life is beautiful

life is beautiful

Monday, August 03, 2015

Cinta kura kura


Hahahaha ni status kawan sekolah aku kat facebook. Alkisahnya dia ni cikgu sekolah. Kemungkinan sedang menangani perangai budak2 sekolah zaman sekarang. Maklomlah budak sekolah zaman sekarang sangat berani dan rare. Eh rare ke masalahnya? Hahahah banyak yang menyusahkan orang ada lah. Krik krikk.

Eh penat jugak ye nak pertahankan cinta dari zaman sekolah ni. Dah aku pon stok perangai pelik. Hahaha. Perangai ikut kepala sendiri... Macam dia sorang je betul -_____-  Nasib baiklah dapat lelaki yang penyabar dan berfikiran jauh ke depan.

Jangan ikut perangai aku.

Dulu boleh lah kot. Kalau zaman sekarang mungkin susah sikit. Bukan tak boleh, bolehhhh... Tapi dugaan dia lain maciam tak macam dulu2. Kena kuat dan kena ikut trending. Hahahaha tak habis2 trending kau.

Eh aku dulu takde henfon doplohpat jam nak bergayut... sms bagai. Apatah lagi nak hantar mms. Kalau sesiapa ada handfon masatu memang dia kaya takpon makbapak dia orang ada2. Pakailah kau public phone yang kena beratur... Pastu stok public pakai syiling selalu kong. So kena standby card phone. Masih ingat lagi ke? Huahuahua. Tu kalau kat luar lah ceritanya... kat rumah telefon rumah jadi mangsa. Bill kauorang jangan cakap ceceh ratus2. Eh takdelah ratus sampai 5,6 ratus. Hahaha. Hujung bulan matiks lah nak menjawab dengan parent. Now dah ada life sendiri baru terasa bayar bill mahal2 nak marahhh je kerjanya. Karma tu karma. T______T

Masa sekolah kitaorang berhubung melalui surat wa cakap lu. Ok malu nak mengaku. Hahahah. Dah macam zaman jepun lak aku rasa. Nanti hujung minggu... Takpon selepas minggu balik kampung... Masing2 dok menunggu surat dari pakwe/makwe... Disertakan sekali oleh2 cekelat ke hadiah ke ehh macam2 lagi lah. Hahaha. Hadiah bukan yang mahal2 pon. Yang mengarut je. Tapi itu lah yang seronok. Yang buat kita selalu tertunggu2. Ehh rindunyaaa lahaii.

Sekarang memang takdolah nak selalunya. Surprise2 boleh kira dengan jari. Kalo buat pon Daddy tu muka takde perasaan. Hahaha aku yang overexcited. Pastu kalo nak keluar dating berdua pakej sekali beli barang dapur... beli barang sendiri dan lain2. Hahahah pon boleh lah. Sementara anak kecil ni kan. Tahun ni boleh kira dengan jari berapa kali je kitaorang tengok wayang -_____-. So next week dah buat appointment memasing kena amik leave nak tengok movie Mission Impossible yang baru. Eh tu pon pakej sekali nak beli barang dapur. Kahkahkahkah. Seee, 3 dalam 1.

Dah bernikah, dah beranak pinak ni rasanya takde nak touching2 lagi kot. Sebab Alhamdulillah masing2 agak faham komitmen dan keadaan sekarang. Kau bukan budak kecil lagi okeh. Layanan dan perhatian tu memang lah nak tapi kau kena sedar diri jugak. Laki kau nak hadap kat kau doplohpat jam, kemonnnn. Matang sikit.

Aku akui dah ada anak ni sedikit sebanyak mengganggu privacy kitaorang suami isteri cumanya kena pandai cari masa dan jugak bahagi masa. Penting tu woihhh. Sebab tu aku cakap, nak mempertahankan cinta ittew ingat senang. Kalau takde kesabaran dan kesetiaan yang tinggi... harap lupakan. Dapat pulak macam aku kan... kahkahkah. 

Jangan berhenti bersabar dengan saya ya, suami.

Ikhlas, 
isterimu.
muah.






No comments: