life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, September 23, 2015

Esok dah raya wey

Tapi aku masih kat workplace lagi ni apa hal? T__T Nasib badan lah kan minggu ni syift petang so bertabah lah hati bertahan sampai pukul 1130PM karang. Masalahnya bertahan ke idok kehkehkeh. Ni tinggai sorang. Syift leader dah balik dulu sebab nak masak. Maklomlah sindrom mak mak memang begitu. Esok aku diusia tersebut macamtu lah agaknya kan. Yang sorang lagi partner syift cuti dah balik kampung. Ok dah start bosan tahap rasa nak pi kantin nak makan. Kahkahkah.

Nak gerak balik  awal... tapi the problem is ada bahan yang perlu disiapkan dulu. So nak tak nak kena tunggu jugak lah. Mereput lah aku disini. Oii tak kesian ke. Tadi WA daddy tanya tapau apa untuk dinner... sekali dia beli satay daa. Ciskek betui. Jahanam diet aku. So nampak gayanya aku kena balik awal sikit la. Lapor sebenarnya. Eh kauorang layan ke cerita tv3 pukul 7 tu? Aku memang tak ah. Ni syift petang je baru nengok sebab kat sini semua pon tengok -__- majoriti win kahkahkah. 

Selalu kat rumah pukul 7 tu memang bukak astro oasis takpon astro ceria. Eh tak pon daddy suruh tutup teruih. Dia tahu kang kalau terbukak je tv tu memang mengadaplah kami anak beranak. Ni tengah nak train Aqif mengaji time maghrib. Taktahu lah boleh ke idak. Selalu pon memang time tu dia tengok cerita kartun. Harap harap Allah permudahkan. Patut dah train dari awal masa dia tak reti nak mintak tengok tv. Now tv tutup siap amik remote pi switch on kan balik T___T ummi kau geleng kepala je.

Tak nak lah wey anak anak aku leka kat duniawi je. Patut dah train awal dah ni. Ishh.

Esok plan raya kat Shah Alam dulu then baru gerak balik Seremban. Sabtu ni sepupu aku kahwin kat Muor. Rasanya terus shoot ke BP kot. Hahahah kepingin sangat nak makan nasi beriani mat shah ni weyy. Tak zabar nom nom nom.

ehsan google :)






No comments: