tu. Daddy Alhamdulillah kalau setakat nak imam kan kami anak beranak malah family sendiri Insyallah. Boleh pulak kan aku baca yassin tetiba dia dari jauh betulkan bacaan aku. -____- sabau jelahh.

Benda2 macam ni takde sapa pon yang betul. kau nak ikut trending sekarang... nak meletop letop... tapi tak berapa nak mampu... so kenalah kongsi. Lainlah kau anak orang kaya semua benda petik jari dapat. Tu takpayah berkongsi bayar hantaran pon takpe. Silap2 duit hantaran semua kau punya. Heheheh. Haaa tu satu gak tu. Duit hantaran masa kahwin aku dulu, mak hanya bagi kat aku dua ribu je kot. Itu lah duit aku beli tv, peti ais dan jugak mesin basuh. Basic. Baju nikah, baju kahwin (semua kain beli sendiri dan hantar tempah sebab aku kan special size) pakai duit sendiri. Termasuklah barang2 hantaran, pelamin, kek kahwin, doorgift... cadar kahwin... barang2 yang kecik... semua pakai duit aku. Duit yang aku kumpul sejak aku kerja. Gitew. Dah kau punya taste nak pom pom meletop kan... so pakailah duit kau. Hahahah. Time tu baru menyesal pesal lah tak kumpul dari kecik. Kahkahkah.

Kadang2 sebab dapat lelaki yang tak sedor diri tu lah yang payah. Bajet bini boleh uruskan semua padahal awak tu takdelah hebat mana. Banyak je kekurangan. Nak kahwin dah khatam Al-Quran ke belum? Cara2 mandi wajib tahu ke idok? Tak cakap sesiapa la... aku tengok adik sendiri pon dah tahu. Ni dah boleh kahwin ke idak ni... awek dah ada. Cerita macam nak kawin cepat je. Tengok life ehh kau ni boleh ke tidak nak sara anak dara orang? Gaji pon tak sampai hujung bulan dah habis.. Puiii sangat tau.

Aku bajet yang buat statement ni mesti muda belia. Maybe dia selalu dengar cerita yang tak best so cepat je buat kesimpulan. Percayalah, masa kau sibuk nak buat persiapan kahwin tulah saat yang paling ohsem. Time tulah baru dok terfikir napa tak menabung dari awal, napa tak cari bakal suami yang semenggah sikit (hahahahahahahaha).. ok dah jodoh nak buat lagu mana. Yang penting terima kebaikan dan keburukan pasangan kita. Ingatkan diri sendiri gak. 

Ehh dulu Daddy tu biasa je. Takde berkepuk2 duit dalam poket pon. Setiap orang akan melalui fasa fasa tertentu. Kami dah lalui fasa2 susah. Now fasa2 bernafas lah sikit. Esok kalau panjang umur insyallah dapat la merasa fasa2 macam ahkak2 kat ofis aku tu... yang dah senang sikit pasal anak dah besor2...loan rumah kereta dah nak habis bayar.. loan belajar pon dah settle. Yang penting kena sabau.

Orang Tua-Tua Kata, 

5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1) 
Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)
Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2) 
Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti.
Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3) 
Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut.
Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan 
Dalam Menjalani Kehidupan Bersama Anak-Anak & Isteri Tercinta Sehingga Syurga.

Sabau ye pasangan2 muda yang baru kahwin dan jugak yang baru 5,6,7,8 tahun kahwin. Nasihat aku kat sini tak payah nak trending sangat... boleh sakit otak, jiwa dan raga. Memang lah menanah mata tengok semua pon cantik semua pon nak (jangan risau, aku pernah memaluinya), habissss dah bajet kau takat tu je. Bawak2 lah bersabar. Ehh ada ke yang baru kahwin terus stabil ekonomi? Share sikit camne boleh jadik macam tu.

Till then.
Penat membebel.






No comments: