life is beautiful

life is beautiful

Monday, September 28, 2015

Raya Haji 2015

Cuti raya haji balik shah alam dulu sebab nak celebrate birthday Aqif, anak buah dan jugak adik ipar. Buat kecik2 takde bajet nak buat besar besaran. Hari tu dah celebrate kat Seremban. Kat rumah sendiri pon sudah... So takyah membazir. Zaman gst ni kena banyak menyimpan duit ye. Hahaha. Poyo je statement. 



Nutella cheese tart dgn fudgy brownies beli kat kawan daddy. Merangkap jadi kawan aku jugak lah hahaha. Sedapnyaaaa la haii. Boleh tak aku rasa tart tu sepotong kecik ke aduhaiii nak nanges rasa. Ingatkan sebelum balik nak pekena lagi... Alih2 lupa. Nampak gayanya kena repeat order. Kipidap fuza kipidap. Hehe.

Settle semua... Petang2 sikit baru gerak balik Seremban. Nasib tak jammed engko. Aku dah la kepanasan dengan cuaca jerebunya kan. Aqif all the way tido teruih. Penat main lettew. Memang plan raya kat Shah Slam dulu then baru balik rumah mak aku sebab Sabtu tu  kenduri kahwin sepupu kat Muar. 
Mengikut tema katanya. Huhu. Semua taknak layan ummi dia wefie. Cisss. Jerebu sikit punya teruk nak ke selatan tapi rupanya kat kl pon boleh tahan tebal. Cemana ceritanya nih?? Pemandangan berkabus dah macam duduk Cameron padahal udara dia boleh membunuh tahu tak -___-
Sampai Muar sepupu aku dah siap bernikah. Kitaorang pulak terus serbu makanan sebab lapau melampau tahap cipan. Dijangka waktu sanding diaorang pukul 230 petang. Daddy dengan aku dah jeling2. Sempat ni runner pi Batu Pahat jap makan beriani. Hahahaha tak boleh belah perangai. Plan memang dari Muar akan terus balik KL so takleh nak bazir masa. Masa yang terluang ni kena isi dengan sesuatu. Jam dah menunjukkan pukul 12 tengahari. Dari dok melangut kat homestay yang telah disediakan maka moh la kita. Kahkahkah.

Manja nyang sangat bujang besar ni. -__- Ni kalau wan shah alam tengok sure berbulu kuasa doplohpat. Mana taknya, dengan wan kemain lari2 bila wan nak peluk. Nyang panggil sekali terus dipeluknya nyang. Sayu je hati. Bukan selalu dapat jumpa kan. Ingat nak suruh Aqif stay Seremban tapi macam banyak hal pulak this week. Plus tak prepare apa2. So nanti2 je lah. Aku bukan apa, tengok Aqif seronok jumpa nyang, atok dan jugak dua pupu dia, rasa macam best je. Yelah, nak balik Melaka selalu memang berak nanang lah. Tunggu raya or kenduri je baru dapat balik lama sikit. Maklomlah ai duduk jauh di perantauan. Heee.

Tu diaaaa sanggup travel dari Muor ke BP semata nak pekena beriani the best in town. Nasib lah before nak datang dah call dan booking siap2. Masa nak amik ingat nak tambah order, malangnya tukang bungkus tu kata lauk dah habis bang tinggal nasik je. Padahal orang ramai masih lagi beratur. So kauorang cuba bayangkan betapa fofularnya kedai mohd shah ni. Kalau kitaorang tak call dulu masa kat Muor tadi memang berputih mata lah nampaknya. T__T So next time before datang kedai kena call buat booking dulu ye.



Sementara tunggu daddy settlekan beriani meh la kita wefie dik walaupon ummi kau sorang je yang beriya. Kemonnn support sikit. Ummi bukan apa, ingat ummi suka2 ke bergambar bagai ni. Ummi sebenarnya nak kumpul gambar banyak2 untuk dicuci. Pastu nak taruk dalam album gambar. Itulah projek terbesar ummi sebenarnya setakat ni. Kihkihkih.
Muor-BP-Muor settle dua jam perjalanan. Sempat sampai ngam2 sebelum pukul 230 petang. Masa tu kompang tengah nak setting tune. Hahaha. Kau tak tahu pulak betapa powernya laki aku pecut dan drift bagai. Kalau ada speed trap maafkan lah ye. Benda nak jadi. Heeee.
Haaa ni lah perantin dia. Anak makcik aku yang no dua, Angah. Abang long dia tak kawin lagi so kira langkah bendul lah ni. Its okkey, jodoh pertemuan ni kan ditangan tuhan. Biar lambat asalkan bila kawin nanti kekal hingga ke jannah. Gitew konsepnya.



Anak anak ai actually tak tahu lah nak cakap cemana. Dengan atok, dengan icik dan dengan pak pak mak mak sedara belah aku ok jerrr. Serupa gak dengan pak pak dan mak mak sedara belah daddy, pon okkkk jugak. Cuma dengan uwan dia je, krik krikk krikk. Sesuatu sangat tau. Wan memang sentap kuasa doplohpat memanjang dengan Aqif. Asal nak pegang je Aqif lari jauh2. Hahaha. Mana lah wan tak geram. Takpalah wan, maybe masa kecik ni memang macamtu, manatau Insyallah dah besar nanti Aqif jadi cucu yang paling rapat dan caring dengan wan. Betul tak? Ingat, perancangan Allah tu yang terbaik. :)


Sebelum bergerak balik Kl meh singgah pekena mee bandung muor dulu. Hahahaha kemain heaven hari aku hari tu. Macam takde hari esok nak makan makan ni tauuu. Tengok porot dan boroi, janganla bila nak pakai baju meletops masa belah makcik aku nanti tak muat. Nangess tahu. Penat ai diet tak makan nasik. Actually nak cari perencah mee bandung the best in town. Beli banyak then tuan kedai bagi free mee bandung. Alhamdulillah semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan kedai. Sedap kotttt. Lebih sedap dari kedai yang kat perhentian teksi tu.


Tadaaaaaaa.



Begitulah kisah di hari raya korban kami. Penuh dengan aktiviti. Eh takdelah penuh sangat. Aku je yang penuh, daddy jumaat keje kot. Hahahah. Oklah nak buat kerja. Kang orang kata aku dok mengadap pc je doplohpat jam. Nyampess.






No comments: