life is beautiful

life is beautiful

Monday, August 24, 2015

Mengidam tapi bukan mengandung. LOL!

Haiii. Kembali lagi bersiaran. Last week masing2 kat ofis mengidam durian. Tapi masalahnya gerai yg bufet durian kebanyakannya dah tutup. Musim nak ke penghujung. Ngade betul tekak kitaorang ni tau. Time berlambak pandang sebelah mata pon tak lalu... ni bila nak hujung2 baru hegeh2. Well biasalah perempuan. Kahkahkah.



Tuh dia durian kampung dan durian D24.
Sambil taip sambil telan ailio. Hahaha
Memang favorite kot durian ni.
Ambil gambar semata nak kongsi kat dalam group whatsapp tapi kena sound nanti ostad marah sebab mengundang orang lain mengidam sama. Hahahahah. Lantakkk. Btw harga ikut berat durian. So 3 biji durian kampung yang boleh tahan besarnya, sebijik D24 dan jugak 2kilog buah langsat kesemuanya abang tu charge RM70. Oklah kot? Ke mahal? Tak silap sekilog abang tu amik 7hengget ke cane. Ahh malas nak kira.

Nak cari lori buffet durian, lori dah takde. Ngeeeee. Hantam sajalah labuuu. Asal dapat melepaskan gian ditekak jadilah. Setahun ada lah sekali. Kahkahkah.








Thursday, August 20, 2015

Pernah tak? : Part 2

Kauorang pernah tak ada kawan yang bila habis belajar je terus menghilangkan diri? Lepas tu putuskan hubungan dengan semua orang sampai orang pon tak tahu apa perkembangan dia sekarang. Ada tak?
Aku ada weyy.
Hahahaha.
Nak tergelak pon ada sebab takda sebab pon kenapa kau nak buat macam tu. Kitaorang pulak yang tergedik2 nak tahu khabar engko. Hahaha stalker ke tu? Boleh lah. T________T Serius lah wey tahu2 ehhhh dah kahwin dah ada anak. Eh bilanya kahwin? Ermmm terlupa nak jemput. Ok alasan sangat. Memang taknak ajak kawan2 lettew. Faham faham.

Eh rindu lah kot. Dulu masa belajar sama2 susah timba ilmu. Sama2 stay up sampai mata jadi panda... sama2 ronggeng... huha sana sini. Buat assignment, kuiz, projek akhir semester... eh banyak lah. The end, habis je study terus kau menghilangkan diri. Kita yang kawan2 baik ni tak dicontactnya langsung. Taktahu pasaipa. Nak kata ada bergaduh ke apa, setahu aku takde. Taktahu lah kan kot masing2 masa tu mulut macam puaka boleh tahan... diam2 sentap mak enon. Hahahaha.

Susah jugak kalau ada kawan macam ni. Well, semenjak dua menjak ni aku actually nak merapatkan balik lah hubungan antara kawan2. Aku nak cakap aku ramai kawan, takde lah ramai gila. Boleh la.. ada lah kawannya. Takde aku kera sumbang ke apa. Last kitaorang tahu cerita dia ni, dah kerja kat TM ke apa and dah ada special boyfriend. Huhu. But now taktahu dah apa cerita. Ok sedehh.

Boleh kan perangai avoid dengan kawan2 zaman study. Pelik haku. Bukan kah kita ni duduk dalam satu kelompok masyarakat? I mean dulu kan study amik engineering. Of course la aku ada je kawan kerja TNB, kerja TM, kontraktor pon ada... paling ramai budak gomen lah kan. So kalau kawan ofis kau kawan aku, boleh jadi jugak kawan ofis aku dulu satu batch dengan kau masa kau belajar. Mungkin jugak kawan aku zaman study dulu kawin dengan kawan kepada kawan kau. Haa gitew. Faham dak apa yang aku terangkan ni? Pusing2 dok tang tu jugak lah. Macam dunia retis. Hahahah. Boleh pulak kan janda aku kawin dengan duda kau. Macam tu lah perumpamaan dia.

So nak jadikan cerita boleh pulak akak dia ni satu tempat kerja dengan classmate aku kat teknik dulu. Bahahah haaa ko tergelak sakan kitaorang yang mengetahuinya ni. Matiks lah kan. Baru tahu yang akak dia ni pon dah kawin. Anak sorang. Hurmmmm. Akak dia ni pulak satu batch dengan bff aku. Pon boleh la.

Aku kadang tak faham. Apa lah yang kau nak avoid dari kitaorang ni. Aku kalau boleh nak sentiasa berhubung baik dengan semua kawan2 aku. Mana yang aku rasa dah lama tak tanya khabar, aku text je. Nak call2 ni payah lah kan takut menganggu lak. Maklomlah masing2 dah berkeluarga. Ada agenda tersendiri. Now ada whatsapp semua. So semua pon dihujung jari. Tak best lah kan tak tahu perkembangan kawan2 kita. Padahal dulu sama2 susah senang. Ni baru dapat tahu ayah kepada classmate aku meninggal. Tu pon sebab ada sorang ni teropen cerita kat group. So semua yang kat dalam group baru tahu. -____- belum lagi cerita baru kawin dah bercerai. Dah beranak pinak lah... dah dapat kerja baru lah. Haihh macam2.

Aku sayang la kawan2 aku. Aku gembira kawan dengan kauorang. Aku taknak lah macam kacang lupakan kulit... susah sama2... senang dengan orang lain. Cuma ada sesetengah kawan je aku rasa berat sangat nak berhubung. Entah. Mungkin tanpa aku diaorang lebih bahagia. Dan aku taknak diaorang fikir aku ni sebagai penyibuk dalam hidup diaorang. Gitew. Hahahaha. 











Monday, August 17, 2015

Ellfie Beauty

Haaa kalau kauorang nak tahu aku start guna Ellfie ni since bulan Feb hari tu. Memang niat nak tukar skincare sebab sajaaa. Hahahah sakit hati tak dengan alasan aku tu? Before ni pakai Leuniey punya produk apa tah nama dia lupa dah aku. Tapi disebabkan komitmen bulan2 tak berapa nak mampu so aku tukar. Kena beli yang berpatutan dengan expenses bulan2 ye. Jangan berlagak kaya tapi ditengah bulan ngikat perut. Haaa dah ingat dah Leuniey punya produk, Kaylena Beauty. Tak mampu acik nak bertahan bulan2 maka harus tukarrr. Lagipon cream muka dia mcm berminyak kat muka aku gitew. So jomlah tukar. Masa baca blog kak pila n kak elly yang diaorg nak launch produk kecantikan, aku hold dulu nak beli produk lain. Boleh gitew. Hahaha. So sebulan aku takde pakai pape just pakai cream muka Kaylena dan pencuci muka murah2 tu je. Aku tahu, diaorg mesti jual produk yg mampu milik. Ternyata instinct aku betoi. Hahaha. So ini lah muka aku.



Aku nak cakap muka aku totally berubah 200% memang tak ah. Kau pakai skII sekalipun sure muka memang ropa itu bahaha. Tapi yg pastinya ada perubahan sikit la. Ke aku yg perasan? Kahkahkah.

Kulit muka tampak lebih berseri. Aku kan ada problem jeragat macam orang putih tu. Cewahhh bajet lak ada dna omputih. Taktau la sebab apa cuma yang aku ingat masatu aku pakai produk Loreal, then lama2 naik jeragat. Terus sampai la ni tak hilang2. Padahal udah lamaaa aku tinggalkan Loreal. Sebelum kawin kot. Ngeeeee. Saja lettew nak sabotaj kulit muka aku yang gebus ni. Wakakak muntah hijau.

Dua dua gambar ni takde guna efek camera 360 ye. Semua pon efek pencahayaan. Kahkahkah. Aku dah memang cerah... bila pakai skincare Ellfie rasanya bukan sekadar mencerahkan lagi, dia menyerikan kulit kita. Slow2 jeragat aku hampir nak pudar. Eceh kang cakap hilang terus matiks lah kan menipu lak. So here i am. Takdo lah asal tengahari je kulit muka berminyak sampai boleh buat goreng ikan goreng. Alhamdulillah. Ingat nak teruskan lagi sampailah jeragat ni hilang. Misi aku tu jelah... sampai jeragat hilang. Bahaha. Teringin jugak nak kulit macam ND tapi kau tahu lah kan dia labur berapa ribu2 lak untuk maintenance diri. Confirm makan supplement mahal woih. Buat masa ni acik tak mampoooo. T________T

So kauorang pakai skincare apa? Share lah sikit. Manatau boleh try. Aku ni just try and error je. Dan buat masa ni Alhamdulillah kulit muka aku memang takde sebarang masalah. Pakai produk mahal ke murah ke in shaa Allah ok. Tak ok pon dia keluar minyak2 je kat muka... dengan jeragat. Tapi yang jeragat tu untuk jangka masa yang panjang. Nyesal woihhh... aku tahu takdelah de nak ikut kawan. Dulu pakai Ponds je kot. Lepastu Garnier. Eh silap. Before Garnier pakai Safi. Seeee, takde beli yang mahal pon. Semua aku beli murah sebab kulit memang takde masalah. Semenjak dua menjak bila tengok kat laman sosial kulit orang tu putih gebu gebas licin dan berseri2, aku pon nak jugekk. Kahkahkah. Dasar perangai perempuan tak sedor diri  -______________-


Klah babai.








13th Years Relationship

Its been 13th years. -____-
Alhamdulillah Allah masih pelihara hubungan ini sampai kahwin sampai dah beranak dua. Teringat dulu masing2 darah muda kerja nak mengamuk jer. Hahaha yang pasti aku lettew. Syukur jugaklah sebab masing2 dikuatkan hati...diteguhkan iman untuk mempertahankan hubungan ini. 

Ucapan aku dikala hubungan 13 tahun ni, semoga kita sama sama kuat dalam menempuh hari2 yang mendatang. Bukan setakat kesetiaan je... kejujuran, faham memahami antara satu sama lain pon penting jugak. Kadang2 dah lama kenal ni ingatkan dah faham diri masing2, rupanya terus tak faham. Jadilah complicated. Hahaha. So bawak2 lah bersabar ye.

Betullah tu kadang2 sifat tak sabar menguasai diri... Nak2 bila masing2 tengah emosi. Wohaaa. Jaga perkataan, tu yang paling penting. 

Dulu masa bercinta kau boleh lah cakap "eh tak suka aku macam ni, ok boleh belah".... Derrr ni dah kahwin matiks lah kan nak cakap macam tu. 

Penat jugak nak mempertahankan cinta 13 tahun ni ye. Jangan kauorang anggap kami yang indah2 je ok. Gaduh anje anje tu biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Auwmm.

Sweet couple?

Auwwww pelis laaaa hahaha daddy tu takda mana sweet like candy depan orang ramai. T_____T tapi bak kata fynn jamal, aku punya manja kau saja boleh rasa. 

Sweet dia sweet yang matang. Dulu aku tak suka, sekarang eh ok jer. Aku je yang macam gegirl. Mengada lebih. Matiks lah kan puji laki sendiri macam kau sorang jelah yang berlaki. Kahkahkah.

So inilah muka kami yang dah kenal 13 tahun. Pagi naik kereta boleh lah nak wefie gedik2. Selalu pon naik motor... cepat dan pantas. Boleh polok2 hahaha.

17082002-17082015
Saturday
2320PM
Declaire melalui phone je engko jangan tak tahu. Masatu ingat time minggu balik kampung. Seminggu sebelum tu aku dah bagi hint2 hubungan kita ni sekadar apa. Hahaha nampak tak kebijaksaan dan permainan aku kat situ? Eh perempuan matang dulu sebelum lelaki right? Aku dah penat nak main tarik tali. Bukan senang nak terima seseorang dalam diri kita. Nak2 aku yang cerewet bab2 couple ni. Kahkahkah bajet vida vas vas je nak memilih sakan. Lepuk kangg.

Nak couple kena semua kawan aku senang dengan dia. Hahaha amboiiiii. Kemudian tokleh lembik2 ai tak suka. Hensem tu bonus sebab impian nak yang chinese look tapi yang muka macamtu pulak tak berkenan kat kita. Euwuwu. Lagi tu je kot. Yang penting pemalu sebab aku suka kacauuuuu. Tapi sekarang dah confuse daddy yang pemalu dah takde malu2 dah ke cane ni? *pitams*

Sayang macam dulu jugak lah tak lebih tak kurang malah terlebih2. Kihkihkih. Semoga bertahan ye sampai akhir hayat. Sampai syurga. Gelik aaa till jannah. Muah satu kali.



Friday, August 14, 2015

Jamuan lagi hoiii

Naik pitam aku nak cerita pasal jamuan raya ni. Kang tak update kang ada yang gambar aku delete teruih. Rugiii. So kali ni jamuan raya apa tah tapi yang pastinya masatu menteri iols dah tak jadi menteri kitaorang dah tapi dia ada datang gak. Hahaha. Sehari selepas pengumuman kabinet baru kot ^___^

Terimalahhh,

Makan dulu kat bawah khemah sebelum masuk ke dewan.
Nak jumpa menteri lama buat kali terakhir lah katakan.
Next time dah tukar menteri baru.
Apalah nasib weols nanti. -___-
Err... boleh mintak tukar tempat kerja lain tak? Kekeke

 Ada cabutan bertuah untuk pertandingan teka ulas dalam sebiji durian dan teka berapa banyak rambutan dalam sebakul tu.
Menang dapat Ipad lagi tuu. Tapi masalahnya geng kitaorang soranggg pon tak good luck.
Sedehh woihhh camni asyik bad luck jer. 
Muka memang tak bertuah ke apa. Huhu Sabau jelah.
Seeeeee. Ini yang kita nantikan.
Punya lah lama tunggu akhirnya penantian itu berbaloi.
Boleh riak sikit kat dalam group whatsapp. Hahaha.
Tapi dah tak jadi menteri kitaorang dah.
So gambar ini sebagai kenangan.
Esok lusa boleh tunjuk kat cucu.
Wahhhh uwan den berkawan dengan menteri...Pfttt.

 Pon boleh lah... hihihi


Lepas dapat bergambar dengan menteri, tak cerita banyak moh le kita pekena durian. Selori kot durian disponsor by sapa tah untuk jamuan hari tu. Malangnya kau kena rebut2 sikit pasal semua pon nak makan durian. Hahaha. Nasib lah memang kaki menyelit... dapat lah kami menikmati durian dengan jayanya. Siap tapau sebiji bawak balik ofis. Hehehe perangaiii. Eh aku memang hantu durian jangan engko tak tahu. Kalau dapat durian yang kena dengan anak tekak memang aku sorang je boleh ngadap sampai habis. Itu yang musang king abang bagi itu hari aku boleh habiskan semua. Kesudahnya malam tu terus susah nak tido... badan panasss. Mandilah kau doploh kali. Terus kena marah dengan Daddy. -_-

Eh dah la tu. Cukup2 cerita pasal jamuan raya. Pitam aku tengok makanan... tertelan2 ailio. Bencik ahh. So dah nak habis raya uolls. Cukup2 la tu makan. Dah naik kot badan aku ni. Penat je diet beriya masa puasa hari tu. Stop it stop it. Semoga kita berjumpa lagi raya tahun hadapan ye. In Syaa Allah. Dengan cerita dalam group wa family, MakTam nak buat makan2 untuk sedara mara anak beranak. Aaaaaaaaa makan lagi. Demm.






Monday, August 10, 2015

Inikan Raya

Next week dah habis bulan Syawal dah. Sekejap je masa berlalu kan. So dihujung2 raya ni makin banyak la seksyen yang buat open ofis... termasuklah ofis aku. Huhuhu. Aku syift petang...tapi kena kerah datang awal sebab nak menolong...maklomlah makan2 start pukul 12. Tak menang tangan engko. Nasiblah ramai rakyat jelata. Hahaha. Yang bestnya kami ni bergotong royong. Masing2 bawak makanan... Tak kisahlah beli or buat sendiri. Yang penting meriah. Gitew konsepnya. Aku?? Heh heh. Buat salad buah je boleh tak. Kemudian aku dgn sorang ofismate kongsi beli yongtaufu. Oklah tu. Nak masak memasak menu yang berat tu faham2 sajolah... saya budak baru 4 tahun bernikah. Kahkahkah. 

Mula2 kenalah wefie dulu. Amik mood bak orang kata. 
Kang rupe dah tak semenggah akibat buat kerja. 
Maklomlah orang dapur -_____- 
Sementara makeup masih utuh ni moh le kita.





Tajuk menu paling win di abad ini. 
Menjadi perbualan jugaklah tajuk dia yang mengarut tu. 
Ada ke diorang pergi taruk tajuk "sosej suamiku"... 
Aaaaa dah le sosej tu kenit2. Malu semalunya. Kahkahkah. 
Ok sila jangan bayangkan. Berdozer hoccay.



Antara tetamu yang hadir. Masa ni belum ramai lagi. 
Tapi bila dah datang tu manghaii sekaligus engkoo.
Nasiblah makanan semua mengcukupi.
Siap orang kampung dan orang dapur boleh tapau bawak balik lagi.
So next raya kena buat potluck jugak ke apa. Hahaha
Eh aku sempat tapau rendang ayam kampung je T__T sedeh ai.
Busy membasuh pinggan mangkok lah katakan.
Tau2 je makanan dah nak clear. Ciskek betul.


 Gambar kemain banyak. Pening aku nak save satu2.
Kekdahnya posing sama je.. hahaha
Haaa jangan tak tahu siap buat pelamin dengan hashtag #stailkampung lagi engkoo.
Padahal tema raya... tapi pelamin semua benda nak ada.
Kalau ditambah pelita lilin haaa terus jadi 1Malaysia.
Kau hado? Takdok kann?!! Wakakaka.
Tapi aku dah tak faham dah kenapa dalam gambar malap sokmo.
Nak kata spotlight berdentum, taruk dah. Haishh.
Nampak gayanya masing2 fail bab lighting. 
So bos boleh dah kot hantar kami kursus lighting pulak. Kahkahkah.



Ni sparing partner sehati sejiwa comolot muah muah. 
Hahahaha.
Baju pon dah sama kaler.

So far buat masa ni jamuan raya kat ofis dibuat dua tahun sekali. Hee heee. Tak larat noks setahun sekali pasal founder takdak. Kudukut -_______- Itu yang jadi jer potluck. Ni sebab budak2 editor join sama. Kalau nak harapkan kami je ermm ermmmm. Tak cukup makanan kang caneee. Hahaha. Buat potluck best apa. Tau2 je ehhhhh banyaknya makanan. Padahal sorang bawak sikit. kalau dah berorang2... dah boleh jamu satu bangunan makan. Hihihi. Diharapkan perkara seperti ini diteruskan supaya dapat mengeratkan lagi tali sillaturrahim cewahhhh. Yang jauh kita dekatkan... yang dekat kita rapatkan. Githeww.






Thursday, August 06, 2015

Jamuan Raya Studio

Well tahun ni sempat join jamuan raya bahagian kejuruteraan disebabkan syift pagi. Kalau tak kirim salam je lah. Hahaha. Tak kuasa aku nak datang awal semata nak makan kemudian teruskan kerja sampai malam. Dasar perangai pemalas. So kalini aku ditugaskan menghias gerai bersama yang lain. Konsep setiap tahun pon buat potluck. Untuk tahun ni seksyen aku ditugaskan untuk menyediakan mee kari. Ok semua pon order. Bahaha. Tak kuasa lah hai nak masak bagai ni. Ingat kitaorang takdo kerja ke. Seksyen yang lain ada yang buat air, spaghetti, nasi jagung, kuih muih dan macam2 lagi. Tahun ni special sikit pasal ada hamba Allah sudi menaja durian. Wa cakap luuu thorbaekk. Walauponn aku sempat  merasa seulas jerrr. 
Ni orang kuat ni jangan main2. Dia lah tukang hias, dialah tukang bawak barang2 perhiasan, dia jugaklah tukang melayan tetamu. Hehehe. Patutlah gelaran mak andam melekat dari dulu sampai sekarang. Rajin tak terperi. Eh dia jugaklah ahkak ofis aku atau dalam erti kata lain... ketua syift aku. -___-

Bulan syawal ni apa je yang boleh buat, makan je lah. Ni perut aku dah cam hape tah. Kejutan budaya mungkin. Last week dua tiga kali cirits. Nampak sangat dah tak boleh makan banyak. Bagusss. Senang aku nak meneruskan azam menurunkan berat badan. Aku nak turunkan lagi sikitttt je. Lepastu confirm hati tenang. Hikhik.


Hamik muka penuh frame. T_____T
Apa boleh buat, pipi carik makan.
Kahkahkah

Sebenarnya ada banyak gambar lagi tapi aku tak tahu kat sapa punya phone. Orang suruh ambik gambar kita amik jerrrr. Hahahaha pon boleh jugak ye. Tak kuasa aku nak mengeluarkan ipong sendiri... ai busy uolls melayan tetamu yang nak makan mee kari meletop pom pommm. Oh btw mee kari laku macam goreng pisang panas sampai kuah tak cukup. Sabau jelah.

matiks lah kan pecah rahsia ai orang tv rupanya. Kekekeke. Kelas macam retis. Auwm.







Sepang Superbike

I'm Apa ingat budak kecik tak layan superbike ke? Bahaha. Ni kes Daddy takdo kawan lah ni nak ajak sama... nak bawak aku secara otomatik kena bawak Dareez jugak. Takkan lah nak tinggalkan dia. Kesian budak kenit tu. So fikir punya fikir, bawak Aqif jelah. Kurang2 luas permandangan hidup dia. Oh btw kalau tak disebabkan dapat tiket free memang takdelah nak menjengah. Thanks kepada someone yang bagi tiket tu ye. Semoga murah rezeki kamu.


Game baru nak start... Daddy cakap Aqif behave sangat. Dia eksaited tengok lampu liplap liplap. Alah... Polis dengan ambulance lettew. Motor ni dia biasa2 jo. Hahaha. Aku tanya mana gambar Daddy dengan awek2 cekci... Daddy jawab takdo sapa nak tolong amikkan. Hahahahaha boleh pulak ye.

Aku tak berapa minat tengok racing2 superbike ni. Grand Prix pon sama. Tapi kalau dah dapat tiket foc ehhh nak jugak lah pegi ngikut trend. Kahkahkah. Motip nak ambik gambar jerrr. Nanti lah next time. Nak bawak budak kecik dengan ramai orang dengan panasnya ermmm memang tak lah buat masa ni. Semua pon kena tungguuuu dulu. Kang dengan budak meragam dengan kau2 sekali yang tensi. Ok saya taa kuadd.


Diaorang pi tengok racing eh kita pon nak jugak berjalan kan dik. Hihihi. Ikut parent aku attend kenduri kahwin kawan diaorg. Bawak kenit ni sebab aku tahu nanti atok dia boleh jaga. Selalu macam tu lah buat masa ni, aku dengan Dareez... Daddy dengan Aqif. Lebih selesa begitu. Belum pernah lagi lah semua pon pergi kenduri yang sama. Hahaha. Ni namanya win win situation. Tapi mungkin lagi sedikit hari akan ke kenduri yang sama gak sebab Dareez dah senang dijaga. Ehh tahun ni ramai jugak kawan2 sekolah yang baru nak kahwin. Alhamdulillah. Cepat ke lambat ke jodohnya... Allah dah tulis di luh mafuz.









Monday, August 03, 2015

Cinta kura kura


Hahahaha ni status kawan sekolah aku kat facebook. Alkisahnya dia ni cikgu sekolah. Kemungkinan sedang menangani perangai budak2 sekolah zaman sekarang. Maklomlah budak sekolah zaman sekarang sangat berani dan rare. Eh rare ke masalahnya? Hahahah banyak yang menyusahkan orang ada lah. Krik krikk.

Eh penat jugak ye nak pertahankan cinta dari zaman sekolah ni. Dah aku pon stok perangai pelik. Hahaha. Perangai ikut kepala sendiri... Macam dia sorang je betul -_____-  Nasib baiklah dapat lelaki yang penyabar dan berfikiran jauh ke depan.

Jangan ikut perangai aku.

Dulu boleh lah kot. Kalau zaman sekarang mungkin susah sikit. Bukan tak boleh, bolehhhh... Tapi dugaan dia lain maciam tak macam dulu2. Kena kuat dan kena ikut trending. Hahahaha tak habis2 trending kau.

Eh aku dulu takde henfon doplohpat jam nak bergayut... sms bagai. Apatah lagi nak hantar mms. Kalau sesiapa ada handfon masatu memang dia kaya takpon makbapak dia orang ada2. Pakailah kau public phone yang kena beratur... Pastu stok public pakai syiling selalu kong. So kena standby card phone. Masih ingat lagi ke? Huahuahua. Tu kalau kat luar lah ceritanya... kat rumah telefon rumah jadi mangsa. Bill kauorang jangan cakap ceceh ratus2. Eh takdelah ratus sampai 5,6 ratus. Hahaha. Hujung bulan matiks lah nak menjawab dengan parent. Now dah ada life sendiri baru terasa bayar bill mahal2 nak marahhh je kerjanya. Karma tu karma. T______T

Masa sekolah kitaorang berhubung melalui surat wa cakap lu. Ok malu nak mengaku. Hahahah. Dah macam zaman jepun lak aku rasa. Nanti hujung minggu... Takpon selepas minggu balik kampung... Masing2 dok menunggu surat dari pakwe/makwe... Disertakan sekali oleh2 cekelat ke hadiah ke ehh macam2 lagi lah. Hahaha. Hadiah bukan yang mahal2 pon. Yang mengarut je. Tapi itu lah yang seronok. Yang buat kita selalu tertunggu2. Ehh rindunyaaa lahaii.

Sekarang memang takdolah nak selalunya. Surprise2 boleh kira dengan jari. Kalo buat pon Daddy tu muka takde perasaan. Hahaha aku yang overexcited. Pastu kalo nak keluar dating berdua pakej sekali beli barang dapur... beli barang sendiri dan lain2. Hahahah pon boleh lah. Sementara anak kecil ni kan. Tahun ni boleh kira dengan jari berapa kali je kitaorang tengok wayang -_____-. So next week dah buat appointment memasing kena amik leave nak tengok movie Mission Impossible yang baru. Eh tu pon pakej sekali nak beli barang dapur. Kahkahkahkah. Seee, 3 dalam 1.

Dah bernikah, dah beranak pinak ni rasanya takde nak touching2 lagi kot. Sebab Alhamdulillah masing2 agak faham komitmen dan keadaan sekarang. Kau bukan budak kecil lagi okeh. Layanan dan perhatian tu memang lah nak tapi kau kena sedar diri jugak. Laki kau nak hadap kat kau doplohpat jam, kemonnnn. Matang sikit.

Aku akui dah ada anak ni sedikit sebanyak mengganggu privacy kitaorang suami isteri cumanya kena pandai cari masa dan jugak bahagi masa. Penting tu woihhh. Sebab tu aku cakap, nak mempertahankan cinta ittew ingat senang. Kalau takde kesabaran dan kesetiaan yang tinggi... harap lupakan. Dapat pulak macam aku kan... kahkahkah. 

Jangan berhenti bersabar dengan saya ya, suami.

Ikhlas, 
isterimu.
muah.