life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, September 15, 2015

Belajar menjahit di Lynn's Craft

Akhirnya termakbul juga cita-cita aku nak belajar menjahit. Minat nan satu ni tak pernah luntur dalam hidup aku cewahh ayat tak boleh tahan nak menitik air mata aku. Kahkahkah. Orang kata, nak belajar kenalah ada guru. So dengan aku yang memang takdak basic potong kain dan jahit baju kurung tradisional sedang elok lah kan cari guru untuk belajar. Ajar pon ikut benda yang betul... takde lah merapu bagai. Seriously belajar apa2 sila la cari cikgu yang berpengalaman. Lain weh kau belajar tengok youtube dengan belajar in person. Totally different. 

Cikgu ni mestilah banyak pengalaman. Dia akan ajar kau basic on experience dia. Mana yang elok kita jadikan ikhtibar. Cikgu kelas menjahit aku ni tegas orangnya. Huhuhu. Takde dia kenalkan nama dia dulu. Teruih2  suruh aku duduk, bagi nota then terus dia mengajar. Baru aku tahu nak menjahit pon kena ada formula matematik. Naive sungguh kan. Cikgu kata lagi, nak menjahit ni jangan main hentam kromo. Itu yang kau tengok tailor tu jahit baju tak sedap pakai la, terlebih bahu la, terketat la itu la. Hmmm betul jugak kan. 

First impression aku terhadap cikgu adalah dia seorang yang tegas dan garang macam Daddy. Kahkahkah. Ngajor tak agak2 kalau salah dia tegur depan2. Jangan kau sentap kuasa doplohpat sudahla. Kata nak belajar kann.

So first class aku belajar cara mengambil ukuran yang betul, potong kain dan jugak baru belajar jahit lurus. Eh jahit lurus aku memang tau okk. Dulu kat rumah mak ada satu mesin jahit Singer yang old school memang antik gila. Masa belajar form 3 ada kelas kemahiran hidup suruh buat sarung kotak kayu. Haaa mesin itu la aku guna sampai jahanam. Hahahaha. Dengan mesin itu jugak la aku belajar menjahit jahitan lurus buat kali pertama. Sonang yo.

So first day aku dah siap jahit cantum kekek dengan pesak. Wahhh kemain laju aku. Akak yang duduk kat depan aku pon baru cantum kekek jugak padahal dia datang awal dari aku. Nampak tak betapa minatnya aku terhadap jahitan baju ni? Huahahaha. 

Tak zabar nak tunggu second dan last class. Eh bukan, tak zabar nak tengok hasil jahitan aku yang mabeles ittew. Elehh baju kurung tradisional je ponnn. Ok aku budak baru belajar. Kalau salah memang kena tolong ajarkan. ;p







No comments: