life is beautiful

life is beautiful

Monday, August 17, 2015

13th Years Relationship

Its been 13th years. -____-
Alhamdulillah Allah masih pelihara hubungan ini sampai kahwin sampai dah beranak dua. Teringat dulu masing2 darah muda kerja nak mengamuk jer. Hahaha yang pasti aku lettew. Syukur jugaklah sebab masing2 dikuatkan hati...diteguhkan iman untuk mempertahankan hubungan ini. 

Ucapan aku dikala hubungan 13 tahun ni, semoga kita sama sama kuat dalam menempuh hari2 yang mendatang. Bukan setakat kesetiaan je... kejujuran, faham memahami antara satu sama lain pon penting jugak. Kadang2 dah lama kenal ni ingatkan dah faham diri masing2, rupanya terus tak faham. Jadilah complicated. Hahaha. So bawak2 lah bersabar ye.

Betullah tu kadang2 sifat tak sabar menguasai diri... Nak2 bila masing2 tengah emosi. Wohaaa. Jaga perkataan, tu yang paling penting. 

Dulu masa bercinta kau boleh lah cakap "eh tak suka aku macam ni, ok boleh belah".... Derrr ni dah kahwin matiks lah kan nak cakap macam tu. 

Penat jugak nak mempertahankan cinta 13 tahun ni ye. Jangan kauorang anggap kami yang indah2 je ok. Gaduh anje anje tu biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Auwmm.

Sweet couple?

Auwwww pelis laaaa hahaha daddy tu takda mana sweet like candy depan orang ramai. T_____T tapi bak kata fynn jamal, aku punya manja kau saja boleh rasa. 

Sweet dia sweet yang matang. Dulu aku tak suka, sekarang eh ok jer. Aku je yang macam gegirl. Mengada lebih. Matiks lah kan puji laki sendiri macam kau sorang jelah yang berlaki. Kahkahkah.

So inilah muka kami yang dah kenal 13 tahun. Pagi naik kereta boleh lah nak wefie gedik2. Selalu pon naik motor... cepat dan pantas. Boleh polok2 hahaha.

17082002-17082015
Saturday
2320PM
Declaire melalui phone je engko jangan tak tahu. Masatu ingat time minggu balik kampung. Seminggu sebelum tu aku dah bagi hint2 hubungan kita ni sekadar apa. Hahaha nampak tak kebijaksaan dan permainan aku kat situ? Eh perempuan matang dulu sebelum lelaki right? Aku dah penat nak main tarik tali. Bukan senang nak terima seseorang dalam diri kita. Nak2 aku yang cerewet bab2 couple ni. Kahkahkah bajet vida vas vas je nak memilih sakan. Lepuk kangg.

Nak couple kena semua kawan aku senang dengan dia. Hahaha amboiiiii. Kemudian tokleh lembik2 ai tak suka. Hensem tu bonus sebab impian nak yang chinese look tapi yang muka macamtu pulak tak berkenan kat kita. Euwuwu. Lagi tu je kot. Yang penting pemalu sebab aku suka kacauuuuu. Tapi sekarang dah confuse daddy yang pemalu dah takde malu2 dah ke cane ni? *pitams*

Sayang macam dulu jugak lah tak lebih tak kurang malah terlebih2. Kihkihkih. Semoga bertahan ye sampai akhir hayat. Sampai syurga. Gelik aaa till jannah. Muah satu kali.



No comments: