life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, July 28, 2015

Taman Rimba Kerinchi

Harap je duduk sini dah nak masuk 10 tahun tapi taman rimba yang sekangkang kera ni pon kau tak pernah tahu. Perangai sangat kau ni kecil. Hahahah. Serius weh aku bukan kaki merambu ke apa so memang tak tahu tempat tu wujud. Ke aku dengan Daddy pernah jalan2 naik motor masa anak sorang dulu tapi takdelah naik sampai atas sebab masa tu masih dalam construction kekdahnya. Jalan pun still tanah merah lagi.. nak naik sampai atas memang tak lah. Scary kot. Hihihi.

So pepetang Ahad dah bosan sangat budak2 duduk rumah seharian aku paksa Daddy bawak Aqif jalan naik motor. Ni kes daddy sabtu ahad keje lah ni. -__- aku tengok Aqif dah buat perangai lain tak bukan nak kena keluar amik angin fresh lah. Bukan Aqif je, Dareez pon sama mengaruk suruh bukak pintu nak keluar. Hahaha pon bolehhh. Budak tu dah macam perangai orang besar je aku tengok. Nak marah kang anak. T___T

Disebabkan takkan empat beranak nak naik motor semua kan, jadinya Aqif jelah yang ikut Daddy. Dareez duduk rumah diam2 dengan ummi tengok upin ipin ye. Hakhak.




Daddy cakap tu jambatan gantung. 
Tapi bawah tu air sungai dah serupa kecik macam air kencing.
Hahahahah lawak lah Daddy ni.
Mungkin nak perbesarkan lagi kita mana nak tau.
Bersangka baik. ^___^
Ada track jogging dan taman2 sikit.
Memang dibuat untuk tempat beriadah.
Ok serius tak tahu tempat ni wujud.
Belakang rumah jerrrrrrr.
Yang jauh2 kemain gigih kau pegi, yang dekat sekentut ni haremmm.
Perangai.



Wohaaa hebak sangat posing naik motor.
Kahkahkah. Nak gelak tak sampai hati.
Ko tunggu ye nak... lagi doploh tahun ummi nak suruh awak posing macam ni gak.
Berani??
Barulah hensem macam Daddy. *muntah ijau*

Tempat ni belum siap sepenuhnya. Nampak tu pasir2 lagi. Dengan zink2 birunya... dengan jalan tak ratanya. Soon siap sepenuhnya lah tu. Aku kena mencemar duli pi ziarah tempat ni gak. Tak aci lah diaorang je yang dah pergi. Nak jugek bergambar kat atas jambatan gantung. Kahkahkah. Kuat poser ummi beranak dua ni. -__________-










No comments: