life is beautiful

life is beautiful

Friday, August 14, 2015

Jamuan lagi hoiii

Naik pitam aku nak cerita pasal jamuan raya ni. Kang tak update kang ada yang gambar aku delete teruih. Rugiii. So kali ni jamuan raya apa tah tapi yang pastinya masatu menteri iols dah tak jadi menteri kitaorang dah tapi dia ada datang gak. Hahaha. Sehari selepas pengumuman kabinet baru kot ^___^

Terimalahhh,

Makan dulu kat bawah khemah sebelum masuk ke dewan.
Nak jumpa menteri lama buat kali terakhir lah katakan.
Next time dah tukar menteri baru.
Apalah nasib weols nanti. -___-
Err... boleh mintak tukar tempat kerja lain tak? Kekeke

 Ada cabutan bertuah untuk pertandingan teka ulas dalam sebiji durian dan teka berapa banyak rambutan dalam sebakul tu.
Menang dapat Ipad lagi tuu. Tapi masalahnya geng kitaorang soranggg pon tak good luck.
Sedehh woihhh camni asyik bad luck jer. 
Muka memang tak bertuah ke apa. Huhu Sabau jelah.
Seeeeee. Ini yang kita nantikan.
Punya lah lama tunggu akhirnya penantian itu berbaloi.
Boleh riak sikit kat dalam group whatsapp. Hahaha.
Tapi dah tak jadi menteri kitaorang dah.
So gambar ini sebagai kenangan.
Esok lusa boleh tunjuk kat cucu.
Wahhhh uwan den berkawan dengan menteri...Pfttt.

 Pon boleh lah... hihihi


Lepas dapat bergambar dengan menteri, tak cerita banyak moh le kita pekena durian. Selori kot durian disponsor by sapa tah untuk jamuan hari tu. Malangnya kau kena rebut2 sikit pasal semua pon nak makan durian. Hahaha. Nasib lah memang kaki menyelit... dapat lah kami menikmati durian dengan jayanya. Siap tapau sebiji bawak balik ofis. Hehehe perangaiii. Eh aku memang hantu durian jangan engko tak tahu. Kalau dapat durian yang kena dengan anak tekak memang aku sorang je boleh ngadap sampai habis. Itu yang musang king abang bagi itu hari aku boleh habiskan semua. Kesudahnya malam tu terus susah nak tido... badan panasss. Mandilah kau doploh kali. Terus kena marah dengan Daddy. -_-

Eh dah la tu. Cukup2 cerita pasal jamuan raya. Pitam aku tengok makanan... tertelan2 ailio. Bencik ahh. So dah nak habis raya uolls. Cukup2 la tu makan. Dah naik kot badan aku ni. Penat je diet beriya masa puasa hari tu. Stop it stop it. Semoga kita berjumpa lagi raya tahun hadapan ye. In Syaa Allah. Dengan cerita dalam group wa family, MakTam nak buat makan2 untuk sedara mara anak beranak. Aaaaaaaaa makan lagi. Demm.






No comments: