life is beautiful

life is beautiful

Thursday, August 06, 2015

Sepang Superbike

I'm Apa ingat budak kecik tak layan superbike ke? Bahaha. Ni kes Daddy takdo kawan lah ni nak ajak sama... nak bawak aku secara otomatik kena bawak Dareez jugak. Takkan lah nak tinggalkan dia. Kesian budak kenit tu. So fikir punya fikir, bawak Aqif jelah. Kurang2 luas permandangan hidup dia. Oh btw kalau tak disebabkan dapat tiket free memang takdelah nak menjengah. Thanks kepada someone yang bagi tiket tu ye. Semoga murah rezeki kamu.


Game baru nak start... Daddy cakap Aqif behave sangat. Dia eksaited tengok lampu liplap liplap. Alah... Polis dengan ambulance lettew. Motor ni dia biasa2 jo. Hahaha. Aku tanya mana gambar Daddy dengan awek2 cekci... Daddy jawab takdo sapa nak tolong amikkan. Hahahahaha boleh pulak ye.

Aku tak berapa minat tengok racing2 superbike ni. Grand Prix pon sama. Tapi kalau dah dapat tiket foc ehhh nak jugak lah pegi ngikut trend. Kahkahkah. Motip nak ambik gambar jerrr. Nanti lah next time. Nak bawak budak kecik dengan ramai orang dengan panasnya ermmm memang tak lah buat masa ni. Semua pon kena tungguuuu dulu. Kang dengan budak meragam dengan kau2 sekali yang tensi. Ok saya taa kuadd.


Diaorang pi tengok racing eh kita pon nak jugak berjalan kan dik. Hihihi. Ikut parent aku attend kenduri kahwin kawan diaorg. Bawak kenit ni sebab aku tahu nanti atok dia boleh jaga. Selalu macam tu lah buat masa ni, aku dengan Dareez... Daddy dengan Aqif. Lebih selesa begitu. Belum pernah lagi lah semua pon pergi kenduri yang sama. Hahaha. Ni namanya win win situation. Tapi mungkin lagi sedikit hari akan ke kenduri yang sama gak sebab Dareez dah senang dijaga. Ehh tahun ni ramai jugak kawan2 sekolah yang baru nak kahwin. Alhamdulillah. Cepat ke lambat ke jodohnya... Allah dah tulis di luh mafuz.









No comments: