life is beautiful

life is beautiful

Monday, September 07, 2015

Happy 3rd years old birthday, son

Diam tak diam dah 3yo dah anak bujang aku yang first tu. Cepat betul masa berlalu. -___- Takde celebrate bagai. Plan memang nak balik Seremban since birthday dia jatuh hari ahad so kita beli kek and celebrate kat sana sama atuk dengan icik. Adik adik aku semua takde kat rumah. Hahaha nampak nau kocik yo family aku. Ok takpa sebab next time kita akan celebrate pulak dengan belah in laws aku. Tu takpa nanti akan diberitahu kelak. Yang penting kat sini aku nak up gambar kitaorang. Kehkehkeh.

Sebelum apa2 kena beli kek dulu. Kalau takde kek, takdelah celebration birthday nak tiup lilin bagai. Betul tak? Aqif memang dari sebelum2 ni dah praktis nyanyi lagu happy birthday semua tu lah. Asal birthday orang je dia yang paling gembira macam sambut birthday dia pulak. Jadi dengan tidak mahu menghampakan perasaan budak kecik itu maka kita kena lah tunaikan hajat dia. Yang penting lilin tu je. Wakakaka. 

Kek biasa beli kat King's. Sebab tahu sapa je nak makan. Confirm tak habis kemudian mak aku akan paksa bawak balik KL. Hahaha memang betui pon tekaan aku. Sebab tu lah beli yang kecik dan murah. Kau tengok dia punya gembira bila dapat kek. Sejuk mata aku melihatnya. Ummi ikat perut sanggup tak makan takpa, janji dapat tengok anak gembira... tu dah cukup. Ok ok tak habis lagi. Banyak lagi nak cerita ni.
Budak ni manja nau nau nauuuu. Lepuk kangg haa. Now habit dia suka dok cium pipi kitaorang kiri kanan lepastu dahi, hidung then mulut. Masalahnya dia lap sekali dengan ayak liuq dia T___T nak tepis tak sampai hati. Siap buat bunyi ummm ummm konon sayang sangat lah tu. Cemana lah kitaorang tak sayang lebih kat dia. Bahahaha. Dengan Aqif pon dia suka je nak peluk then kiss kiss. Tapi kau tahu lah siap pakej ayak liuq so Aqif tolak menolak. Kelakar tengok.

Eh apa ni melalut. Kan nak cerita apsal birthday Aqif.

Actually ni adalah teaser. Masa aku mula2 try pasang banner tu. Sajaaaa test power cantik ke idak. Terus WA Daddy cakap ok ke? Then sejak dari itu Aqif memang tak zabar nak celebrate birthday dia walaupunnnn sapa je yang ada. Ok tunggu ye kat rumah Shah Alam nanti kita celebrate dengan kak zatty sekali. Nak kata aku kretip meletop pop pop takde lah sangat. Tu pun semakin menghilang sejak meninggalkan jaman persekolahan. Bila tengok anak orang celebrate birthday party bagai ehh aku pon teghase nak jugek buat kat anak aku. Hahahah well said, hati perempuan khen. Memandangkan keadaan rumah yang tak semenggah (ermmm bila rumah nak dapat kunci ni weyyy, eh silap... bila nak dapat tukar ke Kajang ni weyyyy) so aku pendam lah hasrat suci murni aku ittew. Jadi bagi memujuk hati nan lara... aku tetap nak buat jugak tapi untuk kita2 jeee. Hahahahah. Yang penting gambar kena ada. Esok dah siap rumah sendiri boleh lah aku deco yang ni gambar celebrate birthday masa awak umur setahun, yang tu umur tiga tahun, yang sana tu seploh tahun... bla bla bla sampai seterusnya. Githew.







Sebenarnya maluuu sebab wall kat belakang tu habis Aqif tinggalkan jejak. Huhuhu puas jugak la aku cover... kalau nampak jugak harap maafkan ye. Tak koser dah haku. Maklomlah jaman sekarang kang semua benda nak diteleknya pehtu adalah suara2 sumbang. Hetchu.

Kami macam ni la... empat beranak pon boles. Semua pon gila bergambar termasuk lah yang kenit tu sekali hahahaha. Gigih jugak aku menyiapkan backdrop tak seberapa ittew. Padahal simple like that je pon... print dan tampal sendiri. Jimat banyak oiii. Sebenarnya hajat dihati nak tambah macam2 lagi deco... sekali kena sound dengan Daddy takyah beriya sangat kita nak snap gambar je pon. Itu semua nanti bila dah duduk kat rumah sendiri. -__- ciskek.


Selamat hari lahir yang ke3 kesayangan ummi daddy.
Kami tak mintak banyak... semoga Aqif sentiasa berada dibawah rahmat dan lindungan-Nya.
Kitaorang, ummi daddy dan dareez semua sayang Aqif.
Semoga menjadi insan yang sentiasa memberi manfaat kepada manusia2 disekelilingmu.
Amiin.


Hadiah tak beli lagi. Nanti la eh. Buntu ummi nak bagi apa. Takkan nak bagi menan pehtu tak sampai sejam dah punah. T___T sebab ummi tahu anak ummi ni cemana kisahnya.


Bai.






No comments: