life is beautiful

life is beautiful

Thursday, August 06, 2015

Jamuan Raya Studio

Well tahun ni sempat join jamuan raya bahagian kejuruteraan disebabkan syift pagi. Kalau tak kirim salam je lah. Hahaha. Tak kuasa aku nak datang awal semata nak makan kemudian teruskan kerja sampai malam. Dasar perangai pemalas. So kalini aku ditugaskan menghias gerai bersama yang lain. Konsep setiap tahun pon buat potluck. Untuk tahun ni seksyen aku ditugaskan untuk menyediakan mee kari. Ok semua pon order. Bahaha. Tak kuasa lah hai nak masak bagai ni. Ingat kitaorang takdo kerja ke. Seksyen yang lain ada yang buat air, spaghetti, nasi jagung, kuih muih dan macam2 lagi. Tahun ni special sikit pasal ada hamba Allah sudi menaja durian. Wa cakap luuu thorbaekk. Walauponn aku sempat  merasa seulas jerrr. 
Ni orang kuat ni jangan main2. Dia lah tukang hias, dialah tukang bawak barang2 perhiasan, dia jugaklah tukang melayan tetamu. Hehehe. Patutlah gelaran mak andam melekat dari dulu sampai sekarang. Rajin tak terperi. Eh dia jugaklah ahkak ofis aku atau dalam erti kata lain... ketua syift aku. -___-

Bulan syawal ni apa je yang boleh buat, makan je lah. Ni perut aku dah cam hape tah. Kejutan budaya mungkin. Last week dua tiga kali cirits. Nampak sangat dah tak boleh makan banyak. Bagusss. Senang aku nak meneruskan azam menurunkan berat badan. Aku nak turunkan lagi sikitttt je. Lepastu confirm hati tenang. Hikhik.


Hamik muka penuh frame. T_____T
Apa boleh buat, pipi carik makan.
Kahkahkah

Sebenarnya ada banyak gambar lagi tapi aku tak tahu kat sapa punya phone. Orang suruh ambik gambar kita amik jerrrr. Hahahaha pon boleh jugak ye. Tak kuasa aku nak mengeluarkan ipong sendiri... ai busy uolls melayan tetamu yang nak makan mee kari meletop pom pommm. Oh btw mee kari laku macam goreng pisang panas sampai kuah tak cukup. Sabau jelah.

matiks lah kan pecah rahsia ai orang tv rupanya. Kekekeke. Kelas macam retis. Auwm.







No comments: