life is beautiful

life is beautiful

Friday, September 04, 2015

Fever

Lately ni satu family tak sihat. Dareez selesema, Aqif pulak badan dedor2... makpak badan sakit2. Ni berjangkit kat anak lah ni. Adoii. Now pon tengah tak berapa nak sihat. Hidung tersumbat... sakit tekak plus batuk. Badan sengal. Arghhhh bilakah semua ini akan berakhir? Aku gitu lah, makan ubat sikit mula lah lemah satu badan. Rasa malas menguasai diri. Tak suka ok. Nak buat kerja pon jadi lembab. Tensi.

Tapi tulah, sakit tu kan penghapus dosa dosa kecil. Sakit yang jauh daripada perut ni pon kau dah mengeluh sakan, cemana tu nak dikira penghapus dosa kecil? Krik krik krik. Oklah aku redha. Jauhkan lah anak2 aku dan jugak suamiku dari sakit yang teruk. Aku kena takpa. Sebab aku rasa aku macam kuat. Hahahah. Semalam balik awal pon masih sempat masak lagi. Settle semua baru boleh tidur. Tu pun dalam kepala otak fikir baju tak basuh lagi. Hahahah. Seee? Mak mak memang macam tu. Sebab tu la yang incik suami ingat kita ni sakit main main... padahal dah tak tahan badan dah tu tapi gagahi jua. Macam yang aku cakap kat ofismate aku, kalau mak yang sakit, lumpuh ekosistem di rumah. Kahkahkah. Sapa setuju angkat tangan?





No comments: