life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, September 01, 2015

Family Bonding: Sg.Congkak / Taman Botani Putrajaya

Haiii. Last week tak join Bersih 4.0 ke uolls? Hahaha. Maaf, daripada aku bersesak dengan lautan manusia baiklah aku pi bersih rumahkan rumah sendiri. Dah lah seminggu sekali je dapat kemas rumah dengan sempurna. Hari weekdays lagi lah... Mana nak masak lagi... Sapu sampah lagi... Uruskan anak2 lagi. Tu belum Daddy mintak urut. Cewahh gaya macam anak doplohpat je kan sibuknya. 

Disebabkan minggu tu public holiday... daddy pon dah habis job... marilah kita bawak anak2 bujang jalan. Taknak tempuh KL maka kita harus keluar dari KL gitew. Lama dah tak pergi Sungai Congkak. Cuaca pon nampak gayanya panas semendang... dengan jerebunya lagi... moh lah kita cari tempat yang redup dan jugak menghijau. Nampak sangat pencinta kedamaian. Kahkahkah ayat tak boleh belah rasa nak lempang lelaju  -_____-

Last pergi Congkak masa zaman sekolah kot. Tu pon konvoi naik bas sekolah hahaha. Cam haremm je perangai. Laa ni tempat dah totally berubah uolls. Ada wakaf... pondok2... parking tepi jalan pon dah kena cas. Hebat. Kiri kanan kedai jual pelampung oiii murah jak RM2.50 seketul. Kat PD above seploh hengget okay. Round punya round dapat lah satu wakaf. Jalan dua tiga tapak dah masuk sungai. Hahaha ai like. Tak kuasa lah kan nak pilih tempat yang kena berjalan jauh. Dasar banyak lemaks.

Gambar sebelum bertolak ke ada. Wajibugunnah. Dareez macam biasa kening kerut berpisah tiada.

Gigih aku zoom gambar ni. Maklomlah pakai kamera henfon je. Idaklah nak mengangkut compact camera bagai. Pakai henfon sonang kang terus upload kat insta. Hahaha. Aku tak kuasa nak mandi... duduk atas batu je sudah sambil main air sambil pantau anak. Aqif tu bukan bolehhh... terus dia nak pergi kat tempat yang banyak batu. Apa dia fikir dia sudah besar? Takuittt. Dah la licin kan. Kepala otak mak mak memang secara automatik akan fikir benda bukan2. Nauzubillah mintak lah dijauhkan. Tak lama kot mandi kat sini... budak2 gigil kesejukan. Nampak sangat budak key ell. Hahaha camaner nak bermastautin kat kampung ni?? Elok sedang tukarkan baju diaorang, hujan renyai2 pon turun. Dah, moh la kita beransur. 

Aku memang eh ada perangai sikit. If nak keluar ke apa memang prepare makanan siap2. So dari rumah dah bekalkan budak2 punya food, susu etc. Takdelah nanti diorang lapar baru hegeh2 cari makan. Matikslah kan nanti kena bebel dengan Daddy. Yang orang tua ni tak kisah... boleh tapau kat mana2. Perut pon boleh tahan lapar. Huhu. So before berendam siap2 bagi diaorang makan. Kang dalam kereta tinggal minum susu je. Elok bergerak balik Aqif mintak susu then terus kebabommm. Syabas. Itu yang kita mahu. Anak2 aku ni kalau tak cukup tido boleh mendatangkan meroyan terhadap ummi dan daddy nya. So sebelum apa2 berlaku kena aku alert.. then takdelah sepanjang perjalanan mereka meragam. -___-

Alang2 dah keluar, Aqif pon baru tidur rasanya sempat kot pergi Putrajaya. Sajaaaa. Daddy bukan ada banyak masa. Sementara cuti hari Kebangsaan ni lama so lets... terus laju2 aku ajak ke Taman Botani. Geram jugak tengok orang update kat social network. Eh aku pon nak jugak pegi. Kahkahkah. Padahal taman biasa jerr kau dah kenapa.

Sebelum kejadian Dareez jatuh benjol biru kat dahi dia.
Kooo kan dik macam budak umur 5 tahun je nak jalan laju.
Ingat sikit, awak tu cinonet.





Mana gambar yang ada empat beranak ni tak geti geti lagi haruslah guna self timer. Bahaha. Hidup kena bijak sikit. Kalau tak manjang tak cukup korum jelah kan. Tu pon gigih aku pegang Aqif kuat2 kalau tak kerja dia nak lari pegang henfon tu je. Grrrrr. Kesudahnya inilah hasil yang tak seberapa. Ok lah kot? Bukan senang. lagi satu tips dah tahu nak guna self timer, haruslah cari port yang tak berapa nak ramai orang. Kang malu. T___T Tak reti aku guna motopod tripod bagai kang buat kena gelak dengan daddy. Dia bukan boleh. Aku nak feeling2 ratu pon tak dilayannya. Ciskek sungguh. Asal bergambar je kena amik dengan anak. Eh nak sorang2 memang tak boleh eh?




Tuuu dia benjolan di dahi Dareez. Masa mula2 kena meraung jugaklah. Gila kooo aku tengok pon ngeri. Ada macam darah/calar kat dalam kulit. Laju2 aku tuam. Terus menyesal kenapa bagi dia jalan sendiri. Kalau dukung kan tak jatuh. Cececea padahal budak tu mana nak berdukung lagi dah.


Sekian family bonding empat beranak di hujung minggu. Tak pergi mall sebab tahu anak anak perangai macam mana. Kitaorang macam ni lah, satu family pon dah ok. Nak ajak yang lain takut tak kena time pulak. Kang nak deal2 kang takut kitaorang yang kedek2... maklomlah banyak benda nak diuruskan. Tu yang selalu apa2 main redah jak. Dah otw baru call ajak sesiapa free or not... nak join ke idak. Kahkahkah. Kalau kauorang yang jenis stick ikut jadual nak kena sampai pukul berapa nak ada sana pukul berapa memang berbulu je la nengok kitaorang. Kahkahkahkah.








No comments: