life is beautiful

life is beautiful

Thursday, August 20, 2015

Pernah tak? : Part 2

Kauorang pernah tak ada kawan yang bila habis belajar je terus menghilangkan diri? Lepas tu putuskan hubungan dengan semua orang sampai orang pon tak tahu apa perkembangan dia sekarang. Ada tak?
Aku ada weyy.
Hahahaha.
Nak tergelak pon ada sebab takda sebab pon kenapa kau nak buat macam tu. Kitaorang pulak yang tergedik2 nak tahu khabar engko. Hahaha stalker ke tu? Boleh lah. T________T Serius lah wey tahu2 ehhhh dah kahwin dah ada anak. Eh bilanya kahwin? Ermmm terlupa nak jemput. Ok alasan sangat. Memang taknak ajak kawan2 lettew. Faham faham.

Eh rindu lah kot. Dulu masa belajar sama2 susah timba ilmu. Sama2 stay up sampai mata jadi panda... sama2 ronggeng... huha sana sini. Buat assignment, kuiz, projek akhir semester... eh banyak lah. The end, habis je study terus kau menghilangkan diri. Kita yang kawan2 baik ni tak dicontactnya langsung. Taktahu pasaipa. Nak kata ada bergaduh ke apa, setahu aku takde. Taktahu lah kan kot masing2 masa tu mulut macam puaka boleh tahan... diam2 sentap mak enon. Hahahaha.

Susah jugak kalau ada kawan macam ni. Well, semenjak dua menjak ni aku actually nak merapatkan balik lah hubungan antara kawan2. Aku nak cakap aku ramai kawan, takde lah ramai gila. Boleh la.. ada lah kawannya. Takde aku kera sumbang ke apa. Last kitaorang tahu cerita dia ni, dah kerja kat TM ke apa and dah ada special boyfriend. Huhu. But now taktahu dah apa cerita. Ok sedehh.

Boleh kan perangai avoid dengan kawan2 zaman study. Pelik haku. Bukan kah kita ni duduk dalam satu kelompok masyarakat? I mean dulu kan study amik engineering. Of course la aku ada je kawan kerja TNB, kerja TM, kontraktor pon ada... paling ramai budak gomen lah kan. So kalau kawan ofis kau kawan aku, boleh jadi jugak kawan ofis aku dulu satu batch dengan kau masa kau belajar. Mungkin jugak kawan aku zaman study dulu kawin dengan kawan kepada kawan kau. Haa gitew. Faham dak apa yang aku terangkan ni? Pusing2 dok tang tu jugak lah. Macam dunia retis. Hahahah. Boleh pulak kan janda aku kawin dengan duda kau. Macam tu lah perumpamaan dia.

So nak jadikan cerita boleh pulak akak dia ni satu tempat kerja dengan classmate aku kat teknik dulu. Bahahah haaa ko tergelak sakan kitaorang yang mengetahuinya ni. Matiks lah kan. Baru tahu yang akak dia ni pon dah kawin. Anak sorang. Hurmmmm. Akak dia ni pulak satu batch dengan bff aku. Pon boleh la.

Aku kadang tak faham. Apa lah yang kau nak avoid dari kitaorang ni. Aku kalau boleh nak sentiasa berhubung baik dengan semua kawan2 aku. Mana yang aku rasa dah lama tak tanya khabar, aku text je. Nak call2 ni payah lah kan takut menganggu lak. Maklomlah masing2 dah berkeluarga. Ada agenda tersendiri. Now ada whatsapp semua. So semua pon dihujung jari. Tak best lah kan tak tahu perkembangan kawan2 kita. Padahal dulu sama2 susah senang. Ni baru dapat tahu ayah kepada classmate aku meninggal. Tu pon sebab ada sorang ni teropen cerita kat group. So semua yang kat dalam group baru tahu. -____- belum lagi cerita baru kawin dah bercerai. Dah beranak pinak lah... dah dapat kerja baru lah. Haihh macam2.

Aku sayang la kawan2 aku. Aku gembira kawan dengan kauorang. Aku taknak lah macam kacang lupakan kulit... susah sama2... senang dengan orang lain. Cuma ada sesetengah kawan je aku rasa berat sangat nak berhubung. Entah. Mungkin tanpa aku diaorang lebih bahagia. Dan aku taknak diaorang fikir aku ni sebagai penyibuk dalam hidup diaorang. Gitew. Hahahaha. 











No comments: